Saturday, April 30, 2011

colourfull world@ colourfull city












Sunday, April 24, 2011

dunia... dunia.....


Aku lihat manusia manusia hari ini sangat dahagakan dunia. Kehidupan penuh kesenangan. Namun untuk menegakkan kalimat Agung amatlah bakhil sekali. Hati tetap tidak mahu menerima kebenaran apatah lagi mencari. Adakah ini bukti kebenaran Kalamullah?

Subhanallah. Benar penjelasan Allah Dia menutup pintu hati hambaNya dan Dia jugalah yang berhak memilih siapa yang hendak dibukakan pintu hatinya. Seandainya kalian mengharapkan nikmatNya dengan tergesa-gesa sebelum tiba waktu termakbulnya, khuatirilah niat kalian kerana kalian bakal mengeluh dan berputus asa. Kuatkan kesabaranmu dalam mencari Allah.

Ibarat anda berada di dalam rumah. Adakah dunia ini berdinding sehingga anda tidak melihat dunia? Atau anda yang mencipta dinding itu lalu bersembunyi di dalamnya? Ketahuilah bahawa di antara Allah dengan hambaNya tidak ada dinding atau tabir bahkan Dia sangat dekat. Tetapi hamba itulah yang membina dinding dan tabir sehingga mereka jauh dari Penciptanya.

Apakah tabir itu?

Itulah tabir dosa yang menghalang kita dari Ihsan. Semakin berat dosa semakin tebal tabir yang menghalang dan semakin jauhlah kita dari Allah. Dan apabila semakin jauh dari Allah, maka perlindungan juga semakin nipis. Dan akhirnya bila hati sudah terputus dari Allah, maka manusia akan memilih jalannya sendiri. Tiada lagi kehambaan terhadap Allah. Hati hanya terikat pada dunia, sembahannya dunia, hidupnya hanya dunia.

Kerana itu perlu bagi kita bermuhasabah ( menyemak diri ), murabathah ( persiapan ), musyarathah ( penetapan syarat ), muraqabah ( pengawasan ), mujahadah ( kesungguhan ) dan lain2 lagi rawatan hati. Luangkan masa dengan menilai diri sendiri. Dengan mengenal darjat diri, pasti anda dapat tahu betapa rendahnya anda di sisi Allah. Apabila anda mula mengenal kedudukan anda di sisi Allah, dengan pantas anda akan mengenal Allah.

Perbaikilah taubat, banyaklah bertaubat dan senantiasalah insaf dan menyesal. Kerana inilah tempat yang paling sesuai untuk insaf. Dosa itu seperti tompokan hitam yang melekat di hati manusia. Dosa yang banyak akan menggelapkan hati. Lalu timbul selaput hitam yang membalut hati sehingga cahaya tidak dapat menembusinya. Setelah lama dibalut, lalu ia bertukar menjadi daging iaitu berubahlah perwatakan manusia itu. Jadilah dia insan yang sudah terbiasa dengan kemaksiatan.

Apakah sama antara cahaya dan kegelapan? Anda takut di dalam gelap. Sekiranya benar takut anda itu, maka takutlah dan khuatirilah hati anda menjadi gelap. Kerana hati itu sangat tajam sangkaannya, apatah lagi jika ditampal dengan maksiat. Siramlah ia dan semailah dengan baja. Dan hiasilah dengan mutiara iman.

Dosa itu melemahkan. Jalannya amat singkat. Dan jalan kebaikan itu amat panjang dan cabangnya sedikit. Namun cabang dosa itu banyak. Jika anda memilih kesenangan kerana anda berpendapat ianya hanya sekejap, ketahuilah, ianya jalan yang bertentangan dengan jalan kebaikan. Apakah anda hanya mahu lihat seminit saja iklan di TV sebelum solat? Tidak kerana cabangnya luas. Hati sudah mula tertarik maka anda bertambah khusyuk. Bertambah khusyuk itu merupakan prosesnya. Maka kesannya adalah maksiat yang bercabang2. Sebelum proses itu selesai, ada baiknya kalian bangkit dari situ dan buang 100% dari hati anda, duniawi, sebelum anda laksanakan tuntutan akhirat. Kerana keduanya tidak mampu dicampurkan.

Ibarat ikan yang berenang di lautan, sekalipun sungai itu adalah air, ia tetap tidak mampu hidup sekalipun di muara. Apatah lagi di darat. Itulah hati, jika terbiasa dengan melakukan kebaikan, memupuk iman, menilai diri, bersederhana, dan berdakwah, maka sudah pasti kemaksiatan tidak akan memikat hatinya.

Dzun Nun pernah ditanya: Dengan apakah seorang hamba mencapai syurga? Ia menjawab:

“Dengan lima hal : Istiqamah yang tidak mengandung kelicikan, kesungguhan yang tidak disertai kelalaian, muraqabatullah ta’ala dalam sunyi dan keramaian, menantikan kematian dengan penuh kesiapan terhadapnya, dan muhasabah jiwamu sebelum kamu dihisab.”

nukilan; si pipi merah


huhu renung-renungkan... doakn zul ye?? ari snin nih zul viva... doakn yg terbaik utk zul ;)

Monday, April 18, 2011

meluruskan rusuk yang bengkok..


MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK....

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apa lagi menghiburkan.... Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkannya.....
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.... Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki....

Jangan jinakkan mereka.... mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.... Jangankan hiburkan dengan kecantikan, nanti mereka akan semakin menderita..... Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.... Kenalkan mereka kepada Allah yang kekal, di situ suisnya..... Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.... Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.... Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak....



huhu apa yg penulis nih cakap btol sgt2... renung-renungkan dan selamat beramal.... ;)

Tuesday, April 5, 2011

Letter to bill gates ;)