Today. zul want to discuss about the relationship....
Relationship must base on trust, honesty, understanding each other, do not become selfish, its hurt your partner so-so much, :'(((((((
The person in relationship must compromise helping each other, and ready to help each other when your partner in hard time and many more,if your boyfriend always use the money to u,like buy many money to fuel, treat u, buy the things to you, why not sometimes u treat back your partner if u had extra money. Dont follow what the heart say. You must think deeply about your partner. The relationship is not about how to satisfied your feel or heart only. Except for the partner who have unlimited money
You also must understand how to differentiate what mean by joke and what your partner mean it. Dont assume what your partner say is something what he mean, sometime is a joke. Please dont thing to much about something not important and sad because something not important.. because when u sad.. your partner also must sad deeply if they luv u. Furthermore, the world is big and we have many choice to solve the problem, dont thing, act like child.
What your partner sacrifice for u, u must appreciate it well...think about it and u must thing what your partner sacrifices is very2 valuable, important to u. For example you must think why your partner not message, meet another women or not flirt with another women. You must appreciate it and do same thing to him if u can.
What you dont want your partner do to you, pliss dont do to your partner..the world is about judgement, what ever u do in this world, someone will do back to u someday, so dont be selfish... the relationship is not just about u, but your partner also have heart need to care,for example if u dont want your boyfriend treat another girl more than just friend and dont want your boyfriend go out dating with another girl, so u also must not go out with another boy, if not, you dont become angry, mad if your boyfriend do the same thing to you.if you want to go out also, your must think what u do will affect your partner, what other people say, thing about u especially when u already meet your partner friends, parent. What your partner parent, friends say if they know u go dating with another guy.. and furthermore u is in relationship with your partner, u not single anymore,what a meaning of relationship if u easily go out with another guy??what the exclusive of this relationship?? are u ever see your father or your mother go out dating with another girl or guy??? that why the relationship last till now.
The promise is another thing need to fulfill. Do not agree when your partner ask something that hard or impossible to fulfill. U need to discuss with your partner first before agree of the promise, the promise is a very2 big thing because the promise is something we must fulfill. The our trust, integrity is inside the promise, one its broken, hard the person to trust back if something happen. The person who always broke the promise is munafiq
The most important thing to me in relationship is u must care of your partner heart first.. its very-very important to make sure your relationship last forever.. respect your partner.. do not do something, not say something that can hurt your partner. If u have friends, scandal, x boyfriends the most important priority is take care of your heart partner first.you cannot satisfied all people in one time, do not entertained your boyfriend, scandal to much and hurt your partner deeply. that why me always things first when want to do, to say something
this is a basic thing in relationship, but must important things to do when u are in relationship.. to my friend, please to do so, if not, your partner hurt deeply your relationship hardly to last forever :'(
me in very2 sad mode,tired, my friend, please pray for us..
Friday, December 17, 2010
solat, kebaikanya dan warna dalam solat
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

cuba perhatikan warna biru muda pada waktu subuh
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
perhatikan warna hijau pada waktu dhuha
perhatikan warna kuning pada waktu zohor
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
perhatikan warna alam pada waktu asar
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
perhatikan warna alam pada waktu maghrib
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
perhatikan warna alam pada waktu isyak
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
subhanallah, tuhan tidak mencipta sesuatu dengan sia2 semuanya untuk kebaikan kita, sungguh besar kuasanya, DIA lah yang Maha mengetahui segala yang dilangit dan dibumi adalah ciptaanya dan kepunyaanya,
Labels:
inspiration,
islam agamaku.....,
kagum
Thursday, December 9, 2010
wanita dan kecantikan
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 5)
kpada kawan2 ingatlah, gunakan segala-gala pemberian allah ini sebaik2nya, kerana kelak saudara-saudara sekalian akan dihisap walaupn kejahatan sebesar zarah sekali pun... ingat lah ALLAH swt maha melihat, maha adil dan maha mengetahui

isu semasa,
renungan
Thursday, December 2, 2010
persona R, kereta masa depan sy ;)
penulis mmg pnh mndengar ura2 proton akan mengantikan proton persona menggunakan designer itali... skang dah keluar concpt persona R nih cantik cgt2,semart gileee jd idaman penulis nih, insya allah t msa dah kerja t ingat nak kumpul duit, nak sambar satu la, apatah lg dgn engine campro turbo, lotus handling, pergh!!! memang lazattt!!! jom layan dlu gambar2 nye, jom start kumpul duit dari skang!
cmne??? tergoda tak?dah berdarah idong??? huhu ni lah dinamakan cinta pandang pertama... abis aa termimpi2 la dalam mimpi penulis, pe2 pun... congrats to proton.... zul percaya proton akan sebaris dengan BMW, NISSAN, toyota dan sebagainya. proud to be malaysian, proud to have proton as national car maker
Labels:
automotive,
isu semasa,
kagum,
wish
Wednesday, December 1, 2010
SAGA Facelift R3
Ni dia SAGA Facelift R3 Concept yang dipertontonkan di Thailand. Bagi orang-orang Siam teruja sikit nak upgrade SAGA diorang nanti.R3 ni mcm motorsport division utk proton mcm M dlm BMW
perghhh meleleh air liur penulis tgok kete2 baru proton nih, lom g exora turbo, persona R, range extention hybrid yg boleh pg 100km gne 2liter lebih tu.... huhu tksbar nk keje nak ganti kete baru... doakn sy ye kwn2 ;)
R3 dah ada website baru la, ni dia r3.proton.com
sumber : paultan.org
Labels:
automotive,
bosan2