RAHSIA AGUNG
Sumber Cedokan: Fail0012779, Matrix007, Mistisfiles, dan beberapa website dan blog.
BACALAH PERLAHAN2 HINGGA HABIS... INSYAALLAH, HILANGLAH WAS2 DAN TIMBUL PULA YAKIN...
Nabi Adam a.s telah berdoa dengan menyertakan satu nama yang dilihatnya
di tiang-tiang Arasy ketika saat kelahirannya.Nama itu bergandingan
dengan nama Tuhan.Nabi Adam telah berdoa ketika dirinya berada dalam
masalah yang amat besar;derhaka kepada perintah Tuhan yang menjadikan
dirinya.Tuhan telah menunjukkan kemurkaan-Nya yang dasyat.
Namun
mendengar nama yang istimewa itu,Tuhan bertanya kepada Nabi
Adam,siapakah gerangan empunya nama itu?Nabi Adam menjelaskan nama
itulah yang dilihatnya di tiang Arasy ketika mendongak sejurus dirinya
dihidupkan.
Dan Tuhan memberitahu bahawa tanpa orang yang
empunya nama itu,dirinya juga tidak mungkin diciptakan.Malahan seluruh
alam semesta dan ya…Matrix ini…tidak mungkin wujud tanpa nama yang agung
itu.Dan Tuhan pun mengampunkan Nabi Adam dengan asbab nama agung itu
yang tidak dikenali oleh Nabi Adam ketika itu.
Di dalam
dunia,setiap nabi dan Rasul pasti mengkhabarkan kepada umatnya akan
kehadiran seorang yang agung;yang menjadi nabi dan Rasul kepada seluruh
alam.Bukan sekadar manusia,malah Jin dan Syaitan juga mendengar
namanya.Orang ini mempunyai gelaran yang pelbagai mengikut tradisi dan
bahasa pelbagai bangsa.Orang ini dikhabarkan seorang yang terpuji,mulia
dan penuh kasih sayang.Dia adalah penyelamat seluruh manusia.Para
pendeta menunggu-nunggu kehadirannya dengan menghafal watak dan
tanda-tandanya.Yang lain mula membina patung-patung sebagai merindui
kedatangannya.Ada yang menghantar para perisik untuk menghidu
kelahirannya.
Siapakah orang suci yang kehadirannya ditunggu-tunggu itu? Benarkah Muhammad SAW wujud dalam kepercayaan pelbagai Agama?
Jika kita mengkaji pola-pola dalam agama-agama besar dunia,kita akan
perasan satu kronologi yang biasa berlaku kepada satu-satu
ajaran.Sebagai perbandingan kita ambil lima agama besar; Kristian,
Yahudi, Buddha, Hindu dan Islam.
Lima agama ini diambil
berdasarkan beberapa merit seperti tradisi lisan dan bertulis yang
kuat,jumlah penganut,keunggulan ajaran serta pengaruhnya terhadap
kehidupan manusia.
Di antara semua ajaran ini,hanya Islamlah
yang menepati dan mengungguli semua merit.Pertama sekali kita harus
berpandu kepada sumber-sumber ajaran yang bertulis kerana ini adalah
rekod yang boleh dipercayai berbanding lisan yang lebih terdedah kepada
kegiatan menokok tambah.
Kristian mempunyai Injil (versi
ubahsuai hari ini adalah Bible atau Perjanjian Baru), Yahudi mempunyai
Taurat (versi ubahsuai hari ini adalah Perjanjian Lama) disamping Talmud
(kitab kompilasi kupasan para rabbi), Buddha mempunyai Tripitaka dan
Hindu mempunyai koleksi Veda. Kesemua sumber bertulis ini tidak dapat
dibandingkan dengan AlQuran,sumber bertulis agama Islam,kerana
kelemahan-kelemahan kitab-kitab itu sendiri.
Injil dan Taurat
sudah lama bercampur dengan tangan-tangan pendeta Yahudi dan
Kristian,Tripitaka ditulis 300 tahun selepas kematian Gautama Buddha dan
koleksi Veda sudah bercampur dengan cerita-ceriti dongeng dan mitos.
Anehnya AlQuran tetap terpelihara dan paling tinggi tahap
keunggulannya.Pertama,ia adalah kitab yang diturunkan semasa Rasulullah
s.a.w masih hidup,bukan seperti Tripitaka yang ditulis oleh para Bikkhu
dan sami Buddha selepas 300 tahun kematian pengasas agama itu. Ia tidak
bercampur dengan tangan-tangan manusia,tidak seperti Injil dan Taurat
pada hari ini.
AlQuran dari ia diturunkan sehingga ke hari ini
adalah dalam keadaan yang asal tidak seperti Veda yang sudah rosak di
sana sini dengan cerita ceriti dongeng para dewa-dewi yang berjumlah
beribu-ribu,ada di antaranya berperang sesama sendiri dan ada yang
berkahwin dan melahirkan anak.
Jika orang menafikan keaslian AlQuran
dengan mengatakan AlQuran ditulis oleh Rasullullah s.a.w,maka itu
adalah pendapat yang salah kerana Rasulullah seorang yang ummi;tidak
boleh tulis baca (kasarnya seorang buta huruf).Kekurangan pada diri
Rasulullah ini sebenarnya satu kelebihan dan hikmah kerana dapat
menegaskan bahawa AlQuran adalah benar-benar wahyu dari Tuhan.
Namun tahukah anda apakah di sebalik agama-agama besar ini? Dan tahukah
anda dari mana agama-agama ini berasal?Dan tahukah anda bahawa setiap
sumber bertulis agama-agama ini ada meramalkan kedatangan Rasullullah
sendiri; Muhammad Yang Terpuji? Bagaimana ini terjadi?
Pertama
sekali kita hendaklah mengetahui satu rahsia penting. Jika kita faham
rahsia ini maka kita akan faham rahsia seterusnya.
Setiap Umat
Diturunkan Pemberi Peringatan Masing-masing. Pelajaran pertama,bahawa
sesungguhnya setiap kelompok manusia;umat,bangsa atau apa saja kita
namakan ia telah diturunkan pemberi peringatan.
“Sesungguhnya
Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita
gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun
melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.”
(AlFaathir ayat 24)
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada tiap-tiap umat
(untuk menyeru): “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah tuhan-tuhan yang
palsu itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi
petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah
pasti kesesatan hatinya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan
perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan
(rasul-rasul).”
(An Nahl ayat 36)
“Dan (Kami telah
mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka
kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka
kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung” (An
Nisa ayat 164)
Melalui ayat-ayat di atas kita tahu bahawa
setiap kelompok manusia ini telah Allah turunkan nabi-nabi atau rasul
sebagai pemberi peringatan. Ada di antara nabi-nabi ini diterima oleh
kaumnya namun tidak kurang juga yang ditolak sehingga hilang sirna dalam
sejarah manusia,dilupakan dan terkubur begitu sahaja.Namun ada yang
masih mengingati nabi-nabi ini,ditulis puisi atau kisah-kisah mereka
disamping tokok tambah yang mendewa-dewakan mereka;sebagai orang-orang
suci yang punya pengetahuan ajaib.
Ayat ketiga di atas
menunjukkan pada kita bahawa terdapat rasul-rasul yang tidak diketahui
oleh Rasullullah s.a.w. Di dalam AlQuran terdapat 25 orang rasul. Dan
hanya inilah nama-nama pemberi peringatan bertaraf rasul yang diwahyukan
kepada Rasullullah s.a.w.
Soalannya sekarang,berapa ramai nabi-nabi dan rasul-rasul yang tidak disebut secara terang dalam AlQuran?
Jumlah Nabi dan Rasul
Dari Abi Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang
jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat
ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?”
Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas(312)”
(Hadits riwayat At-Turmuzy)
Dari hadis di atas jelaslah bahawa terdapat beribu-ribu nabi dan beratus rasul. Jadi apakah perbezaan nabi dan rasul?
Nabi (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya kepadanya
bukan dengan syariat yang baru, bahkan diwahyukan kepadanya mengikut
syari`at rasul yang sebelumnya.
Manakala rasul ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang baru serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya.
“Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu (semunya berada dalam
agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai pemberi
khabar gembira dan pemberi peringatan”
(AlBaqarah ayat 213)
Perlu diingat bahawa yang dinasakhkan bukanlah persoalan akidah di mana
akidah tetap bertunjangkan Tauhid tetapi syariat, iaitu hukum-hakam
yang mencakupi cara hidup manusia termasuk cara ibadat dan menguruskan
keperluan harian.
Syariat nabi Ibrahim berlainan dengan syariat
Nabi Musa,begitu juga syariat Nabi Isa berlainan dengan syariat Nabi
Muhammad.Ia berbeza berdasarkan peredaran zaman dan kehendak Allah Azza
Wa Jalla.
Jika terdapat beribu-ribu nabi,maka sebenarnya AJARAN
YANG MENGAJAK MANUSIA MENGENAL TUHAN merupakan asal dari ajaran para
utusan ini ataupun serpihan dari ajaran mereka. Kita mengenal Nuh,
Idris, Hud dan Saleh tapi kenalkah kita nama-nama seperti Uzair,
Ezekiel, Daniel atau Shith? Apatah lagi jika kita diberikan nama-nama
seperti Kakusandha, Konagamana dan Kassapa? Bagaimana dengan tamadun
Maya dan Aztek? Ataupun puak-puak Viking di laut Skandinavia?Bagaimana
dan adakah nabi-nabi sampai ke sana?
Kita tidak perlu risau
akan perkara itu,ia tidak penting.Yang penting kita tahu bahawa
nabi-nabi ini berjumlah beribu-ribu dan semua umat ada diutuskan
nabi-nabi ini.Mungkin seorang nabi telah tiba ke pesisir pantai Norway
untuk mengembangkan ajaran Tauhid kepada puak Norseman dan Viking namun
telah dihalau atau dibunuh. Kita tidak tahu.
“(yaitu) ketika
Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan
keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga
utusan itu berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang di utus
kepadamu.”
(Yassin ayat 14)
Kemungkinan seorang nabi
dilahirkan di antara puak-puak Jerman seperti Saxons,Angles dan Jutes
atau dari kalangan bangsa Norman namun telah didustakan oleh
pendeta-pendeta Druid yang menghasut masyarakat supaya menghalau atau
mengugut nabi itu dengan ugutan bunuh,
“Mereka menjawab:
“Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu
tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu
pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami.”
(Yassin ayat 18)
Nabi itu dipadamkan dari ingatan masyarakat. Jika kaumnya memilih dewa
pagan sebagai Tuhan, nabi-nabi itu tidak boleh berbuat apa-apa. Yang
memberi hidayah bukan mereka tetapi Allah Azza Wa Jalla. Mereka hanya
menjalankan tugas dakwah sahaja.Begitu juga yang terjadi kepada kisah
Nabi Yunus a.s yang merajuk dengan kaumnya akibat nasihat darinya
ditolak mentah-mentah. Ketika itu Nabi Yunus telah ditugaskan oleh Allah
s.w.t supaya berjumpa dengan penduduk Nineveh, ibukota kerajaan Assyria
tentang kedatangan tentera-tentera Cimmeria dan Schythia yang merupakan
bangsa yang suka berperang dan ganas.
Anda boleh menghayati
suasana peperangan dan situasi tentera Cimmeria dan hubungannya dengan
negarakota-negarakota purba dalam filem Conan The Barbarian lakonan
Arnold Schwarzenegger. Conan adalah watak seorang Cimmeria yang membalas
dendam akibat ibu-bapa dan kaumnya yang telah dibunuh oleh satu bangsa
lain, mungkin raja-raja Hittite, Assyria mahupun Israel Kuno.
Nabi Yunus a.s telah lari meninggalkan penduduk Nineveh dengan menumpang
kapal ke laut, dan seterusnya terjadilah kisah Ikan Nun yang masyhur
itu. Namun raja Assyria telah insaf dengan nasihat Nabi Yunus tidak lama
kemudian dan bertaubat lalu mengikuti segala nasihat nabi itu
sepeninggalannya.
Setiap nabi ini telah membenarkan nabi-nabi
yang lain, dan mereka tahu bahawa mereka adalah dari kelompok yang sama
dan mendapat tugasan yang sama dari ‘tuan’ yang sama. Ini samalah
seperti ejen-ejen CIA yang bertebaran di seluruh pelosok dunia seperti
dalam filem Bourne. Nabi Isa a.s tidak boleh mendustakan Nabi Musa
a.s.Beliau juga tidak mungkin akan mendustakan Nabi Muhammad s.a.w yang
diberitahu oleh Allah s.w.t sebagai nabi/rasul selepasnya. Mereka telah
‘menandatangani’ satu perjanjian dengan Allah s.w.t.
“Dan
(ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi:
“Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah,
kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada
padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan
menolongnya”. Allah berfirman: “Apakah kamu mengakui dan menerima
perjanjianKu terhadap yang demikian itu?”. Mereka menjawab: “Kami
mengakui”. Allah berfirman: “Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi)
dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu”. Barang siapa yang berpaling
sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”
(Ali Imran ayat 81-82)
Pelajaran-Pelajaran Lain Yang Berkaitan
Pelajaran kedua ialah,selain kitab-kitab yang diwahyukan oleh Allah
s.w.t,ajaran-ajaran para nabi/rasul ini tercatat dalam lembaran-lembaran
yang dinamakan suhuf. Kita diwajibkan beriman dengan kitab AlQuran,
Injil, Taurat dan Zabur. Jika Injil dan Taurat pun kita kurang
mengenalinya bagaimana dengan Zabur? Adakah masih wujud Zabur ini?
Sedangkan Injil dan Taurat telah diseleweng di sana-sini. Belum lagi
suhuf-suhuf nabi-nabi lain yang tidak termasuk dalam daftar kitab-kitab.
Bagaimana dengan suhuf Nabi Ibrahim atau Nabi Ezekiel?Adakah wujud
ajaran-ajaran dari suhuf-suhuf ini?
Pelajaran ketiga
ialah,selepas kematian para utusan ini,ajaran-ajaran mereka kebanyakan
masih bertahan beberapa lama kerana orang-orang yang memahami ajaran itu
masih hidup.Namun ajaran-ajaran suci ini makin lama makin pupus setelah
kematian para pendeta atau alim tadi.Kemudian para pengikut ajaran itu
mula menokok tambah di sana sini dan ada yang menyembah nabi tadi
sebagai Tuhan.
Ada yang mula membuat kisah-kisah mengarut
tentang Tuhan yang menjelma dalam pelbagai watak. Mereka mula mengukir
patung-patung dan menyembah berhala, menjadi manusia pagan.
“Mereka (Yahudi dan Nasrani) telah mengambil rahib-rahib dan
pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah dan Al Masih
putra Maryam, padahal mereka tidak diseru kecuali untuk menyembah kepada
Ilaah yang satu, yang mana tidak ada ilaah lain selain Dia”
(At Taubah ayat 31)
Kita perlu memahami semua pelajaran di atas sebelum kita mengetahui
rahsia-rahsia seterusnya.Jika tidak,kita mungkin akan terkeliru dan mula
mempersoalkan kenapa dan bagaimana?
Setelah memahami jumlah
nabi yang beribu dan diutus ke setiap umat, serta pengetahuan tentang
adanya lembaran-lembaran atau suhuf, kita akan bergerak ke rahsia
seterusnya.
Pengenalan Ringkas Kepada Kitab-kitab Hindu
Veda, Upanishad, Purana dan Brahmana Granth adalah empat kitab suci di
dalam agama Hindu. Yang terakhir adalah ulasan ke atas Veda, tetapi ia
dianggap sebagai kitab yang diwahyukan.
Kitab-kitab ini adalah
di dalam Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa suci dalam agama Hindu.
Veda dibahagikan kepada empat buku: Rig Veda, Yajur Veda, Sam Veda dan
Atharva Veda. Di antara keempat-empat buku ini, tiga buku pertama
dianggap kitab-kitab purba, dan Rig Veda adalah yang tertua.
Rig Veda dikompilasi dalam tempoh tiga zaman yang panjang dan berbeza.
Terdapat pendapat-pendapat yang amat berbeza mengenai tarikh kompilasi
atau pewahyuan keempat-empat Veda ini.
Swami Daya Nand, iaitu
pengasas Arya Samaj, berpendapat bahawa Veda diwahyukan 1.3 bilion tahun
yang lalu manakala sarjana-sarjana Hindu dan para orientalis lain
berpendapat bahawa usianya tidak melebihi empat ribu tahun. Analisa ke
atas Veda mendedahkan perbezaan di dalam penceritaan mengenai
tempat-tempat di mana buku-buku ini diwahyukan dan perbezaan mengenai
para Rishi (Nabi-nabi) yang menerima kitab-kitab ini. Walau
bagaimanapun, Veda adalah kitab yang paling tulen di antara kitab-kitab
Hindu.
Upanishad adalah yang kedua selepas Veda dari segi
ketinggian dan ketulenannya. Namun sebahagian Pandit menganggap
Upanishad sebagai lebih tinggi daripada Veda, terutamanya disebabkan
bukti dalaman yang terdapat di dalam Upanishad.
Yang ketiga
tulen selepas Upanishad adalah Purana. Purana adalah kitab yang dibaca
dengan paling meluas di antara kitab-kitab Hindu kerana ia boleh
didapati dengan mudah (Veda sukar diperolehi).
Orang yang
mengkompilasi Purana adalah Maha Rishi Vyasa, dan beliau menyusun Purana
ke dalam lapan belas jilid. Buku-buku ini mengandungi sejarah
penciptaan alam semesta, sejarah awal kaum Arya, dan kisah hidup
tuhan-tuhan Hindu. Purana telah diwahyukan sama ada pada masa yang sama
dengan Veda atau tidak lama sebelum itu. Kesucian Purana diakui oleh
semua kitab-kitab tulen agama Hindu.
Untuk suatu jangka masa
yang lama, kitab-kitab Hindu berada terutamanya di tangan golongan
Pandit dan sekumpulan kecil yang telah mempelajari bahasa Sanskrit
(kebanyakan penganut Hindu mengetahui bahasa Hindi dan hanya boleh
memahami beberapa perkataan Sanskrit).
Sir William Jones yang
merupakan seorang hakim dan pengasas Asiatic Society of Bengal
mempelajari bahawa Sanskrit pada dekad terakhir abad kelapan belas.
Beliau memainkan peranan penting dalam menimbulkan minat ke atas
kitab-kitab Sanskrit dan Hindu di Eropah, dan atas usahanyalah
kitab-kitab Hindu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.
Pada tahun
1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang
menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai
raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka.
Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se per lima daripada Rig Veda
adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia.
Dari sudut
pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan
kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan
Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang
terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis
mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian
daripada kitab-kitab yang diwahyukan.
Terdapat beberapa contoh
seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali
sebagai ‘Brahma Veda’ yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda
menunjukkan bahawa ‘Brahma’ sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana
huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk
menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua
perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang
mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim.
Begitu
juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai
Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan
Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi
Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam Veda.
Latar belakang kepada Ramalan-ramalan
Memang diketahui umum bahawa penganut Hindu amat gemar memuja
wira-wira, dan adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa selepas suatu
tempoh masa yang lama, rasa hormat dan pujaan terhadap Nabi-nabi
menyebabkan ada golongan yang menganggap mereka sebagai dewa atau Tuhan.
Selanjutnya, terdapat juga kemungkinan bahawa Buku Ibrahim dan
buku-buku mengenai Nabi-nabi lain mengandungi ramalan-ramalan mengenai
Nabi Terakhir, Muhammad (s.a.w.).
Ahli-ahli sejarah Muslim di
India berpendapat bahawa makam Nabi Sheesh dan Nabi Ayyub (Job) terletak
di Ayodhya, di wilayah Uttar Pradesh, India. Menurut Shatpath Brahmana,
pada zaman purba, Ayodhya dikenali sebagai Khosla.
Segolongan
Pundit kini mulai menolak Purana hanya kerana mereka menemui di dalamnya
banyak ramalan-ramalan dan tanda-tanda yang nyata mengenai kebenaran
Nabi Muhammad.
Suatu hujah telah dikemukakan bahawa Purana
yang ada kini tidak sama seperti koleksi yang dirujuk oleh Veda dan
bahawa kitab-kitab asal telah hilang. Namun begitu, dakwaan ini tidak
benar. Adalah mustahil bahawa semua Purana yang dibaca dengan meluas dan
dikaji dengan mendalam boleh hilang dan terhapus terus manakala Veda
yang hanya dibaca dan difahami oleh segolongan kecil kekal utuh sehingga
hari ini.
Satu lagi hujah untuk menentang ramalan-ramalan ini
adalah bahawa ia telah ditambah ke dalam Purana pada suatu masa yang
terkemudian. Hujah ini juga tidak berasas. Sebuah buku yang begitu
dikenali, yang mempunyai liputan yang meluas, dan dibaca pada masa-masa
sembahyang yang ditetapkan tidak mungkin boleh diubahsuai dengan begitu
mudah. Tambahan lagi, tidak mungkin semua Pundit dan golongan berilmu
Hindu telah bersepakat dan menambah ramalan-ramalan ini ke dalam Purana.
Apa yang aneh adalah bahawa pengubahsuaian yang dilakukan memihak
kepada Nabi Terakhir dan menentang agama mereka sendiri.
Semua
kitab-kitab utama Hindu mengandungi ramalan mengenai Nabi Muhammad. Di
samping sifat-sifatnya, peristiwa-peristiwa di dalam hidupnya, Ibrahim,
Kaabah, Bakkah (Mekah) dan Arabia, ramalan-ramalan ini menyebut namanya
sebagai Mahamad, Mamah dan Ahmad.
Nama Mahamad muncul di dalam
Purana, nama Mamah muncul di dalam Kuntap Sukt (di dalam Atharva Veda)
dan nama Ahmad muncul di dalam Sama Veda. Terdapat banyak klasifikasi
mengenai darjah kepentingan Veda telah dibuat. Contohnya, di dalam
Shatpath ada disebut bahawa Sama Veda adalah intipati semua Veda. Di
satu tempat di dalam Taittriya Brahmana, disebut bahawa “Alam ini
dicipta daripada Brahma, Vaisha dicipta daripada mantra Rig Veda,
Kashtriya dicipta daripada Yajur Veda dan Brahman dicipta daripada Sama
Veda”.
Ramalan Di Dalam Purana
Orang yang
mengkompilasi Purana, iaitu Mahrishi Vyasa, adalah seorang yang amat
dihormati di kalangan penganut Hindu sebagai rishi agung dan seorang
yang berilmu. Beliau amat takwa dan takut kepada Tuhan. Beliau juga
mengarang Gita dan Maha Bharat. Salah satu jilid daripada lapan belas
jilid Purana adalah jilid yang bertajuk ‘Bhavishya Puran’, yang
bermaksud peristiwa-peristiwa akan datang. Penganut Hindu menganggapnya
sebagai Firman Tuhan. Ramalan yang menyebut nama Nabi Muhammad ditemui
di dalam Prati Sarg Parv III: 3,3, Ayat 5.
Sebelum terjemahan
Bahasa Inggeris dikemukakan, perkataan Malechha muncul di bahagian
pertama ayat 5 perlu dijelaskan. Perkataan Malechha bermaksud seorang
lelaki yang berasal dari negara asing dan bertutur bahasa asing.
Sekarang, perkataan ini digunakan untuk merendahkan orang yang tidak
suci atau yang lebih buruk lagi. Penggunaannya berbeza-beza dan
bergantung kepada siapa yang menggunakannya dan untuk siapa perkataan
itu digunakan. Sir William Jones menghadapi kesukaran besar untuk
mendapatkan seorang Pundit yang mahu mengajarkannya Sanskrit kerana
beliau dianggap tidak suci (Malechha). Hanya setelah Maharaja Shiv
Chandra campur tangan baharulah Pundit Ram Lochna bersetuju untuk
mengajarnya Sanskrit.
Tidak diketahui sejak bila perkataan ini
digunakan dengan maksud menghina: sama ada sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad (s.a.w.), atau selepas seorang raja Hindu, iaitu Maharaja
Chakrawati Farmas (dari Malabar yang terletak di tenggara India)
menganut Islam semasa hayat Nabi, tidak lama selepas ketibaan umat Islam
di India pada tahun 711, atau selepas masa itu. Mahrishi Vyasa yang
mengkompilasi Purana telah menakrifkan Malechha yang bijaksana sebagai
“lelaki yang baik tindak-tanduknya, amat bijak, tinggi kerohaniannya dan
meninggikan Tuhan”.
Banyak perkataan-perkataan Sanskrit dipinjam
daripada perkataan-perkataan Arab dan Ibrani dengan sedikit
pengubahsuaian seperti Brahma, Saraswati dan Manu seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 2 di bawah. Perkataan ini kelihatannya
diterbitkan daripada perkataan Ibrani, iaitu Ma-Hekha,
yang
bermaksud saudaramu (contohnya, Dan dia (Ismail) akan tinggal bersama
semua saudaranya. Genesis 16:12; iaitu keturunan Ismail adalah saudara
bangsa Israel).
Dalam konteks kitab-kitab Biblikal, perkataan
ini bermakna keturunan Nabi Ismail (Ishmael), dan memang diketahui
bahawa Muhammad (s.a.w.) adalah keturunan Nabi Ismail melalui anaknya
yang kedua, iaitu Kedar. Sesiapa yang boleh membaca skrip Arab dapat
melihat dengan mudah bahawa terdapat kesilapan dalam memisahkan Ma
daripada Hekha yang menghasilkan satu perkataan, iaitu ‘Malhekha’, dan
apabila diadaptasi kepada bahasa asing seperti Sanskrit, ia mungkin
berbunyi seperti Malechha.
Teks Sanskrit dan terjemahan Ayat 5
Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3 diberikan di bawah.
(Bahagian berkotak di dalam teks Sanskrit menandakan perkataan Mahamad
atau Muhammad).
Seorang Malechha (dari negara asing dan
bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul
bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad…
Terjemahan ayat 5 – 27 yang ditunjukkan di Lampiran A (teks Sanskrit
Purana, Prati Sarg Bahagian III:3, 3) yang merupakan hasil kerja Dr.
Vidyarthi dikemukakan di bawah:
“Seorang Malechha (dari negara asing
dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan
muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah
Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti
malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda
ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, ‘Aku
patuh kepadamu’. ‘Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau
telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau
sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha
(penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha
Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang
tunduk di kakimu.”
“Malechha telah memijak tanah Arabia yang
masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah
muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota:
contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia
kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan
musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad
(Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan
berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar.
Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau
akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu
malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar
sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: “Wahai Raja! Arya Dharma mu
telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah ‘Ashwar
Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang
kuat daripada golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri
daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya),
menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan
sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis
binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon
suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang
bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman
(Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging
ini.”
Ramalan Di Dalam Kuntap Sukt (Atharva Veda)
Kuntap
Sukt adalah bahagian-bahagian di bab kedua puluh Atahrva Veda, Ia dibaca
setiap tahun dalam sembahyang semasa perhimpunan-perhimpunan besar, dan
bila mana korban dipersembahkan. Setiap tahun, tujuh belas pundit
berkumpul untuk membaca mantra-mantra ini dengan penuh khusyuk. Kuntap
Sukt disebut di dalam beberapa kitab-kitab purba Hindu seperti Aitreya
Brahmana, Kaushitki Brahmana, Gopath Brahmana, Shankhayana Shraut Sutar,
Ashvlayana Shraut Sutar dan Vaitan Sutar.
Perkataan Kuntap
bermakna menghapuskan dosa dan penderitaan; perkataan ini terbentuk
daripada perkataan ‘Kuh’ (dosa dan penderitaan) dan ‘tap’
(menghapuskan). Perkataan Kuntap juga bermaksud ‘kelenjar yang
tersembunyi di abdomen’, yang bermakna bahawa maksud sebenar akan
didedahkan hanya kepada mereka yang mempunyai penglihatan yang dalam.
Sebagai perbandingan, Mekah digelar ibu kepada bandar-bandar (Umm al
Qura) atau pusat bumi. Dr. Vidyarthi menunjukkan bahawa perkataan Kuntap
diterbitkan daripada Bakkah (Mekah).
Dalam analisa ke atas
perkataan-perkataan Sanskrit dan Arab yang mempunyai makna yang sama
seperti di dalam Jadual sebelum ini, perkataan ‘b’ di dalam bahasa Arab
digunakan sebagai ‘p’ di dalam bahasa Sanskrit (pada zaman kita, satu
contoh adalah minuman Pepsi; ia ditulis dan disebut sebagai Bebsi dalam
dunia Arab). Dalam kes tertentu, huruf Arab ‘t’ menjadi senyap dan
disebut sebagai ‘h’ bergantung kepada kedudukannya di dalam perkataan
berkenaan (lihat Jadual 3 di bawah). Sebagai contoh, ‘tun’ di dalam
Medinatun digantikan dengan ‘h’ dalam sebutan (kedua-dua ‘t’ dan ‘n’
digugurkan). Selanjutnya, banyak perkataan-perkataan Sanskrit yang
mempunyai perkataan yang selari dalam bahasa Arab ditulis terbalik
(lihat Jadual 2 di atas). Oleh itu, kita boleh melihat kesamaan di
antara perkataan Kuntap dan Bakkah (setiap satu mengandungi huruf k, n,
t, p). Selanjutnya, Dr. Vidyarthi menunjukkan daripada konteks ramalan
tersebut bahawa sesungguhnya Kuntap merujuk kepada Kaabah dan Mekah. Apa
yang menarik adalah perkataan Bakkah dan Kaabah menggunakan perkataan
akar yang sama.
Mantra ketiga di dalam Kuntap Sakt ialah...
Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:
“Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu”
Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang
disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi.
Perkataan “Muhammad” di dalam bahasa Arab bermaksud “yang dipuji”. Di
dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan
sedikit pengubahsuaian. Contohnya, ‘Mahmud’ Ghaznavi yang memerintah
sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama ‘Mamud’ Ghaznavi. Oleh
itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat
tersebut dipertimbangkan.
Di dalam agama Hindu, perkataan
Rishi bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang
yang tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada
nama Nabi Idris dengan huruf pertama ‘i’ dipindahkan ke penghujung
perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf ‘d’
digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf
akar h, m dan d).
Seratus keping wang emas merujuk kepada
sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada
mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan
yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan
yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai
metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.
Sepuluh
kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat
yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam
mengenali mereka sebagai ‘Ashra-i-Mubbashshara’. Mereka adalah Abu Bakar
(r.a.) , ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Talha, Zubair, ‘Abdul Rahman bin Auf,
S’adbin Abi Waqqas, S’ad bin Zaid, dan Abu ‘Ubaidah (moga Allah
memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda
sebagai Dash ashrijah – ‘sepuluh jambangan bunga dari syurga’.
Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada
sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang
tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan).
Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya
yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).
Sepuluh ribu
ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi
semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit ‘go’ diterbitkan daripada gaw
yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan
lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol
peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini
pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad.
Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.
Qur’an 48:29
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya
adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama
mereka: kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan
keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas
sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat
mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya
maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan
tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati
penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang
kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara
mereka keampunan dan pahala yang besar.
Qur’an 5:54
Hai
orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari
agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah
mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut
terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang
kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan
orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa
yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha
Mengetahui.
Sebuah hadith Nabi Muhammad menjelaskan lagi
ramalan ini. Ia diriwayatkan di dalam Sahih Al-Bukhari, Jilid 9, No. 159
dan terdapat sedikit tambahan pada perinciannya di dalam Sahih Muslim,
Sharh an-Nawawi, Jilid 8. Hadith ini merujuk kepada mimpi Nabi ketika
beliau di Mekah, iaitu sebelum hijrah ke Madinah.
“Abu Musa
meriwayatkan bawa Nabi (s.a.w.) bersabda, “Di dalam mimpiku aku nampak
bahawa aku berhijrah dari Mekah ke suatu tempat di mana terdapat
pohon-pohon kurma. Aku menyangka bahawa tempat itu adalah Yamamah atau
Hajar, tetapi rupa-rupanya adalah Yathrib (Madinah). Dan aku nampak
lembu-lembu (dipetik di dalam Sahih Muslim sebagai lembu-lembu
disembelih) di situ – dan bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih
baik. Akhirnya, lembu-lembu itu rupa-rupanya adalah simbol orang-orang
beriman (yang terbunuh) di (pertempuran) Uhud, dan yang baik (yang aku
lihat di dalam mimpiku) adalah ganjaran kebaikan dan kebenaran yang
Allah anugerahkan kepada kami selepas peperangan Badar.”
Hadith
ini menunjukkan bahawa lembu-lembu di dalam mimpi tersebut mewakili
sahabat-sahabat Nabi. Oleh itu, sepuluh ribu lembu di dalam mantra Veda
merujuk kepada sepuluh ribu sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang beriman.
Terjemahan Bahasa Inggeris mantra (ayat-ayat) 1 hingga 13 tersebut
adalah dari Kuntap Sukt (Atharva Veda) yang merupakan hasil kerja Pandit
Raja Ram dan penterjemah-penterjemah Hindu lain, dan disenaraikan di
bawah. Teks di dalam [ ] ditambah untuk menghuraikan atau menerangkan
konteks ayat-ayat tersebut kepada pembaca.
Dengarlah wahai
manusia! Seorang yang terpuji akan dipuji. Wahai Kaurama, kami telah
menerima dari kalangan Rushama enam puluh ribu dan sembilan puluh
[bilangan penduduk Mekah ketika Nabi berjaya membebaskan Mekah].
Dua puluh ekor unta menarik kereta kudanya, dan dia membawa bersama
isteri-isterinya. The top of that carriage of chariot bows down escaping
from touching the heaven.
Dia memberikan Rishi Mamah seratus
keping emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan sepuluh ribu
ekor lembu. [100 orang sahabat awal, 80 orang daripada mereka berhijrah
ke Habsyah, sepuluh yang terpilih diberikan berita gembira tentang
syurga oleh Nabi, 313 sahabat di peperangan Badar, dan 10,000 sahabat
yang bersama-sama Nabi semasa memasuki Mekah dan membersihkan Kaabah
daripada berhala-berhala]
Sebarkanlah kebenaran, wahai engkau yang
memuji [Ahmad], sebarkanlah kebenaran, seperti mana burung menyanyi di
pohon yang berbuah ranum. Bibirmu dan lidahmu petah bagaikan sepasang
mata gunting yang tajam. [Keadaan Nabi ketika menerima wahyu melalui
Malaikat Jibril]
Yang berdoa dan doa mereka bergegas bagaikan
kerbau yang tangkas. Hanya anak-anak yang tinggal di rumah, dan di rumah
mereka menunggu lembu-lembu itu. [Lembu-lembu merujuk kepada
sahabat-sahabat Nabi. Mereka menunaikan solat 5 kali sehari dengan taat
pada masa yang ditetapkan. Rujuk kepada kisah Peperangan badar, Uhud,
dan Ahzab].
Wahai engkau yang memuji (Tuhan), bertindaklah
dengan bijak, yang akan membawa ganjaran lembu dan perkara-perkara yang
baik. Sebarkanlah ia di kalangan yang beriman, seperti mana pemanah
mengacukan anak panahnya ke sasaran. [kebesaran Qur'an]
Nyanyikanlah pujian yang tinggi kepada raja dunia ini atau Cahaya
Semesta Alam, yang merupakan tuhan dan yang terbaik di kalangan manusia.
Dia adalah pembimbing semua manusia dan memberikan perlindungan kepada
semua orang. [sifat-sifat Nabi Muhammad]
Dia yang menawarkan
perlindungan kepada semua orang, membawa kedamaian kepada dunia, sebaik
sahaja dia menaiki takhta. Orang-orang di tanah Kuru memperkatakan
tentang kedamaian yang dibawanya semasa membina rumah. [Di dalam Bahasa
Ibrani, Kuru bermakna orang yang melindungi rumah, dan Kore bermakna
rumah. Ia merujuk kepada rumah ibadat yang pertama, iaitu Kaabah. Dalam
konteks ini, tanah Kuru bermakna negeri Koreish. Mantra ini merujuk
kepada pembinaan semula Kaabah lima tahun sebelum kenabian Muhammad dan
peranannya di dalam mendamaikan suku-suku Koreish (Quraisy) yang mahukan
penghormatan eksklusif untuk meletakkan kembali Batu Hitam di
tempatnya, dan pertelingkahan ini hampir mencetuskan pergaduhan di
kalangan mereka. Batu Hitam adalah bahan suci dan adalah satu-satunya
bahagian yang tinggal daripada bahan asal yang digunakan untuk
mendirikan Kaabah]
Di kalangan Raja, yang memberikan kedamaian
dan perlindungan kepada semua,seorang isteri bertanya suaminya sama ada
dia perlu menghidangkan untuknya dadih atau sebarang arak. [Disebabkan
perlindungan dan perintah Nabi, kaum wanita boleh mengembara dengan
bebas tanpa ditemani dan tanpa rasa takut]
Barli yang ranum
tumbuh dari rekahan dan menjulang ke langit. Orang ramai makmur di bawah
pemerintahan raja yang melindungi semua. [Manusia bangun dari lubuk
kehinaan ke puncak kemuliaan].
Indra mengejutkan penyanyi
dengan pujian-pujiannya dan memintanya pergi kepada orang ramai dari
serata arah. Dia diminta memuji Indra, yang gagah dan semua orang
beriman menghargai usahanya dan Tuhan menganugerahkannya ganjaran. [Nabi
menghantar beberapa pucuk surat kepada beberapa orang raja dan
pemerintah dari serata tempat untuk menjemput mereka kepada Islam].
Lembu-lembu, kuda-kuda dan manusia bertambah dan berkembang di sini
kerana di sini ada seorang pemerintah yang amat murah hati yang
memberikan ribuan untuk kebajikan dan korban. [Sifat Nabi Terakhir].
Wahai Indra, lindungilah lembu-lembu ini, dan lindungilah tuannya
daripada bahaya. Wahai Indra, jangan biarkan musuh atau perompak
menewaskan mereka. [Indra merujuk kepada Tuhan dan lembu merukuk kepada
pengikut-pengikut Nabi yang beriman]
Untuk perbandingan, sila
baca riwayat hidup Nabi Muhammad (s.a.w.) dan apa kata orang bukan Islam
mengenai Nabi Muhammad (s.a.w.).
Ramalan-ramalan Lain di Dalam Atharva Veda
Atharva Veda X, 2, 28: [mengenai Kaabah]
Sama ada ia dibina tinggi, sama ada dindingnya lurus atau tidak, namun
Tuhan tetap dilihat di setiap penjurunya. Dia yang mengenali Rumah Tuhan
mengenalinya kerana Tuhan diingati di situ.
Kaabah tidak tepat
berbentuk segi empat dan sisinya tidak sama panjang. Kaabah terletak di
tengah-tengah Masjid Haram yang dibuka sepanjang hari dan malam
sepanjang tahun dan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang berdoa
kepada Allah (satu-satunya Tuhan Yang Benar). Umat Islam menghadapkan
wajah mereka ke arahnya semasa sembahyang, membentuk suatu bulatan di
rumah Suci dan bulatan ini melunjur di seluruh permukaan bumi.
Atahrva Veda X, 2, 31 [mengenai Rumah Suci dan Kaabah]
Tempat tinggal malaikat ini mempunyai lapan bulatan dan sembilan pagar.
Ia tidak dapat ditakluki, ia kekal abadi dan ia gemilang dengan cahaya
yang Tertinggi.
Masjid Haram yang di tengah-tengahnya terletak
Kaabah dibuka siang dan malam sepanjang tahun dan sentiasa dipenuhi oleh
orang ramai yang bersembahyang dan berdoa kepada Allah (satu-satunya
Tuhan Yang Benar). Ia tidak pernah ditakluki. Abrahah al-Ashram, gabenor
Yaman pernah cuba merobohkannya pada tahun 570 M dengan angkatan
tentera yang kuat dan sekumpulan gajah-gajah tetapi dihalang daripada
memasuki bandar tersebut (kawasan suci). Penduduk Mekah memutuskan untuk
tidak mempertahankan Kaabah dan lari meninggalkan bandar itu dan
berlindung di bukit-bukit yang berhampiran dengan Kaabah. Dengan
perintah Allah, burung ababil telah melemparkan batu kepada tentera
Abrahah dan menghancurkannya, meninggalkan mereka bagaikan tanaman yang
rosak dimakan ternakan. Peristiwa ini diterangkan di dalam Surah (bab)
105 di dalam Qur’an. Tahun 570 lebih dikenali oleh orang Arab sebagai
Tahun Gajah dan Nabi Muhammad dilahirkan pada tahun tersebut.
Dr. Vidyarthi mengetengahkan fakta-fakta berikut. Rumah Tuhan mempunyai
sembilan pintu – Baab-e-Ibrahim, Baab-al Widaa, Baab-as-Safa,
Baab-e-Ali, Baab-e-Abbas, Baab-un-Nabi, Baab-as-Salaam, Baab-az-Ziyarat
dan Baab-e-Haram. Selanjutnya, terdapat lapan bulatan yang merupakan
garisan semula jadi yang melingkari kawasan-kawasan di bukit-bukit
sekitarnya. Nama bukit-bukit tersebut adalah Jabal-e-Khaleej,
Jabal-e-Qaiqaon, Jabal-e-Hindi, Jabal-e-Laalaa, Jabal-e-Keda,
Jabal-e-Abu Hadidah, Jabal-e-Abi Qabees dan Jabal-e-Umar.
Atharva Veda X, 2, 33 [mengenai Ibrahim, Masjid Haram dan Kaabah]
Brahma (Abraham/Ibrahim) tinggal di sini yang diterangi oleh cahaya
dari langit dan dihujani keberkatan Tuhan. Ia adalah tempat yang
memberikan kehidupan (spiritual) kepada manusia dan tidak dapat
ditakluki.
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia
tidak pernah ditakluki sehingga ke hari ini seperti yang diceritakan
oleh ayat di atas. Banyak ayat-ayat di dalam Qur’an dan Perjanjian Lama,
Bible yang menceritakan keberkatan yang dianugerahkan Tuhan ke atas
Rumah Suci ini.
Ramalan Di Dalam Sama Veda
Sama Veda
mengandungi banyak ramalan-ramalan tentang kebangkitan Nabi Muhammad.
Salah satu daripadanya dibentangkan di sini. Di dalam Sama Veda, II:6, 8
kita dapati:
Ahmad menerima undang-undang agama (Syariah) daripada
Tuhannya. Undang-undang agama ini penuh dengan kebijaksanaan. Aku
menerima cahaya daripadanya seperti menerima cahaya dari mentari.
Nama lain bagi Nabi Muhammad adalah Ahmad (kedua-duanya adalah daripada
huruf akar h, m dan d); kedua-dua nama bermakna “yang terpuji” tetapi
nama kedua menekannya pada darjah yang lebih tinggi. Qur’an menyatakan
bahawa Nabi Isa (Jesus a.s.) menyebut Nabi terakhir sebagai Ahmad.
Ramalan Di Dalam Rig Veda
Rig Veda V, 27, 1
Pemilik kereta kuda, yang benar dan mencintai kebenaran, yang amat
bijaksana, berkuasa dan pemurah, Mamah [Muhammad] telah memilihku dengan
kata-katanya. Anak kepada yang Maha Berkuasa, yang memiliki semua
sifat-sifat yang mulia, yang mengasihani dunia telah menjadi masyhur
dengan sepuluh ribu [sahabat].
Ini merujuk kepada sepuluh ribu
orang sahabat-sahabat Nabi yang menang semasa pembukaan Mekah dan
membersihkan Kaabah daripada berhala dan segala kehinaan.
Ramalan-ramalan Lain Di Dalam Kitab Hindu
Veda mengandungi banyak ramalan mengenai Nabi Muhammad. Beberapa
penterjemah Eropah dan Hindu yang menterjemah Veda telah membuang nama
yang merujuk kepada Nabi sementara yang lain cuba menerangkan ayat-ayat
mengenai peristiwa-peristiwa di dalam kehidupannya, Kaabah, Mekah,
Arabia dan peristiwa-peristiwa lain dengan menggunakan terminologi Hindu
seperti ritual penyucian, dan tanah dan sungai-sungai di India.
Beberapa Mantra mengandungi ramalan-ramalan yang bercampur-baur dengan
penjelasan-penjelasan yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada
ramalan tersebut.
Beberapa ramalan ditemui di dalam Atharva
Veda: (1) XX: 21, Ayat 6, 7 dan 9; (2) XX:137, Ayat 7 – 9; dan (3) X:2,
Ayat 26, 27, 28, 29, 30 dan 32. Begitu juga beberapa lagi ramalan
ditemui di dalam Rig Veda: (1) VII: 96, Mantra 13 – 16; dan (2) I: 53,
ayat 6 dan 9. Akhir sekali, satu ramalan ditemui di dalam Sama Veda III:
10, Ayat 1.
Ini hanyalah beberapa contoh daripada banyak
ramalan-ramalan. Pembaca yang beri minat untuk merujuk kepada hasil
kerja seorang sarjana boleh membaca buku Dr. Vidyarthi bertajuk
“Mohammed in World Scriptures”, 1990. Buku ini menerangkan terminologi
Hindu yang digunakan di dalam Mantra dan makna serta penggunaan
perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu di dalam Veda dan
Kitab-kitab Hindu yang lain.
Sebenarnya banyak lagi anekdot
tentang nabi-nabi di dalam seluruh kitab-kitab Hindu yang berasal dari
suhuf-suhuf nabi terdahulu. Adakah ini cukup meyakinkan bahawa
sememangnya Muhammad benar-benar penyelamat yang dijanjikan itu?
Kalki Avatar
Pundit Vedaprakash Upadhyay, professor beragama Hindu, dalam bukunya
yang menghebohkan mengklaim bahwa “Avatar” yang tertera dalam Kitab Suci
agama Hindu cocok dengan kepribadian Nabi Muhammad SAW. Di India buku
tentang fakta itu telah dipublikasikan. Buku itu menjadi topik hangat
diskusi dan isu di dalam negeri. Penulisnya adalah Pundit Vedaprakash
Upadhyay yang merupakan seorang Profesor Hindu.
Judul bukunya
adalah Kalki Avatar. Pundit Vedaprakash Upadhyay adalah pemeluk Hindu
Brahmin berasal dari Bengali. Dia merupakan peneliti di universiti
Allahabad. Setelah bertahun-tahun meneliti kitab Veda, Purna and
Upnishad dia mempublikasikan bukunya itu dan tidak kurang dari delapan
orang pundit terkenal mengakui argumen-argumen yang disodorkannya.
Menurut keyakinan Hindu, dunia Hindu sedang menanti kedatangan “seorang pembimbing sekaligus pemimpin” namanya Kalki Avatar.
Diskripsi yang ada dalam teks agama Hindu hanya menerangkan nabi
Muhammad SAW dari arab Saudi. Oleh karena itu umat Hindu si seluruh
dunia tidak perlu menunggu kedatangan Kalki Avatar (sang Inspirasi) dan
harus segera mengimani nabi Muhammad SAW sebagai Kalki Avatar. Ini
merupakan fakta yang diakui oleh pundit-pundit terkenal.
Apa
yang penulis dapat katakan adalah siapapun yang masih menunggu
kedatangan Kalki Avatar adalah menyiksa diri. Utusan Allah itu telah
datang dan pergi pada empat belas abad yang lalu. Penulisnya mengutip
keterangan dari kitab Veda dan Kitab Suci umat Hindu lainnya:
Dalam
Purana (kitab Hindu), dinyatakan bahwa Kalki Avatar adalah utusan Tuhan
terkahir di dunia. Dia akan menjadi pembimbing bagi seluruh manusia di
dunia.
Menurut keyakinan hindu kelahiran Kalki Avatar akan terjadi
di sebuah wilayah, yang menurut keyakinan Hindu sendiri adalah di
wilayah Arab.
Dalam kitab suci agama Hindu, nama ayah dan ibu
Kalki Avatar adalah VISHNUBHAGAT dan SUMANI. Bila dicermati arti dari
nama-nama itu kita akan sampai pada kesimpulan yang sangat menarik.
VISHNU (artinya Allah) + BHAGAT (artinya Hamba). Hamba Allah = ABDULLAH
(dalam bahasa Arab) adalah nama ayah rasulullah.SUMAANI (artinya damai
atau ketenangan). Aminah (dalam bahasa Arab berarti Damai) adalah nama
ibu rasulullah.
Dalam kitab suci Hindu, disebutkan bahwa
makanan pokok Kalki Avatar adalah kurma dan minyak zaitun dan dia
merupakan orang paling jujur dan dapat dipercaya dalam agamanya. Tidak
diragukan nabi Muhammad SAW memiliki sifat-sifat seperti itu.
Dalam kitab Veda, Kalki Avatar akan terlahir dari sebuah suku terhormat.
Kenyataannya nabi Muhammad lahir dari suku terhormat yaitu suku
Quraysh.
Tuhan mengajar Kalki Avatar melalui utusan-Nya
(malaikat) dalam sebuah gua. Allah mengajarakan nabi Muhammad (SAW)
melalui malaikat-Nya, Jibril, dalam gua yang terkenal dengan Gua Hira.
Tuhan akan memberi Kalki Avatar kuda yang larinya kencang sehingga
mampu melintasi dunia serta tujuh langit. Inilah yang kita kenal dengan
Burraq dan Mi’raj (perjalan malam nabi Muhammad SAW melintasi tujuh
langit).
Tuhan akan menyediakan Kalki Avatar pertolongan ghaib. Ini terjadi dalam peperangan Uhud.
Satu keterangan luar biasa adalah disebutkan Kalki Avatar akan
dilahirkan pada hari keduabelas di suatu bulan. Tepat sekali, nabi
Muhammad dilahirkan pada tanggal 12 Rabbiul Awwal (kalender Hijriah).
Kalki Avatar memilki kuda bagus dan merupakan seorang mahir pedang.
Sebagai bonus,penjelasan ini ditambah lagi dengan kajian Pundit tersebut yang juga seorang PAKAR BAHASA SANSKRIT.
Beliau yang ketika itu bertugas di Universiti Prayag, mengatakan
Muhammad (s.a.w.) disebut di dalam kitab Veda dan Purana (kitab agama
Hindu) dengan empat nama dan gelaran iaitu:
-Narashangsa (The Praised) – Yang Terpuji.
-Antim Rishi (Final Sage) – Utusan Terakhir.
-Kalki Avatar (Sage of the Last Period) – Utusan Akhir Zaman
-Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad) – Muhammad dan Ahmad.
Veda juga menceritakan sifat-sifat utusan akhir zaman ini. Sebagai contoh dalam Atharva-Veda disebutkan:
(1) “He will use camels as his mounts.” (Atharveda 20:127:2) – (Dia menggunakan unta sebagai kenderaannya).
(2) “He will have twelve wives.” (Dia mempunyai 12 orang isteri)
(3) “God will honour Narashangsa with ten garlands.” (Tuhan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher)
(4) “He will receive a gift of ten thousand cows.” (Dia menerima anugerah 10,000 ekor lembu)
Maksudnya:
(1) Kenderaan yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w. adalah unta. Imam
Bukhari berkata, “Anas melaporkan, Nabi memiliki seekor unta yang
bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam
perlumbaan (semasa latihan).”
Keterangan:Unta adalah haiwan yang
menjadi identiti di padang pasir Arab.Ia bukan identiti Tanah
India.Dewa-dewi Hindu tidak pernah menaiki unta.Pernahkah anda melihat
patung-patung dewa Hindu menaiki unta??
(2) Nabi Muhammad s.a.w. memang memiliki 12 orang isteri.
(3) Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ‘sepuluh yang terjamin syurga’.
(4) Dr. Ved Prakash mengatakan perkataan ‘lembu’ adalah metafora yang
melambangkan golongan yang baik dan bepekerti mulia. Menurut Dr. Ved
Prakash ‘10,000 ekor lembu’ mungkin dikaitkan dengan 10,000 sahabat Nabi
yang berjaya menguasai kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah.
*Dalam kitab Shahih Imam Bukhari, dari ANAS katanya: “Aku pernah melihat
Rasulullah (Muhammad) menunggang kuda dengan sebilah pedang tergantung
di sampingnya.”
Teks Hindu menggambarkan Kalki Avatar menaiki
kuda putih dan Nabi Muhammad sememangnya mempunyai kuda putih.Malah
dalam Injil/Taurat juga diterangkan ramalan tentang orang agung menaiki
kuda putih.Lihat keterangan dibawah,
Wahyu 19: 10-18
10.Maka tersungkurlah aku di depan kakinya untuk menyembah dia, tetapi
katanya kepadaku : “Janganlah begitu. Aku pun hamba, sama dengan engkau
juga dan dengan segala saudaramu yang memegang kesaksian Jesus.
Sembahlah Allah, kerana kesaksian Yesus itulah roh nubuat.
11.Maka
aku melihat sorga terbuka, lalu ku lihat seekor kuda putih dan ia
menungganginya bernama: Yang setia dan yang benar. Ia menghakimi dan
berperang dengan adil.
12.Dan matanya bagaikan nyala api dan di atas
kepalanya terdapat banyak mahkota dan padanya tertulis suatu nama yang
tidak diketahui oleh seorang pun, kecuali ia sendiri.
13.Dan ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan namanya disebut ‘Firman Allah’
14.Dan semua pasukan dari sorga mengikuti dia; mereka menunggang kuda putih dan memakai lenan halus yang putih bersih.
15.Dan dari mulutnya keluar sebilah pedang tajam yang akan memukul
segala bangsa. Dan ia akan menggembalakan mereka dengan gada besi dan ia
akan memeras anggur dalam kilangan anggur, yaitu kegeraman murka Allah,
Yang Maha Kuasa.
16.Dan pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis suatu nama yaitu: “Raja segala raja dan tuan diatas tuan”
Keterangan
Makna dari ayat-ayat di atas menunjukkan ciri dan sifat nabi yang akan datang sebagai berikut:
a.menolak untuk disujudi
b.setia kepada hukum dan dapat dipercaya karena selalu benar
c.matanya seperti nyala api dan dikepalanya ada mahkota
d.sebagai Firman Allah yang hidup
e.sebagai raja diatas segala raja dan tuan di atas segala tuan.
KETERANGAN:
• Ayat 10 menerangkan bahwa Yohannes berniat untuk sujud kepadanya ,
tetapi ia mencegahnya. Yang diisyaratkan ayat ini tak lain adalah Nabi
Muhammad saw yang selalu menolak untuk disujudi oleh umatnya. Beliau
menegaskan adat sujud menyembah itu berlaku di kalangan non muslim.
Ketika Ja’far bin Abu Tholib memimpin rombongan sahabat hijrah ke negara
Habsyi, ia menolak untuk sujud kepada Raja negeri itu yang beragama
Kristen (Raja Najasyi). Ketika ditanya oleh Raja itu, beliau menjawab
bahwa Allah melarang manusia untuk sujud kepada sesama manusia dan yang
berhak disujudi hanyalah Allah. Bagaimana dengan Yesus? Ternyata dia
tidak menolak jika ada orang yang sujud kepadanya (Lukas 8:41 dan
Yohannes 9:38), berarti, nubuat diatas jelas bukan untuk Jesus,
melainkan untuk Muhammad.
• Ayat 11 menerangkan, kuda putih yang
penunggangnya bernama Yang Setia dan Yang Benar, dengan keadilan ia
memutuskan hukum dan mengadakan peperangan. Jesus tidak pernah
menunggang kuda putih,melainkan seekor keledai (Zecchariah 9:9, Matius
21:7). Sedangkan Nabi Muhammad selalu menunggang kuda putih. Sebelum
beliau menjadi Nabi, gelar beliau adalah “ Al Amin”, artinya “ Yang
dapat dipercaya, Yang setia dan Yang benar”. Dalam memutuskan perkara
Beliau tidak pernah pandang bulu, dengan keberanian yang luar biasa
beliau memimpin peperangan melawan dan menghancurkan kekuatan kaum
kafir. Sedangkan Jesus sama sekali tidak pernah mengikuti peperangan,
sebab kerajaan Jesus bukan di dunia, melainkan di langit (Yohannes
18:36)
• Ayat 12 mengatakan, matanya seperti nyala api dan di
kepalanya banyak mahkota. Nabi Muhammad dalam memimpin peperangan,
matanya merah berapi-api dan mampu mengalahkan raja-raja serta merebut
singgasananya. Menurut orang Kristen, Jesus tidak pernah berperang
sehinggaia tidak bermahkota. Ketika disalib, orang Romawi dan Yahudi
memberinya mahkota duri sebagai lambang penghinaan terhadap Jesus.
•
Ayat 13 menjelaskan, nabi itu disebut Firman Allah. Mungkin orang akan
bertanya: Bukankah Jesus itu Firman Allah?. Memang benar, Jesus adalah
Firman Allah demikian juga Muhammad. Firman Allah yang diberikan kepada
Muhammad ada tiga macam. Pertama wahyu yang dibacakan oleh Malaikat
Jibril (wahyu matlu) yaitu Al Qur’an. Kedua, wahyu yang tidak dibacakan
(ghoiru matlu) dan langsung melalui Nabi yaitu hadits dan hadits qudsi.
• Ayat 14, bahwa Nabi Muhammad selalu dikelilingi tentara malaikat yang turun dari Surga
• Ayat 15, bahwa Nabi Muhammad akan menghancurkan kekuatan orang kafir
• Ayat 16 menyebut dia sebagai raja diatas raja dan tuan diatas tuan,
sebab nabi Muhammad mampu mengalahkan raja-raja lainnya. Bagaiman
Jesus?. Dia tidak pernah berperang dan tidak pernah mengalahkan seorang
raja pun?
==============================
Sebagaimana pengakuan
kaum kafir Quraisy dalam perang badr. Salah satu Panglima Quraisy saat
itu, Abu Sufyan mengaku melihat tentara-tentara berbaju putih bersih,
menunggang kuda-kuda putih yang sangat indah ikut berperang di pihak
kaum Muslimin. Sebagai ilustrasi, jumlah kaum muslimin yang berangkat
berperang adalah 300 orang (disebut ahlu badr), sedang jumlah kaum
kafir, sekitar 1000 orang.
Sebagai tambahan lagi
Bagaimana?Veda,Purana dan lain-lain mengesahkan kehadiran Muhammad.
Mahukan lebih lagi bukti?
Muhammad Dalam Injil dan Taurat
Walaupun Injil dan Taurat pada hari ini sudah hilang keasliannya,namun
bukanlah keseluruhan isi kandungan kitab-kitab ini tidak dapat diterima
kebenarannya.Sepertimana sumber-sumber Hindu tadi,jejak-jejak Nabi
Muhammad dapat ditelusuri tambahan pula Nabi Isa a.s adalah nabi sebelum
Nabi Muhammad s.a.w.
Naskhah Taurat dalam bahasa Hebrew masih lagi
mencatatkan nama Muhammad dengan jelas dan terang sehingga ke hari ini.
Dalam Song of Solomon 5:16 terdapat perkataan-perkataan ini:
HIKKO MAMMITAKIM VIKILLO MUHAMMADIM ZIH DUDI FAZIH RI’IE
Maknanya: “kata-katanya adalah semanis kata-kata, sesungguhnya dia
adalah Muhammad yang agung, inilah kekasihku dan inilah kesayanganku”.
Lafaz Hebrew tersebut menyebut nama Muhammad dengan jelas dan terang
serta diikuti dengan lafaz ( IM ) yang digunakan dalam bahasa Hebrew
untuk pengagungan. Nama Muhammad juga disebut dalam kamus indeks bagi
perkataan Taurat ketika menjelaskan lafaz yang berkaitan dengan nas tadi
(MUHAMMADIM) – The New Strong Exhaustive Concordance of Bible, James
Strong, L.L.D.5.T.D, Thomas Nelson Publishers, Nashville, USA, 1984,
p.64 (Hebrew Dictionary).
Akan tetapi, tangan penyelewengan di
sisi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengakui bahawa lafaz
“Muhammad” adalah nama nabi dan berdegil bahawa ia adalah sifat bagi
nabi bukan nama untuknya. Mereka berkata bahawa makna lafaz “MUHAMMAD
IM” ialah yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji sebagaimana
terdapat dalam naskhah King James yang diakui oleh orang Kristian:
Song of Solomon 5:16 ( His mouth is most sweet, yes he is altogether lovely. This is my beloved , and this is my friend, )
Jadi, makna isyarat ini di sisi mereka : “kata-katanya adalah semanis
kata-kata, sesungguhnya dia adalah pemilik sifat-sifat yang terpuji,
inilah dia kekasihku dan inilah dia kesayanganku”.
Siapakah dia
wahai ahli kitab selain Muhammad yang agung: Rasulullah SAW yang
kata-katanya adalah sebaik-baik perkataan, baginda terpuji pada
sifat-sifatnya semua sekali, baginda adalah kekaksih Allah dan
kesayangan-Nya sebagaimana terdapat dalam Song of Solomon selepas
sebutan namanya: “inilah dia kekasihku dan inilah dia kesayanganku”
Hebrew adalah bahasa purba yang mengandungi 22 huruf konsonan dan tiada
huruf vokal. Hanya pada abad ke 8 huruf vokal diperkenalkan untuk
bahasa Hebrew ini di dalam bentuk dot dan garis.
Muhammad dieja di dalam bahasa Hebrew sebagai: DMHM
Mengandungi empat huruf dan dibaca dari kanan ke kiri sama seperti bahasa Arab.
Mengikut Kamus Ben Yehuda’s Hebrew-English,
bermakna yang disayangi, yang bernilai dan yang terpuji! Sama maksud di
dalam bahasa Arab, Muhammad ialah yang terpuji (the praised one). Ini
membuktikan bahawa Muhammad telah disebutkan di dalam kitab-kitab
sebelum ini.
Ramalan tentang nabi Muhammad juga ditemui dalam Habakuk 3.3:
“Tuhan datang dari Teman, dan yang kudus dari gunung Paran Selah.
Kejayaannya menyelimuti langit dan bumi pun penuh dengan pujian
kepadanya”
Paran adalah Faron dalam bahasa Arab bermaksud Mekah dan
sekitarnya.Faran secara terperinci (dibaca : Faron) bermaksud dua yang
bermigrasi, maksudnya adalah migrasi yang dilakukan oleh dua orang yaitu
Siti Hajar (istri nabi Ibrahim) dan putranya (yang tatkala itu masih
bayi yang masih menyusui) bernama Ismail.
Juga ditemui dalam bahagian-bahagian lain,
YOHANES 14:15 – 16 “Jikalau kamu mengasihi aku, turutlah segala
hukumku. Dan aku akan mintakan kepada Bapa, maka Ia akan mengaruniakan
kepada kamu Penolong yang lain, supaya ia menyertai kamu
selama-lamanya.” Para theologi Islam berkata
bahwa “Penolong yang
lain” itu adalah Muhammad, Rasulullah; dan “menyertai selama-lamanya”
berarti abadinya hukum dan cara hidup (syariah) dan Kitab yang
diwahyukan kepadanya.
YOHANES 15:26 – 27 – “Akan tetapi apabila
datang Penolong yang akan kusuruhkan kepadamu dari pada Bapa, yaitu Roh
Kebenaran yang keluar dari pada Bapa itu, ialah akan menyaksikan dari
halku. Dan kamu pun akan menjadi saksiku, oleh sebab itu kamu telah ada
bersama-sama dengan aku dari mulanya.”
YOHANES 16:5 – 8 –
“Tetapi sekarang aku pergi kepada Dia yang menyuruh aku, maka tiada
seorang dari antara kamu yang bertanya kepadaku: “Kemanakah Tuhan hendak
pergi? Hanyalah sebab aku sudah mengatakan segala perkara itu kepadamu,
maka duka-cita telah penuh didalam hatimu. Tetapi aku ini mengatakan
yang benar kepadamu, bahwa berfaedahlah bagi kamu
jikalau aku ini pergi, karena jikalau tiada aku pergi,
tiadalah Penolong itu akan datang kepadamu; tetapi jikalau aku pergi,
aku akan menyuruhkan Dia kepadamu. Apabila ia datang maka ialah akan
menerangkan kepada isi dunia ini dari hal dosa dan keadilan dan
hukuman.” Selanjutnya dalam Yohanes 16:12-14 – “Banyak lagi perkara yang
aku hendak katakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada dapat kamu
menanggung dia. Akan tetapi apabila ia sudah datang, yaitu Roh
Kebenaran; maka ia pun akan membawa kamu kepada segala
kebenaran;
karena tiada ia berkata-kata dengan kehendaknya sendiri, melainkan
barang yang didengarnya itu juga akan dikatakannya; dan dikhabarkannya
kepadamu segala perkara yang akan datang. Maka ia akan memuliakan aku,
karena ia
akan mengambil dari pada hak aku, lalu mengkhabarkan
kepadamu” …
YAHYA 16:16 -”Hanya seketika lagi maka tiada
kamu memandang aku, dan lagi pula seketika sahaja, maka kamu akan melihat aku” …
Ulama Islam mengatakan bahwa orang tersebut dalam ayat-ayat di atas,
yang akan datang setelah Jesus (Isa),iaitu melainkan Nabi Muhammad
s.a.w.; nubuat mana yang kemudian dikacaukan oleh para penafsir dan
penterjemah dari bahasa Yunani, sedangkan Yesus sendiri hanya berbicara
dan mengerti bahasa Aramia.
Dalam codex Yunani, kata PERICLUTOS yang bererti
“sangat terpuji, yakni Muhammad, diganti dengan PARACLETOS yang bererti pembela perkara, penolong.
Kebanyakan Injil yang mengandungi nama Muhammad atau ramalan
kedatangannya telah dibakar atau disembunyikan ketika dan selepas
Persidangan Nicea. Salah satunya Injil Barnabas.
“Jesus
menjawab: `Nama Messiah adalah yang terpuji, kerana Tuhan sendiri telah
memberikan nama itu ketika Dia menciptakan jiwanya, dan menempatkannya
di
dalam kemuliaan syurgawi. Tuhan berkata: “Nantikanlah Muhammad;
demi engkau, Aku akan menciptakan firdaus, dunia, dan begitu banyak
makhluk, yang akan Aku serahkan kepadamu sebagai hadiah, sedemikian rupa
sehingga barangsiapa memberkati engkau, dia akan diberkati, dan
barangsiapa mengutuk engkau, dia akan
dikutuk. Ketika Aku mengutus
engkau ke dalam dunia, Aku akan mengutus engkau sebagai utusan
keselamatan-Ku dan kata-katamu akan menjadi kenyataan,sedemikian
rupa sehingga meskipun langit dan bumi akan gagal, imanmu tidak akan
pernah gagal.” Muhammad adalah namanya yang diberkati.’ Kemudian
khalayak itu
mengangkat suara mereka, lalu berkata, `O Allah,
utuslah kepada kami utusan-Mu: O Yang Terpuji, datanglah segera demi
perdamaian dunia!’”
(Barnabas 97:9-10)
“Kemudian imam itu berkata: “Dengan nama apakah Messiah itu akan dipanggil?” Jesus
menjawab, “Muhammad adalah namanya yang diberkati” ‘
(Barnabas ps. 97).
Dalam ayat yang lain: “Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran: “Aku bukanlah Messiah itu.”
(Barnabas ps. 42:2)
Juga dalam Ulangan (Deuteronomy) 18:17-22
18:17 Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka itu benar (Bani Israel);
18:18 seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara
mereka, seperti engkau ini (Musa); Aku akan menaruh firman-Ku dalam
mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan
kepadanya.
18:19 Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku
yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut
pertanggungjawaban.
18:20 Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani
untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk
dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu
harus mati.
18:21 Jika sekiranya kamu berkata dalam hatimu: Bagaimanakah kami mengetahui perkataan yang tidak difirmankan TUHAN? –
18:22 apabila seorang nabi berkata demi nama TUHAN dan perkataannya itu
tidak terjadi dan tidak sampai, maka itulah perkataan yang tidak
difirmankan TUHAN; dengan terlalu sombong nabi itu telah mengatakannya,
maka janganlah gentar kepadanya.”
“…seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini…”
Ayat ini bermaksud seorang nabi akan dibangkitkan dari kalangan saudara
Bani Israel,bukan dari Bani Israel, tetapi dari kalangan saudaranya
iaitu adik-beradik lain selain Nabi Ishak dan Nabi Yaakub yang
menurunkan Bani Israel. Nabi Muhammad lahir dari keturunan Bani Ismail
maka lengkaplah ramalan ini.
Sebenarnya terdapat banyak lagi
tanda-tanda di dalam Injil dan Taurat yang menyebut tentang kedatangan
Rasulullah s.a.w. Sebahagiannya telah diputarbelit, sebahagiannya tidak
sempat atau dipelihara dengan kehendak Allah bagi kita menunjukkan
kebenaran Islam.
Tanda-tanda Muhammad dalam ucapan-ucapan Gautama Buddha
Masalah orang yang digelar Gautama Buddha ini masih diperdebatkan ramai
sarjana. Adakah Gautama Buddha salah seorang nabi?Jika kita lihat di
dalam khutbahnya atau ajaran-ajarannya,Buddha tidak pernah mengajarkan
kepada penyembahan dirinya ataupun patung-patung.
Buddha hanya
menekankan cara-cara mengatasi nafsu.Baiklah dalam kes ini kita gunakan
pelajaran ketiga,di mana melaluinya kita dapat membuat andaian bijak
melalui hujah-hujah berikut:
-Koleksi khutbah Buddha atau
nasihatnya ditulis 300 tahun selepas kematiannya malah penulisan ini
(Tripitaka) telah bercampur aduk dengan pandangan-pandangan Bikkhu dan
para rahib.Ia ibarat Taurat yang digabungkan dengan Talmud.Dalam jarak
yang begitu lama (3 abad) sudah pasti ajaran asli telah terpesong dan
hilang sama sekali dan dicampur dengan dongengan dan ajaran agama yang
dibuat-buat.
-Ketika era Dinasti Kunshan (pengaruhnya meliputi
utara India dan Asia Tengah) terutama raja Kanishka (120-162 AD) yang
memeluk agama Buddha,pelbagai pengaruh masuk seperti Pagan, Hellenistik
termasuk Hindu menyebabkan terjadinya perubahan besar-besaran. Pemujaan
patung Buddha semakin menjadi-jadi.Dan ini diakui oleh ramai pengkaji
merupakan rombakan seluruh ajaran Buddha sebenar.
-Seorang sami
muda bernama Sariputra telah merombak ajaran Buddha secara sesuka
hatinya.Sariputra adalah seolah-olah jelmaan Paulus dalam agama
Kristian.Paulus telah merombak ajaran Isa a.s dan menambah-nambah
perkataan dalam Injil.
Daripada hujah-hujah di atas,kita dapat
menghidu bahawa kemungkinan juga Gautama Buddha adalah salah seorang
pemberi peringatan itu, namun ajarannya telah diseleweng secara
sadis,dan pengikut terkemudian memandai-mandai membina patungnya.
Ini berdasarkan khutbah-khutbahnya yang melarang zina,melakukan
kejahatan dan menganjurkan berbuat baik dan mengatasi nafsu sendiri
adalah ajaran-ajaran yang secocok dengan apa yang dibawa oleh Islam.
Dewasa ini para pengkaji teks-teks agama Buddha mengatakan bahawa
Buddha tidak menyentuh langsung tentang Tuhan,namun kita boleh
mengandaikan bahawa ucapan-ucapan tentang Tuhan mungkin diedit ataupun
dipadamkan.
Satu perkara yang menarik,sejarah agama Buddha juga
menyaksikan munculnya persidangan-persidangan seperti Persidangan
Pertama di Rajagaha dan yang kedua di Vasali. Persidangan-persidangan
ini mirip persidangan-persidangan Kristian seperti di Nicea.
Ketika persidangan inilah ajaran-ajaran Buddha sebenar dirombak habis-habisan dan ajaran Buddha versi Sariputra telah diambil.
Agama Buddha juga berpecah menjadi dua aliran besar iaitu Mahayana dan
Hinayana. Hinayana pula terpecah menjadi dua iaitu Theravadi dan
Sarvastivadi.
Jika kita menganggap Gautama Buddha seorang nabi
yang memberi peringatan, tiada salahnya kerana sepertimana ajaran Veda
yang diseleweng sehingga menjadi agama menyembah berhala, Hindu… ajaran
Sang Buddha juga pasti tidak terlepas dari segala pembohongan ini.
Mari kita jejak debu-debu yang masih tertinggal di dalam ajaran Buddha tentang kehadiran penyelamat terakhir ini.
Wasiat Terakhir Sang Buddha
Dalam kitab yang terkenal dari agama Buddha, Maha pri Nibhan Sutta dan
T.W.Rhys Davids, J.Eitel, Carlongen Newman telah menulis berdasarkan
autoriti dari kitab-kitab Buddhis dalam bahasa Sanskrit dari bahasa Cina
yang paling meluas; bahawa Buddha yang Diberkahi maju ke depan dengan
suatu rombongan besar dari para pengikutnya ke tempat tinggal Malla yang
ada di Koshinagar di seberang sungai Harinyvati.
Setelah sampai dia berbicara kepada Ananda, ujarnya:
Bawakan aku sebuah bantal. Kepalanya harus menghadap ke utara di antara
dua pohon cemara. Wahai Ananda, saya merasa lemah; saya ingin
berbaring. Bantal dibawakan kepadanya, dan Buddha berbaring atasnya.
Kemudian ketika dia kembali kesadarannya dan telah terbangun, beberapa
tanda istimewa muncul di pepohonan dan di langit serta di bumi.
Ananda menganggap hal ini menunjukkan hormat. Tetapi Buddha mengatakan
tanda-tanda ini tidak ada kaitannya dengan penghormatan terhadap
dirinya, tetapi penghormatan besar adalah kesadaran akan dirinya, ikatan
kewajiban dan pengikut yang tulus. Buddha melanjutkan kata-katanya:
“Wahai Ananda, jadi, bisakah engkau menghormati tuanmu?” Mendengar hal
ini, air mata mengalir di pipi Ananda. Ini karena ia merasa bahwa ia
masih belum apa-apa kecuali pencari kebenaran, dan dia masih begitu jauh
dari tujuan yang sempurna: tetapi tuannya, tuannya yang baik hati, akan
segera wafat.
Kemudian Buddha bertanya kepada para muridnya:
Saudara-saudaraku, dimanakah Ananda? Seseorang memanggil Ananda. Ananda
menghampiri dan berkata kepada Tuan yang dihormatinya: Kegelapan dan
kegalauan sedang mencari kebijaksanaan. Orang-orang yang terbenam dalam
dengan emosi, dan nafsu, dan buta, sangat mendambakan cahaya.
Wahai engkau yang begitu sempurna, “pencetus cahaya kebijaksanaan”.
Dengan kata-kata ini Ananda duduk di sampingnya, dan Buddha berkata:
Ananda, hentikanlah; jangan bersedih hati atau berurai air mata seperti
ini. Bukankah telah kuberitahukan berulang-kali kepadamu sebelum ini,
bahwa adalah fitrah kita untuk berpisah dengan yang kita kasihi dan
barang-barang yang disukai. Seorang yang tidak bijak akan mengira bahwa
dirinya adalah segalanya, tetapi seorang yang sadar mengenal bahwa
ego-nya itu bukanlah realitas. Dia menyadari khayalan alam semesta ini,
dan yakin bahwa semuanya akan lenyap kecuali kebenaran dan ketulusan.
Saya menyerahkan diri jasmaniku ini yang berupa daging dan tulang. Ruh
dari alam ini akan terus hadir. Saya telah memutuskan untuk mencari
peristirahatan dan kedamaian, karena saya telah menyelesaikan karya
risalah saya. Hanya inilah apa yang kucari sekarang.
Wahai
Ananda, engkau sangat dekat kepadaku karena pengabdian dan kecintaanmu
yang takkan musnah. Apapun yang kaukerjakan itu sudah benar, teruslah
berusaha dengan sekuat mungkin tenagamu. Hanya dengan demikian kemudian
kamu akan menemukan pembebasan dari nafsu rendahmu, takhayul dan
kebodohan.
Kemudian Ananda menahan tangisnya dan bertanya
siapakah yang kelak akan mengajar mereka setelah (Buddha) tiada. Untuk
ini Gautama Buddha menjawab: Saya bukanlah satu-satunya Buddha yang
datang ke dunia ini, ataupun saya bukanlah kereta yang terakhir. Pada
saatnya yang tepat, Buddha yang lain akan bangkit – seorang yang suci,
cahaya di atas cahaya, dan seorang yang akan menyebarkan kebijaksanaan
dan ilmu.
Dia akan mengetahui rahasia alam, dan akan dengan
seluruh keagungannya, dia akan menjadi pemimpin yang mengungguli seluruh
manusia dan menjadi pengajar umat manusia dan jin. Dia akan menggelar
kebenaran Ilahi dengan cara yang sama seperti yang saya kerjakan. Dia
akan menyiarkan agamanya dan ini dalam kenyataannya akan menjadi yang
terbaik.
Dia akan mencapai puncak kejayaan dan kemuliaan. Dia
akan menikmati kehidupan bersama orang-orang yang tulus, seperti yang
saya lakukan. Murid-muridnya akan berkali-lipat menjadi ribuan sedangkan
saya hanya beberapa ratus.
Ananda merasa tenteram dengan
kata-kata ini lalu berkata: Doakan, Tuan, bagaimana kita bisa tahu akan
hal itu? Untuk ini Buddha yang diberkahi berkata: Dia kelak adalah
Maitreya yang seutuh-utuhnya. (“Gospel of Buddha” oleh Carus P. halaman
215-218).
Maitreya (sebut Sanskrit) atau Metteya (ini dalam
bahasa Pali) adalah katakunci yang amat penting.Kata ‘Mat’ ‘Mad’ atau
‘Met’ adalah identiti bagi Nabi Muhammad.
Kitab-kitab Ibrani
menyebutkan perkataan ‘Emet’ ‘Muhammadin’ dan ‘Ahmad’, Veda menyebutnya
sebagai ‘Mahmah’,'Mahamad’ atau ‘Ahmad’ dan Buddha mengelarkannya
sebagai ‘Metteya’.
Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:
“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama
Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci,
seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan
kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang
Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini
keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini
daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan
memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku
(Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai
daripada pengikut aku (Buddha)”.
Perkataan `Maitreya’ di dalam
bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang
memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia
juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan Arab
yang membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di dalam
Al-Quran
(Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)
“Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.
Perkataan Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran tidak kurang daripada 409 kali.
Tiap-tiap Surah di dalam Al Quran bermula dengan perkataan yang amat
indah sekali iaitu “Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim” yang bererti “Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang’.
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah.
Perkataan Muhammad ada juga di eja “Mahamet” atau “Mahomet” atau ejaan
yang lain dalam berbagai bahasa. Perkataan “Maho” di dalam bahasa Pali
dan “Maha” di dalam bahasa Sanskrit bererti sangat baik atau besar atau
sangat mulia dan masyhur dan perkataan “Metta” bererti belas kasihan.
Maka perkataan “Mahamet” atau ”Mahomet” bererti Belas Kasihan Yang Amat
Besar.
Keempat-empat agama besar selain Islam ini mengungkapkan kehadiran seorang penyelamat besar yang ditunggu-tunggu.
Mahukan lebih lagi bukti-bukti?
Ya…ini tidak cukup, berikan saya satu lagi bukti sudah memadai…
Jika ada lagi satu bukti maka saya percaya bahawa Muhammad benar-benar penyelamat agung itu.
Jangan risau,anda akan di’kurniakan’ satu bukti lagi.
Muhammad Dalam Zend Avesta dan Dasatir
Zend Avesta dan Dasatir adalah teks-teks dalam agama Zarathustra yang
kemudiannya bertukar menjadi agama Majusi. Jika kita mengkaji pola
antara Zend Avesta dan veda, kita akan dapat melihat persamaan darinya.
Bahagian awal dari ajaran Zarathustra dikenal sebagai Gatha. Kita juga
menemukan sebutan Gatha dalam Veda.Tetapi tidak ada disebutkan Veda
serta kitab Hindu lain-lainnya dalam kitab suci agama Majusi.
Ini menunjukkan bahwa Gatha itu lebih tua dari Weda. Begitu pula,dalam
Veda ada rujukan tentang Purana (Yajusha Purana) yang kenyataannya
adalah Yajush sah puranam (yajush datang dari Puran). Yajush ini adalah
bahagian dari kitab suci Parsi Zend Avesta.
Dan menurut
pendeta Hindu, Purana itu tidak lebih tua dari Veda tetapi Veda lebih
tua dari Purana, meskipun aneh juga untuk melihat bahwa Purana yajush ha
ada terdapat di Zend Avesta dan bahkan di Veda. Karena itu beberapa
pakar menyimpulkan bahwa purana tertentu itu lebih tua daripada Veda.
Suatu bahagian yang patut direnungkan dalam ajaran Zoroastrian adalah
juga kemiripannya dengan ajaran kitab-kitab wahyu dan al-Quran.Di bawah
ini kita berikan beberapa petikan dari persamaan seperti itu.
Di Vendidad bahagian pertama dari Zend Avesta juga di Yasht terdapat satu ramalan:
“Seorang perempuan akan mandi di danau Kashva dan akan mengandung. Dia akan melahirkan seorang nabi yang dijanjikan”.
Danau Kashva menurut sarjana bahasa Parsi Kuno merujuk kepada mata air.
Ini adalah katakunci kepada matair di gurun yang gersang, telaga
Zamzam. Siti Hajar adalah orang yang dimaksudkan dan dari garis
keturunannya lahirlah Nabi Muhammad. Siti Hajar juga melahirkan seorang
nabi,iaitu Ismail a.s.
“Kami mengundang Saoshyant yang dermawan
abadi serta salih. Dia yang terpuji (Muhammad) dan para sahabatnya
untuk menolong kami, yang paling tepat serta benar dalam bicaranya; yang
paling berakhlak, yang paling mulia dalam pemikirannya, yang paling
agung dan perkasa” (Visparad, 4:5).
Ingat,’yang terpuji’ adalah nama khas bagi Nabi Muhammad.
Di dalam Dasatir, satu lagi teks Majusi tertulis pada Sasan I, diambil terjemahan dalam bahasa Inggeris yang asli:
“When the Persians will do such deeds, a man from among the Arabs will
be born whose followers shall overthrow and dissolve the kingdom and
religion of the Persians.
And the arrogant people (Persians) will be subjugated.
Instead of the temple of fire and the house of idols they will see the House of Abraham without any idols as their Qibla.
“And they (Muslims) will be a mercy to the worlds.
And they will capture the places of temples of fire, Madain
(Ctesiphon), nearby lands, Tus and Balkh, and other eminent and sacred
places (of Zoroastrians).
And their leader (Prophet Muhammad) will be an eloquent man whose words and message will be clear and far-reaching.”
KESIMPULAN
Sudah jelas dan terang lagi bersuluh, bahawa Nabi Muhammad adalah ‘The
One’ yang dinanti-nantikan seluruh nabi-nabi yang diutuskan itu. Semua
ajaran agama membenarkannya. Walaupun masih cuba diseleweng, namun
tanda-tandanya masih dapat dijejaki. Sebagaimana setiap nabi yang diutus
akan tentu memperingatkan kedatangan Dajjal, nabi-nabi itu juga telah
memberi khabar gembira kedatangan penyelamat yang agung.
Penjelasan ini di akhiri dengan petunjuk yang meninggalkan rahsia yang indah dan misteri:
“Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing)
yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama
sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad…”
(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3)
“…Saya bukanlah satu-satunya Buddha yang datang ke dunia ini, ataupun
saya bukanlah kereta yang terakhir. Pada saatnya yang tepat, Buddha yang
lain akan bangkit – seorang yang suci, cahaya di atas cahaya, dan
seorang yang akan menyebarkan kebijaksanaan dan ilmu…”
Semoga bermanfaat.
Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa'ala alihisSaidina Muhammad.
BIBLIOGRAFI RUJUKAN
AlQuran dan Hadis
Material Zakir Naik
Material Abdul Haq Vidyarth especially “Muhammad dalam Kitab-kitab Dunia”
Huda Abdul Rahim
Ulfat Aziz-us-Samad “Agama Besar Dunia”
Prof. H.S. Tharick Chehab “Sejarah Injil”
Bible King James Version
Injil Indonesia
Bhagavad Gita
Khuddaka Nikaya
Simsapa Sutta
Tissa Metteyya Sutta
Intisari Agama Buddha oleh Pandita S. Widyadharma
Terjemahan Vinaya Pitaka
Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.