Thursday, June 16, 2011

TAHUKAH ANDA ? - hubung kait angka 23 dan 114 di dalam al quran dan juga kromosom manusia???


  
The Number 23 adalah 1 film yg di arahkan oleh Joel Schumacher.
Schumacher dilahirkan di New York City,dan ibunya bernama Marian dan bapanya bernama Francis Schumacher.Ibunya adalah seorang Swedish Jew, dan bapanya ialah seorang Baptist. Film ini memaparkan dunia akan kiamat di angka 23 dan angka ini sering disalah burukkan. Tetapi di dalam kajian Al-quran, angka 23 amatlah menarik. Any conspiracy?
Kenapa angka 23 amat menarik?? Ikuti pendedahan numeric theory of chromosom n AL-QURAN.


"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya" (Surah Yasin 36:36)
MANUSIA adalah makhluk yang mempunyai 23 PASANG KROMOSOM. Ianya terdiri drpdkromosam X dan juga Y.
Betulkah?? sila semak dlm buku biology kalau saya salah..



Dan tahukah anda ALQURAN AL KARIM juga diturunkan berperingkat selama 23 tahun??
KEBETULAN??? :)
Apa yang nk di perlihatkan di sini ialah keindahan AL QURAN itu sendiri di mana tiap2 angka numeric yang timbul di dalam AL QURAN kesemuanya adalah cukup unik dan cantik seperti nombor ygberulang-ulang dan nombor yang sama walaupun dimutasikan.




Di sini adalah 1 contoh pkiraan yang mudah untuk di fahami (baca dan cuba fahami). Ianya bermain dengan angka 23 sahaja.
GEN manusia mempunyai "rahsia" yang SERUPA dengan ANGKA 23 yang bukan saja menjadi "trademark" kepada 23 PASANGAN KROMOSOM makhluk yang bernama manusia(makhluk lain punyai jumlah kromosom blainan), malah 23 TAHUN yang menjadi "trademark" kepada tempoh Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur.







info : Walter Sutton dan Theodor Boveri adalah dua individu yang secara bersendirian telah membangunkan Teori Kromosom Genetik pada tahun 1902, iaitu kira-kira 1,270 TAHUN setelahAl-Qur'an diturunkan. Berikut ialan jadual yang dkaji oleh mereka :

  
  
DIGITAL 23 GEN
A        B(jumlah gen)          C(diceraikan)      JUMLAH
1              4220                                4+2+2+0                    8
2              1491                                1+4+9+1                  15
3              1550                                1+5+5+0                  11
4                446                                     4+4+6                 14
5                609                                     6+0+9                 15
6              2281                                 2+2+8+1                13
7              2135                                 2+1+3+5                11
8              1106                                 1+1+0+6                  8
9              1920                                 1+9+2+0                12
10            1793                                 1+7+9+3                20
11              379                                     3+7+9                 19
12            1430                                 1+4+3+0                  8
13              924                                     9+2+4                 15
14            1347                                 1+3+4+7                15
15              921                                      9+2+1                12
16              909                                      9+0+9                18
17            1672                                 1+6+7+2                16
18              519                                      5+1+9                15
19            1555                                 1+5+5+5                16
20            1008                                 1+0+0+8                  9
21              578                                      5+7+8                20
22            1092                                 1+0+9+2                12
                                                                                    = 302
X            1846                                1+8+4+6               19
Y              454                                4+5+4                     13
                                                                                      = 32

 notes : hanya manusia mempunyai gen ke23(X dan Y)..list gen 1-22 adalah gen yg tdiri dr bukan manusia : haiwan tumbuhan dll..
  
Sekarang sila perhatikan
JADUAL di atas. Terdapat 23 PASANG KROMOSOM. Sila campurkan (LAJUR B)  bagi GEN manusia iaitu X dan Y (1846+454) Jumlahnya ialah TEPAT 2300 iaitu CERMIN kepada 0023.




Kalau kita jumlahkan, 0023 + 2300 = BERULANG 2323. Kalau kita bezakan, 2300 - 0023 = BERULANG 2277.
Cantik, bukan? Yang saya mahu anda fokus ialah wujudnya ANGKA 23 di situ.
Sekarang campurkan 22 GEN (LAJUR JUMLAH). Perhatikan Jawapannya (8+15+11+14……+12). Ianya berjumlah 302. Sekarang campurkan pula GEN MANUSIA X dan Y(19+13). Jumlahnya 32. Apa yang anda nampak?
Ianya tetap bermain dgn angka 2 dan 3 kan?

  

Kita dapat perhatikan bahawa masing-masingnya membawa ANGKA
23 dalam bentuk PERMUTASI, betul atau tidak?



Allah SWT, iaitu Tuhan sekalian alam telah menurunkan Al-Qur'an dalam masa 23 tahun secara berperingkat peringkat.Apakah perkaitan di antara angka 23 ini?

Jika di lihat pada SIKUEN 23 itu sendiri dalam bentuk *DIGITAL (sila lihat gambar jadual di bawah utk contoh pengiraan) akan berjumlah 114 iaitu SERUPA dengan Jumlah Surah yang terdapat di dalam Al-Qur'an!





Dan, 2323 adalah "trademark" Nilai Mufrad(akan diterangkan nnti nilai mufrad, insyallah) Surah Al-Fatihah, yang merupakan IBU AL-QURAN! Subhanallah..(nilai mufrad surah ALFATIHAH adalah 2323).

Adakah para orientalis menganggap bahawa 114 SURAH adalah ssuatu yang dbuat-buat oleh Saidina Uthman dan Zaid bin Tsabit serta para sahabat ketika mengumpul wahyu-wahyu? TIDAK JUMPA sebarang catatan (para Sahabat) yg menyatakan bahawa Saidina Uthman RA dan Zaid bin Tsabit sengaja menjadikan Surah Al-Qur'an berjumlah 114 kerana secara DIGITAL, 23 (tahun) akan BERJUMLAH TEPAT 114!.



 
 note :

Al-Qur'an diturunkan dalam tempoh 23 tahun, Rasulullah SAW diutus jadi Rasul selama 23 tahunPaksi bumi condong 23 darjah. Kromosom manusia ialah pasangan 23:23. Malah Yahudi Barat telahpun menghasilkan filem The Number 23 lantas memberikan tafsiran buruk atau jahat kepada Angka 23! Sebabnya? ( believed the world will end in the year 2012, 20+1+2=23 ) Anda boleh sambung dengan ayat anda sendiri.

the number 23 : lakonan jim carrey
*JADUAL DIGITAL
Jadual digital adalah jadual hubung kait di antara bilangan kromosam dan dibariskan dalam bentuk nombor.
jadual jumlah digital
-baris atas adalah mewakili bilangan nombor
-baris bawah pula adalah mewakili 23 bilangan kromosom punyai (contoh bilangan kromosom 10 diceraikan menjadi 1 dan 0, kromosom 12 menjadi 1 dan 2 dan seterusnya...)
-macamana bilangan kromosom ini menjadi 114?-di sini ditunjukkan 1 contoh pengiraan :
(baris bawah)
1+2+3+4+5+6+7+8+9+1+0+1+1+1+2+1+3+..............2+3 = 114 (anda boleh cuba mengiranya sendiri utk kepastian)
Dan terbukti penjumlahan numeric kromosom adalah juga sama dgn angka 114 iaitu jumlah surah di dalam AL-QURAN..ALLAHUAKHBAR...

Monday, June 13, 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki beriman menjawab.

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki beriman menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.





alfarisi

Friday, June 10, 2011

jack sparrow orang melayu???


Senjata silam Melayu dipanggil "Terakol" menjadi popular setelah dipakai oleh Captain Jack Sparrow dalam filem "Pirates of Carribean"


Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silam Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh dunia barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.


Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah Melayu. Lagenda lanun melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy"

Ada dekat 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini di dalam simpanan kerajaan penjajah British

~ Captain John Davie (Captain of the Curse Regiment) = Captain Davvy Jones
~ 19th Regiments mutinied against British = Seacrew of Black Pearl mutinied
~ 3 Malay Pirates Hang in Queen Dock London = 3 Pirate hang on Pirate of Carrebean I
~ Curse Regiments merampas kapal Royal Navy = Jack Sparrow merampas kapal Royal Navy

19th Malay Regiments of British Royal Navy yang dianggotai olah 340 orang angkatan bersenjata (340 brothers in armed) pada kurun ke 19 (sometime in 1800) iaitu lama sebelum Francis Light dan Stamford Raffles jejak kaki ke Tanah Melayu lagi.


19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum ini. Atas sebab keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yg mereka miliki (ilmu kebal,ilmu batin, boleh hilang2. Boleh menyelam 4 hingga 5 jam dan dengan segala macam ilmu² yang pelik. Mereka diberi ampun daripada dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat salleh bernama Captain John Davie (Davvy Jones???)..


Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (term bg "pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India, mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa di kalangan British yang ramai.


Mereka telah merampas 12 kapal laut Royal Navy dan belayar, mereka berpecah ke Britain, laut arab dan Amerika

Selepas itu dari tahun 1813 sehingga tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain sehinggakan terdapat beberape kes amukan lanun melayu di Queen Dock London.


Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga diambil oleh Napolean Bonaparte berperang melawan British.


Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" bourne to sails at sea in eternity.

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan tapi pilihan.

These Cursed Regiments selepas mutinied against British India mereka tidak boleh balik kampung halaman disebabkan oleh orang kampung, pembesar dan sultan akan bunuh atau hukum mereka atas sebab 'berkerja' dengan penjajah = dalam erti kate lain orang kampung² akan memandang mereka sebagai Pembelot Negara.

huhu sebenarnya melayu ni hebat pada masa dulu.. tetapi sejarah melayu yg hebat- hebat ni telah di gelapkan oleh penjajah untuk menghilangkan perasaan kehebatan pada melayu, untuk mengelakkan bangsa ini dari bangkit menjadi bangsa yang hebat seperti masa silamnya 

Friday, June 3, 2011

Lailah al-Ijabah (Malam Dimakbulkan Doa)


Lailah al-Ijabah (Malam Dimakbulkan Doa)




Perhatikan malam-malam ini kerna ianya adalah malam-malam yang dimustajabkan doa. Imam panutan kita yaitu al-Imam Muhamamd bin Idris asy-Syafie رضي الله عنه menyebut di dalam kitabnya al-Umm:


وَبَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِيْ خَمْسِ لَيَالٍ : فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الفِطْرِ ، وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجِبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Terjemahannya: Telah sampai kepada kami, bahwa doa yang dimustajabkan (yakni yang makbulkan oleh allah) pada lima malam iaitu pada malam Jumu’at, malam hari raya korban, malam hari raya fitri, awal malam daripada bulan Rajab dan malam nisfu Sya’ban.

 عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :خَمْسُ لَيَالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَّحْرِ

Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili رضي الله عنه, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Lima malam yang tidak ditolak pada malam tersebut akan doa, (yaitu) awal malam daripada Rajab, malam nisfu Sya’ban,malam Jumu’at, malam raya fitri dan malam raya korban (disebut oleh Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq)


Malam ini (Khamis malam Jumu’at adalah awal malam dari bulan Rajab) dan bertepatan pula dengan malam Jumu’at. Hal-hal berkaitan dengan puasa di bulan Rajab boleh mai baca sini dan sini.

Doa menyambut Rajab:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rajab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadhan. (hadits riwayat Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Thursday, June 2, 2011

doa nabi yunus alaihssalam

Bismillahirrahmanirrahim.

Di sini saya salin dan tampal artikel Rahsia Doa Nabi Yunus daripada blog
 Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Friday, 08 April 2011 


“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”

Demikianlah doa atau zikir yang masyhur diajar dan diamalkan oleh umat Islam.
Ia bermaksud:

“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Doa yang baik lagi mujarab ini diucapkan oleh Nabi Yunus sebagaimana dirakamkan oleh Allah:


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun (gelaran bagi Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” [al-Anbiya’ 21:87]
Sedikit Latar belakang Kisah Nabi Yunus.
Nabi Yunus bin Matta ialah salah seorang Rasul Allah [al-Shaffat 37 : 139].

Ketika diutus kepada kaumnya, beliau marah atas keengganan mereka untuk menerima dakwah tauhid yang disampaikannya.

Justeru dalam keadaan marah, beliau meninggalkan kaumnya dan menaiki kapal. Sayang sekali dalam pelayaran, kapal tersebut agak sarat dengan muatan sehingga hampir tenggelam.

Para penumpang melakukan undian, siapakah yang perlu dibuang ke laut bagi meringankan bebanan kapal. Nabi Yunus turut mengundi lalu kalah, maka beliau terpaksa terjun dari kapal itu ke lautan luas. 

Di dalam lautan luas, Nabi Yunus ditelan pula oleh sebuah ikan yang besar, kemungkinan salah satu dari spesis ikan paus.

Dalam perut ikan yang gelap-gelita itulah, Nabi Yunus menyedari kesalahannya melarikan diri dari misi dakwahnya, lalu banyak berdoa dan berzikir kepada Allah dengan kalimah “La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”

Maka dengan doa ini, Allah berfirman:

“Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.” [al-Anbiya’ 21:88]
Seandainya Nabi Yunus tidak mengingati Allah dengan doa tersebut, maka Allah menyatakan:
“Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” [al-Shaffat 37: 142-143]


Apakah rahsia di sebalik doa “La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin” yang secara zahirnya seperti ringan disebut, mudah dihafal? Bagaimana mungkin satu doa seperti ini dapat menyelematkan seseorang daripada musibah yang amat besar, sebesar ditelan oleh ikan paus?

Adakah doa ini khusus untuk Nabi Yunus atau umum untuk semua umat Islam? Demikianlah beberapa rahsia dan misteri yang ingin saya kongsikan seterusnya. 

Rahsia 1:
Rahsia pertama, perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadumengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah.

Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja. 

Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi yang mesti kita ikuti. Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau selainnya, tetapi mengadu kepada Allah sahaja:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” [al-Anbiya 21:83]
Rahsia 2:
Seterusnya Nabi Yunus mengucapkan: “Maha Suci Engkau (ya Allah)”, berertimensucikan Allah dari sebarang bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam, Nabi Yunus menyucikan Allah bahawa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas dirinya. 

Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah sebagai konon sengaja menganiaya diri kita. Maha Suci Allah dari menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri:

“Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118]
Rahsia 3:

Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri

Selain itu Nabi Yunus sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan daripada kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Merupakan sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30]
Demikianlah tiga rahsia di sebalik kemujaraban doa Nabi Yunus. Ia bukan sekadar ucapan yang ringan di mulut lagi mudah dihafal, tetapi ucapan yang memantapkan tauhid, mensucikan Allah dan mengakui kesalahan diri sendiri sekaligus mengisyaratkan pemohonan ampun. Marilah kita sama-sama mengamalkannya ketika susah dan senang sambil memerhatikan rahsia-rahsia di sebaliknya. 

Sekian, semoga memberi manfaat.