Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang
terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik
lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri
sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan
kata-kata ini) . Kita(lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan
pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat
ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan
yang Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang
diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak
berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa
suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun
rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan
rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji
besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain
dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang
sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu.
Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan
kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia
tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang
lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri
menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2
makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan
menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk
ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli
make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia
kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan
itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak
mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan
itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang
sibuk dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ;
Sumber : Facebook Sekolah Menengah Arab
Assaiyidah Khadijah Merlimau
Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari
mempunyai 6 sifat negatif ini.