Tuesday, May 15, 2012

39 manfaat sholawat untuk nabi Muhammad SAW


Ibnul Qoyyim menyebutkan 39 manfaat sholawat untuk nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam, di antaranya adalah sebagai berikut:
1.Melaksanakan perintah Allah subhaanahu wa ta’aala

2.Mendapatkan sepuluh sholawat dari Allah bagi yang membaca sholawat satu kali.

3.Ditulis baginya sepuluh kebaikan dan dihapus darinya sepuluh kejahatan.

4.Diangkat baginya sepuluh derajat.

5.Kemungkinan doanya terkabul bila ia mendahuluinya dengan sholawat, dan doanya akan naik menuju kepada Tuhan semesta alam.

6.Penyebab mendapatkan syafa’at sollallohu ‘alaihi wa sallam bila diiringi oleh permintaan wasilah untuknya atau tanpa diiringi olehnya.

7.Penyebab mendapatkan pengampunan dosa.

8.Dicukupi oleh Allah apa yang diinginkannya.

9.Mendekatkan hamba dengan nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam pada hari kiamat.

10.Menyebabkan Allah dan malaikat-Nya bersholawat untuk orang yang bersholawat.

11.Nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam menjawab sholawat dan salam orang yang bersholawat untuknya.

12.Mengharumkan majelis dan agar ia tidak kembali kepada keluarganya dalam keadaan menyesal pada hari 
kiamat.

13.Menghilangkan kefakiran.

14.Menghapus predikat “kikir” dari seorang hamba jika ia bersholawat untuk nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam ketika namanya disebut.

15.Orang yang bersholawat akan mendapatkan pujian yang baik dari Allah di antara penghuni langit dan bumi, karena orang yang bersholawat, memohon kepada Allah agar memuji, menghormati dan memuliakan rasul-Nya, maka balasan untuknya sama dengan yang ia mohonkan, maka hasilnya sama dengan apa yang diperoleh oleh rasul-Nya.

16.Akan mendapatkan berkah pada dirinya, pekerjaannya, umurnya dan kemaslahatannya, karena orang yang bersholawat itu memohon kepada Tuhannya agar memberkati nabi-Nya dan keluarganya, dan doa ini terkabul dan balasannya sama dengan permohonannya.

17.Nama orang yang bersholawat itu akan disebutkan dan diingat di sisi Rasul sollallohu ‘alaihi wa sallam seperti penjelasan terdahulu, sabda Rasul: “Sesungguhnya sholawat kalian akan diperdengarkan kepadaku.” Sabda beliau yang lain: “Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di kuburku yang menyampaikan kepadaku salam dari umatku.” Dan cukuplah seorang hamba mendapatkan kehormatan bila namanya disebut dengan kebaikan di sisi Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam.

18.Meneguhkan kedua kaki di atas Shirath dan melewatinya berdasarkan hadits Abdurrahman bin Samirah yang diriwayatkan oleh Said bin Musayyib tentang mimpi Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam: “Saya melihat seorang di antara umatku merangkak di atas Shirath dan kadang-kadang berpegangan lalu sholawatnya untukku datang dan membantunya berdiri dengan kedua kakinya lalu menyelamatkannya.” [H.R. Abu Musa Al-Madiniy]

19.Akan senantiasa mendapatkan cinta Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam bahkan bertambah dan berlipat ganda. Dan itu termasuk ikatan Iman yang tidak sempurna kecuali dengannya, karena seorang hamba bila senantiasa menyebut nama kekasihnya, menghadirkan dalam hati segala kebaikankebaikannya yang melahirkan cinta, maka cintanya itu akan semakin berlipat dan rasa rindu kepadanya akan semakin bertambah, bahkan akan menguasai seluruh hatinya. Tetapi bila ia menolak mengingat dan menghadirkannya dalam hati, maka cintanya akan berkurang dari hatinya. Tidak ada yang lebih disenangi oleh seorang pecinta kecuali melihat orang yang dicintainya dan tiada yang lebih dicintai hatinya kecuali dengan menyebut kebaikankebaikannya. Bertambah dan berkurangnya cinta itu tergantung kadar cintanya di dalam hati, dan keadaan lahir menunjukkan hal itu.

20.Akan mendapatkan petunjuk dan hati yang hidup. Semakin banyak ia bersholawat dan menyebut nabi, maka cintanyapun semakin bergemuruh di dalam hatinya sehingga tidak ada lagi di dalam hatinya penolakan terhadap perintah-perintahnya, tidak ada lagi keraguan terhadap apa-apa yang dibawanya, bahkan hal tersebut telah tertulis di dalam hatinya, menerima petunjuk, kemenangan dan berbagai jenis ilmu darinya. Ulama-ulama yang mengetahui dan mengikuti sunnah dan jalan hidup beliau, setiap pengetahuan mereka bertambah tentang apa yang beliau bawa, maka bertambah pula cinta dan pengetahuan mereka tentang hakekat sholawat yang diinginkan untuknya dari Allah.

Rujukan :

Friday, May 11, 2012

Kisah Usus dalam Alquran





HAL MENGENAI USUS
Anatomi telah mendapati bahawa usus kecil adalah bahagian terpanjang dalam sistem pencernaan, kira-kira 5 meter. Dinding usus terdiri daripada 3 lapisan:

  1. Lapisan luar (serum stratum): membran lapisan adalah lembut dan basah kerana perembesan cecair serum.
  2. Stratum pertengahan (stratum otot).
  3. Lapisan dalaman (lapisan mukosa): Ia terdiri dari kepingan mukosa dan lipatan atau bulatan melingkar yang penuh dengan villi, dan mengandungi kelenjar usus dan vesikuler limpa.

Telah ditemui bahawa rongga perut diliputi dengan peritoneum yang dihubungi melalui saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut.Saraf ini dipengaruhi oleh sentuhan dan haba. Jaluran (viscera) itu tidak mempunyai saraf untuk rasa sakit atau sensasi.

Oleh itu, semasa pembedahan dimana dilakukan bius pada dinding perut , dan perut dibedah terbuka, tidak ada sensasi rasa sakit atau gangguan dirasakan pada usus jika ianya dipegang, dipotong atau dibakar. Tetapi ketika usus dipotong atau berlubang atas sebab apapun, isi perut keluar ke rongga sekitar viscera, yang dipenuhi saraf sensitif, rasa sakit menjadi sangat parah dan perut pesakit dalam keadaan yang dipanggil Board Like Rigidity Pesakit ini berada pada status bedah kecemasan yang memerlukan pembedahan segera.
Didalam Al-Qur’an, Allah SWT menerangkan tentang azab api neraka dengan firmanNya: “… dan (mereka) diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya.” (Surah Muhammad, ayat 15)



Al-Quran mengancam orang-orang yang kafir dengan air panas yang mengoyak perut mereka. Alasan yang mendasari ancaman ini kini telah menjadi kenyataan.Telah didapati bahawa kepanasan tidak mengakibatkan kesan sakit kepada dalaman usus.

Tetapi jika usus ini dipotong, air panas di dalamnya keluar ke peritoneum yang dijalin melalui saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut. Saraf ini menerima kesan sentuhan atau panas, sehinggakan air panas tersebut selepas usus dipotong, menyebabkan rasa sakit yang amat parah.

Jadi rasa sakit/azab luaran dirasakan pada kulit, berbeza dari yang dirasakan di dalam usus, kerana perbezaan ciri-ciri struktur kulit. Bekas sakit yang teramat tidak dapat dirasai lagi kecuali kulit yang terbakar digantikan dengan lapisan baru, sedangkan dalam kes usus, azab dirasakan hanya dengan memotong usus dengan air panas.

Azab seksaan ini akan berterusan seperti firman Allah dalam Al-Qur’an:
 ” Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka Jahannam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah Kami membalas setiap orang yang kufur.” (QS. Fatir, ayat: 36)

Oleh yang demikian mukjizat saintifik Al-Qur’an kini telah ternyata benar. Rasa sakit seperti yang ditemui dalam fakta-fakta perubatan adalah sangat bertepatan dengan kenyataan-kenyataan didalam Al-Quran.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.

( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Sumber :

fitrahworld.blogspot.com

Thursday, May 3, 2012

Kisah tentang kulit kita dalam Al Quran





Dahulunya dianggap bahawa deria rasa dan sakit adalah bergantung kepada otak. Penemuan masakini membuktikan adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit manusia, di mana ketiadaannya akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh merasai kesakitan.


Apabila seorang doktor memeriksa seorang pesakit yang mengalami kecederaan terbakar, ia akan menentukan tahap kecederaan terbakar itu dengan menggunakan cucukan jarum pada kulit. Jika pesakit merasa sakit bila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka terbakar itu hanya berlaku di bahagian luaran kulit sahaja. Sebaliknya jika pesakit tidak merasai sakit apabila dicucuk, ini menunjukan luka terbakar itu adalah terlalu dalam dan telah merosakkan deria rasa sakit.

Al-Qur’an menunjukkan bahawa ujudnya deria rasa sakit ini pada ayat yang berikut:
Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka (dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (An-Nisaa’ : 56 )

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Chiang Mai di Thailand telah mengambil masa yang lama membuat kajian mengenai deria rasa sakit ini.

Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai bahawa Al-Qur’an telah menjelaskan fakta saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu. Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat Al-Qur’an ini. 

Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap ketepatan saintifik ayat Al-Qur’an tersebut, sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 yang diadakan di Riyadh mengenai Tanda-tanda Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah, beliau telah mengisytiharkan di khalayak ramai: “ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Pesuruh Allah.”