Tuesday, July 27, 2010

Hijau Daun - (Suara Ku Berharap)

bestnye lgu nih.... jom layan ramai2 ;)

Friday, July 23, 2010

ISRAJ & MIKRAJ






RENTETAN PERISTIWA ISRAJ & MIKRAJ
sebenarnya zul wt post nih masa bln rejab dlu masa mlm israj mikraj berlaku pada malam bulan rejab,zul pun xsure mlm ke 27@17rejab, tapi zul pn rasanya dah terlepas mlm itu rasa rugi sangat sbb mlm 2 kita digalakkan membaca yassin dan mlm 2 diantara mlm2 yg akan dikabulkan doa kita,kita kt sni sebok pasal konsert artis mne nk datang la, valentine day la,padahal peristiwa-peristiwa penting macam israj mikraj nih kita langsung tidak teringat atau tahu.... jom tgok pe yg jadi masa malam israj mikraj ketika nabi kita, nabi Muhammad s.a.w diangkat ke langit setelah pada tahun itu nabi diuji dengan ujian-ujian yang besar iaitu kematian pelindung nabi iaitu siti khatijah, abu talib dan kaum musyrikin mekah menyiksa dan memulaukan umat islam dan nabi sendiri....

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.



2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya:

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail:Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).



Batu terapung yang sebenar.
Batu besar terapung ini ingin mengikut Rasulullah.


- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail:Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Batu besar terapung yang selalu ditayang pada hari jumaat
di sesetengah masjid ini sebenarnya palsu.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda,"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik keMustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah S. W. T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat.

Solat dikurangkan dari 50 ke 5 waktu
tetapi dikekalkan pahala sama seperti 50 waktu.

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.



(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Masjidil Haram di Makkah/Mekah.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam.

huhuhu kt sini kita tau kepentingan solat kepada kita sampai nabi diangkat kelangit untuk menerima perintah dari allah swt. israj mikraj juga antara mukjizat yang dikurniakan kepada nabi kita, nabi teragung dan terbaik, renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Saturday, July 17, 2010

welcome to our big family ;)

iman zulaikha 
huhuhu thats the beautiful name of this cute baby. she actually the daughter to my closes cousin shukor@ahtoot congrats to him and his family and welcome to our big family iman, actually she is so small and very-very cute and she the baby prematured because in the womb only 8month and when she born only about 2.6kg she rarely to cry and always sleep, unlike another baby.i wish you become a good girl and beautiful attitude like your beautiful name



cute!!!!!
innocence face ;)

kawaiiiii
sleep tight ;)
she just wake up, very2 cute isn't it? ;)

our prophet love child, and love to play with child and zul remember someone said when u look at baby, it will resemble of member of heaven because they just out from heaven and dont have any sin, unlike us the child is like white plain fabric,the parent is the one need to educate them to be nasrani, majusi or islam the best way of life ;)

Thursday, July 15, 2010

ha, cara-cara menghapuskan pasangan yg curang

ha  nih adalah antara cara2 menghapuskan pasangan kita yg curang, klau dah berserabut sgt2 tgok, asik gadoh je, penin je kepala, dah tkleh diselamatkan lg, ataupun untuk mengambil harta pasangan yg berbilion2 haha silakan menggunakan cara-cara dibawah yea?klo najibuyasaribuu pakai bom c4 pe yg kita rakyat marhaen nih bole buat hahaha
p/s penulis tidak bertanggungjawab diatas kerosakan yang berlaku dan cara2 nih amat merbahaya utkgunakan, ;)
ni hair dryer diadjust jadi pistol, bila tekan picu, bang!!! compom pecah otak
ni pulak senapang patah balik, sesuai utk pasangan yang suka memburu, menjadi askar, bila tekan picu, bang!!! peluru u turn terus tembak mata hahahahaha

haha ni pulak mcm smart bomb, bila bukak pintu tertarik picu and kebabom! haa tapi mesti pastikan target yg sebenar membuka pintu, bayangkan anak awk lak yang bukak, haaa tk ke nyaya tu


haha ni pulak sesuai utk orang kayo, ha upah je pembunuh upahan 2 nk lg best buat mcm mamat nih kene, baru a best! cian mamat nih, dah tk lama dah idop
nih pulak taruk racun ke santau ke kedalam makanan kegemaran pasangan kita hahaha kompom kiok


haha cara nih lg sadis haaa klo pasangan anda asik melabur dan menggunakan benda nih, hee kesakitanya tidak terperi hahaha

nih pulak klo pasangan kita suka berkebon kompom clean hehehe gali2 ada bom lak, cakap la perang dunia ke 2 punya bom hahaha

nih lak klo pasangan kita suka membaca ke, tgok tv ke, haaa skali tarik ngn dia-dia skali padam

nih pulak klo pasangan kita ska askrim base on pisau haa baru a ganas

nih pulak paling best klo pasangan kita ska rokok, bagi je sebijik rokok cmnih, ha bila bakar je rokok 2 peluru tu straite pg otak hahaha



ha benda-benda nih bole hapuskan terus pasangan kita hahahaha, benda mcm nih jgn a buat klo tk syg pon, benda kita kene amalkan konsep 4B Benda Bole Bawak Bincang..... insya allah problem tu leh hilang sekelip mata ;)


Saturday, July 10, 2010

its hav been decided..........

in the middle of the night,with the darkness and cool of night, zul just missin someone,someone very special for me, just wondering, she's ok? how she doinnn, are she health? sigh... sometime when zul remember the moment together, zul miss her, hope she health and happy always and i always pray for her, as my pray....


Ya Allah,
Kau bimbinglah dia ke jalan yg diredhaiMu
Kau ikhlaskan segala perjalanannya
Kau limpahkan rezekiMu padanya
Kau berikanlah kesihatan yg baik untuk dia
Kau jagalah dia dengan baik kerana aku tak dapat menjaganya lagi
Kau lindungi dia dari sebarang malapetaka
Kau permudahkan segala liku-liku hidupnya
Kau kuatkan hatinya kau tabahkan hatinya
dan aku halalkan segala pemberian pahit getir yang kami kecapi

Seandainya
Kau sudah tetapkan kami berjodoh pada akhirnya
dan ini merupakan salah satu dugaan dalam perhubungan kami
aku redha Ya Allah
sesungguhnya dia wanita yg sangat baik, yang selalu memberikan senyuman kepada diriku
selalu memberi nasihat dan selalu membimbing ku mendekati mu
aku sayang padanya dan dia selalu dalam hati ini
tetapi
jika kau tetapkan dia bukan milikku lagi
semoga pilihannya lebih baik dariku
aku bermohon padaMu Ya Allah
terima kasih untuk pertemuan dan saat-saat indah yang kami lalui.
saya bersyukur atas pertemuan dan hidayah yang kau berikan kepadaku

kamu, i will try to open my heart to another women, i decided,although my heart hard to accept someone because the dark past i been through, although zul always fail in my love, and zul not eligible  to have love, but when i things back what u advice to me, i will open my heart to another women, i will not forget what i promise to you, to wait u, and we will together when your boyfriends not be with u, i will remember forever what i promise to u and i will fulfill its,but its depend to qada dan qadar and jodoh, zul will try the best to my new relationship and we dont know about our future, again  ALLAH swt is the best and most planner,he the one who create us and he know what the best to us, the most important to us to pray and try our best to find happiness, hope u will always happy, i will happy to see u happy and pray for it ;)


Wednesday, July 7, 2010

menangis lah.....



Bismillahirrahman nirrahim.....

Setiap yang Allah ciptakan ada nilaiannya....... Air mata yang percuma itu lebih tinggi nilaiannya berbanding intan permata andai ianya mengalir kerana Allah..........

Air mata yang sia-sia ialah apabila ianya mengalir kerana perkara-perkara duniawi....... Ini termasuklah air mata yang mengalir kerana kecewa putus cinta, kecil hati dengan orang lain, kehilangan harta, kesusahan bekerja dan lain-lain lagi yang bersifat keduniaan........


Sesuatu itu dianggap beharga apabila ianya bernilai di sisi Allah..... Selain daripada itu, ianya tidak lebih daripada alat permainan dunia sahaja........

Air mata yang paling bernilai ialah air mata yang dapat memadamkan api neraka...... Inilah air mata yang mengalir kerana takutkan Allah, cintakan Allah, gerunkan azab neraka dan merindukan syurga Allah......

Tidak salah untuk menangis apabila terluka, namun usah dilayan perasaan itu....... Ada yang terlalu melayan hingga mula melalut berfikir hendak bunuh diri....... Ada yang mula menjadi kufur kerana mula mempersoalkan takdir Allah...... Mengapa kita harus bersedih? Bukankah segala yang kita miliki adalah milik Allah??? Dia memberi dan Dia mengambilnya semula.........

Apa yang penting ialah kita telah menghargai dan menjaga dengan baik segala perkara yang diberikan olehNya sepanjang tempoh kita meminjamNya..........
Semoga selepas ini, apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, lafazkanlah-------------------->>>
"Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.."

dan lepaskanlah kesayangan kita itu kepadaNya... Dia sebaik-baik Pemelihara........

Ya Allah....... aku tidak mahu menyesal...... aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku.......





Semua mata akan menangis.... pada hari Qiyamat melainkan 3 jenis iaitu, mata yang menangis krn takutkan Allah,mata yg ditundukkan drp melihat perkara2 yg diharamkan oleh Allah dan mata yg bangkit kerana tidak tidur semasa berjihad di jalan Allah.
( Rwyt Ibn al-Najjar drp Ibn Umar r.anhuma )





 
“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (HR. Bukhari dan Muslim)

1. Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain...

2. Menyadari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung..


3. Menyadari bahwa surga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit.....

4. Menyadari bahwa azab Allah teramat pedih....





subhanallah semoga kita sama2 mendapat hidayah dan menjadi manusia yg bertaqwa dan berjaya didunia dan akhirat


kredit kepada ingat hari kematian

Friday, July 2, 2010

asal usul solat kita



Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


huhu actually ALLAH swt made something have own good and wisdom. every event have own story and and own wisdom and when we conduct the research about what the order,worship in islam, we can find wisdom and goods to mankind and good,hidden reason to do the worship to ALLAH, islam is beautiful and complete religion to people in the last period of life, or close to the judgement day