Tuesday, May 18, 2010

hati...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



marilah kita sama2 bersangka baik dan memperbaiki dan mencuci hati kita supaya seperti sabda nabi kita Muhammad s.a.w didalam badan kita ada sekeping daging, baik daging itu, baiklah seseorang itu..

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

diantara cara membersihkan hati kita ialah sentiasa bersangka baik dan sentiasa bertaqwa kepadaNYA

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. dan bila diri dikawal kemarahan pastilah senang syaitan menghasut untuk melakukan kejahatan bagi memuaskan hati yang sedang marah

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat iblis. Hasad dengkilah yg menyebabkan iblis pada suatu ketika dahulu antara hamba yang sentiasa beribadat kepada ALLAH dan mempunyai darjat yang tinggi tetapi menjadi hamba yang derhaka dan di benci kerana enggan sujud kepada nabi Adam as. dan menjadi hamba yang paling jahat disebabkan hasad dengki.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.bukan 100% hak seseorang, tetapi juga untuk diagih2kan kepada yang memerlukan

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (bersabar dalam segala2nya dan apabila kita bersabar,ketika ujianNYA insya allah kita akan diberi ganjaran yang besar ;))

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

bersederhanalah dalam semua perkara dan nabi Muhammad s.a.w sendiri amat bersederhana orangnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. selain itu kita hendaklah sentiasa berdoa kepada yang MAHA ESA,dan sentiasa bertasbih, memuji2 NYA, dan sentiasa mengingatiNYA ingat lah dunia ini tempat sementara, dan tiada yang lebih lengkap,dan lebih hebat selain dariNYA dan ingatlah jangan lah kita Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak kerana sifat2 inilah akan membawa kita ke dosa2 lain dan kita cuma hamba yang bersifat lemah.. didunia ini adalah tempat persinggahan sementara dalam mengumpul amalan,diakhirat jualah kita dikembalikan dan diberikan balasan ;)

Friday, May 14, 2010

bosan dengan laptop anda?


Laptop tu leh wt umah burung kakak tua


boleh gak wt lap salji


bole wat cover muka time tido


tempat menapis air liur basi


leh jadi perangkap tikus


wt hempuk kat dinding


menerangi alam maya time nk study


boleh wat main pingpong


haaa leh wt tempat duduk time tgu LRT

hahaha ini lah antara kegunaan laptop anda mcm kelapa lee pelbagai guna ;)

Thursday, May 13, 2010

selamat tinggal.... kamu.....



SELAMAT TINGGAL.... kamu......

huhuhuhu

hee sebenarnya seseorang yg menemani zul,seseorang yang membuat zul happy selama ini,seseorang yg menghapuskan kesedihan,comel,seorang yang matang,yg memberi nasihat dan dorongan selama ini telah pergi meninggalkan zul,at her own will, its because she don't want our relationship goinn further and will hurt her boyfriends,

apa yang buat zul jatuh cinta kat die sebab zul rasa perfect bila die disamping zul,die mempunyai all my heart want from from girl,die seorang yang cantik, zul dapat merasai keikhlasan die, take care kat zul, selalu nasihat zul, selalu menemani zul, selalu bagi semangat dan dorongan kat zul, memahami zul, sudi berkawan ngn zul walaupun zul rasa zul ni mcm tklayak je kwn ngn dia,she always keep make me happy,make me smile like never before,laugh together,give advice, she's very2 honest,she kejutkn saya subuh,she have a good religion basic, very2 matured basically, and banyak benda kita orang sama contohnya, tak suka bawang, tk suka buat orang tunggu, suka msak and happy tgok org happy makan masakan kita, mencintaiNYA, suka kta perniagaan, and salah satu impian zul nk ada bisnes sendiri.she the one who can make me happy, make me more closer to Allah, n banyak lg kalau nk cita dlm blog nih,

zul rasa sorang2 selama nih kerana zul rasa takda sesiapa, sbb zul nih seorang yang sangat2 fobia, parent zul,zul sayang sgt2 kat dieorang tapi zul selalu gaduh ngn ayah .tapi dengan mak ada la ego anak lelaki, malu nk cita kisah cinta, n kawan2 lak zul dah fobia nk percaya dieorang coz masa diploma dulu zul pernah cerita tentang x zul,dieorang memperlekehkan zul, menghina zul and sampai satu tahap zul ilang keyakinan kat diri sendiri and make the problem become worst gila2 sampai zul dh tknak percaya kat org sgt2,sakit sangat2 masa tu and only god knows the pain i have to face.g pn zul dah biasa sorang2,

zul actually very proud and respect to the decision she made, because zul before this have girlfriend tapi she have another man and zul mintak clash ngn gf but, she dont want to let zul away, tapi die still tknak lepaskan zul,tapi, die selalu keluar dgn bf die dan zul tetap jaga hubungan kami,and nobody beside me at that time and it sakit sgt2...and bf gf zul sampai msg2, call, n bg msg kt myspace suruh saya tinggalkan gf sy and sampai satu level sampai maki2 zul.. sakit sgt2, till one day, buntu sgt2 zul berdoa.. esoknya die terus ckp ngn kwn die suruh cakap kat zul die nk tgllkan zul.tapi zul cuba call die tp die tetap tknak angkat hp dan biarkan zul sorg2, sedih sgt2 masa tu. tuhan sahaja yg tau. so zul sangat2 tahu kesakitanya apabila ada orang ketiga and when someone take your gf like happen to me twice.zul pun rasa bersalah sgt2 kt boyfriends die.kawan2 kalau kamu tkmau org buat kat kita, jangan lah kita buat kat orang, Allah akan balas kat dunia lg apatah lagi kat akhirat.

zul feelinn very2 sad because she's the one who wipe away my sadness,my pain and she the one accompanyinn me before,we msg, call, meet her, and she make me happy all the time,zul rasa tk lengkap je hidup zul kalau tak buat tu semua, till zul punya classmate perasan and tnya kat zul, ceria je and skang kawan zul ckp nmpak zul mcm tgh bersedih, termenung sorang2.zul rasa tk pnh jmp perempuan yg ikhlas n honest mcm die, zul don't have anyone kecuali die,n bila die nasihat kan zul, zul rasa happy sangat2 ada org sudi nasihat kan zul, care kat zul and bila die nasihat, penuh dengan hikmah,tiada lg someone to smile,gelak sama2 tapi semuanya tinggal kenangn je..kenangan bersama kamu buat saya kuat. terima kasih...

tapi zul rasa happy sgt2 and zul nak tengok sgt2 die bahagia, n dia pernah ckap die bahagia sangat ngan boyfriends die, zul rasa happy sangat kalau tgok senyuman die, bila die gelak, inside me feeling something u can't describe, and kawan2 kalau kamu menyanyangi seseorang, kawan2 msti ikhlas and msti nk tgok dieorg happy je kn? heee tu lah yang zul rasa.. kamu.. happy2 selalu tau? kalau tk zul lagi sedih tgok kmu sedih.. sy lg bahagia tgok kamu bahagia,

kamu, TERIMA KASIH sgt2 sudi mngajar saya erti bahagia,mangajar saya keikhlasan,erti kasih sayang,feeling someone to take care about me, nasihat2 yang berguna buat saya menghadapi kehidupan ini,memberi semangat kat saya supaya tidak berputus asa.memberi semangat dan dorongan kat zul, zul kan selalu, sentiasa mendoakan kamu, and doa2 zul untuk kamu kepadaNYA kah buat zul rasa puas, rasa happy sangat2 zul dapat merasakan kenikmatan dalam berdoa,bila mengadu kepadanya, zul rasa kuat sgt2 n rasa dekat sangat2 kpd NYA bila berharap dan berdoa kepadaNYA

kamu... selamat tinggal,kamu.. jgn renyah2, kamu kalau sjuk pakai sweater ke pe ke, t sjuk, akit kaki, kamu... jga diri elok-elok, kamu... tuam yer kalau sakit?jgn lupa minum 100+ klau sakit, kamu... jgn lupa pakai talipinggang keledar kalau naik kereta? jgn kene hujan, t sakit kepala t,:'(.kamu jangan degil2 yer? kan kamu dah promise? kalau untuk kebaikan apa slhnya kita berubah kan? ;) ambik kebaikan dari nasihat2 zul ;)

zul kat sini akan memperbaiki diri zul supaya menjadi perfect untuk kamu,jikalau kita ditakdirkan bersama, zul akan berusaha untuk menggemukkan badan,hensem kan g diri zul,blajar dan berusaha untuk mempunyai kerjaya yang hebat dan melengkapi diri zul untuk membahagiakan kamu. n kalau boyfriend kamu tak jaga kamu betul2,wt kamu sedih, manyakiti hati kamu, kembalilah kepada zul, and zul janji akan menyayangi kamu,setia kpd kamu, akan menjaga kamu selagi zul bernafas, selagi tuhan masih mengizin kan, zul nk jaga kamu selalu... and we all do not know what happen in future, jodoh, ajal, maut ditangan tuhan, tapi at least zul ada target dan hati zul susah sangat untuk berubah ;) and zul akan berusaha bersungguh2 untuk kamu happy.zul akan tunggu kamu,sampai satu hari nanti sampai ditakdirkan hati zul berubah. tapi hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segala2nya, DIA pengatur dan pencipta yang hebat,DIA tahu apa yang terbaik untuk kita,


KAMU KEMBALI KT SAYA YE KALAU BOYFRIEND KAMU WT KAMU SEDIH? SAYA SENTIASA TGU KAMU... SELAMAT TINGGAL KAMU.... TERIMAKASIH KERANA SUDI SINGGAH DIHATI INI DAN TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA...




lagu untuk kamu....

Friday, May 7, 2010

exam n girl friends

my black friend from djibouti, post this on facebook

Exams are like GIRL FRIENDS;
1,Too Many Questions.
2,Difficult to Understand.
3,More Explanation is Needed.
4,Result is always FAIL!....... hehe

hehehe is it true right ;) anyway gudluck and all the best to all felow friends take last paper at 8 and 9, after this we can holiday!!!

Tuesday, May 4, 2010

cinta hakiki


aku mencintai mu,minta maaf ya allah kerana menjadi hamba yg teruk, selalu terlupa,selalu berbuat dosa padaMU,

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,
cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila
Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta
kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas
di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai
Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.
Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan
cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang
kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah?
Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar
mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta
abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita
bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk
membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang
dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.

Cintai lah DIA cinta yang utama,cinta kepada ALLAH adalah cinta yang hakiki, ya ALLAH , berilah petunjuk kepada hamba mu yg hina ini,kuatkan lah aku, jauhi lah aku dari perasaan sedih, berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi ujian MU, berilah petunjuk dan dan hidayah MU, jadikan lah aku orang yg dicintai MU sebagai mana kau mencintai sahabat2,wali2,syuhada,org2 soleh dan tempatkan aku dikalangan mereka.....amin ya rabbal alamin