Assalamualaikum kawan-kawan, harini zul nak menceritakan pengalaman seorang perawat islam,berdepan dengan makhluk yang tidak pernah diketahui oleh manusia, iaitu Al-Hin, makhluk Allah yang diciptakan di atas muka bumi ini dan terlebih dahulu menjadi khalifah dari Nabi Adam alaihisalam, subhanallah, rupanya ilmu kita terlalu kecil, sedikit jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah, zul pernah dengar, kalau lah lautan di dunia ini menjadi dakwat untuk menulis ilmu Allah, hingga kering pun tak akan cukup menulis ilmu Allah, Allahuakbar. semoga cerita ini menjadi manfaat kepada kita semua insya allah.
mungkinkah rupa Al Hin seperti ini??
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri
dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat
sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam
Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui
penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka
sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat
dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu
bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan
kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak
dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan
sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat
pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata
beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat
kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya
ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling
sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian
agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk
berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak
wangi apa ni..?"
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang
kerasukan.
Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"
Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia
pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "
Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah
sangat.."
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap
dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan
tipu.".
Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan
sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"
Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah
Allah, tapi aku bukan Islam.."
Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"
Pesakit: "Agama Monoteisme"
Saya: "Agama apa tu..?"
Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah
ker?"
*Terkena jugak RIDAM.. :(
Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku
Poppy..Nama aku Mizari"
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita
berikutnya..
Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"
Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum
tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."
Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."
Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak
puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang
kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku
yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan
yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah
Al-Hin?"
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari
puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak,
tapi aku dah lupa...."
Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini,
itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi
hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada
kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat
'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"
Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni.
Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum
dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada
sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."
Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana
pulak tu?"
Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan
semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin
kan la.."
Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah
kan..?"
Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri
kamu.."
Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak
ni?"
Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak
tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair.
Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di
tempat tersebut..
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk
mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"
Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"
Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah
Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan
dijamin Allah..."
Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun
nama kaum aku dalam Al-Quran..."
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'
Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah
menduakan Allah.."
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar
hujahnya..
Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi..
Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku
tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"
Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi
berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."
Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"
Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."
Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."
Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf
sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa
aku...boleh?"
Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit
mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"
Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa
sakit tadi?"
Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"
Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"
Saya: "A'ah...kenapa?"
Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam
kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."
Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."
Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah
lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah
pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"
Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."
Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."
Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."
Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir
ni..Boleh?"
Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak
ni..Hah..apa dia?"
Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu
tu..."
Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum
tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang
izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"
Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam
orang-orang yang beriman.."
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf
pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat
dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk
dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat
sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda
kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah,
saya dapat melihat parasnya..
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap...
Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....
Sekian..
'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)
Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini
dalam Al-Quran:
1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia)
dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah.'
2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu ,
dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai
mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa
mereka sendiri, danKami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'
3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke
bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama.
Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat
kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat
berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah
malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan
malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan
masing-masing kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah,
Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan
bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan
akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat
Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat
manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi
kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab,
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan
Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini
adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya.Kebimbangan bumi bukanlah kerana
takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir
seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi
telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi
ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah
S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?
-----------------
1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya
alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..
2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab.
Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika
salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon
jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.
3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia.
Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah
dan tidak leka mengingati Allah..
Sekian..