Tuesday, July 5, 2011

fadhilat bulan syaaban


Salam.. harini zul nk cerita pasal fadhilat bulan Syaaban, nabi Muhammad SAW pernah bersabda, Rejab itu bulan ALLAH, Syaaban itu bulan Nabi Muhammad, dan Ramadhan itu bulan untuk umat ku,entry saya kali nie berkenaan dengan fadilat bulan syaaban ye.. jom,kite baca dan hayati sama-sama ^_^

           Sabda Rasulullah SAW :“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan ialah Syaaban”“Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu terhadapNya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan itu seperti kelebihanku atas kamu”“Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku. Syaaban menghapuskan dosa dan ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani)”“”Bahawa puasa bulan Syaaban kerana memperbesarkan Ramadhan, Sesiapa berpuasa 3hari di bulan Syaaban kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan diberkati segala rezekinya”.


“Allah membukakan pada bulan Syaaban itu 300 pintu rahmat”“Puasa sehari di bulan Syaaban diharamkan tubuhnya dari api neraka dan akan menjadi kwn nabi Yusuf di Syurga dan mendpt pahala seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud”“Puasa 3 hari permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari di akhirnya, maka Allah akan mencatatkan pahalanya seperti pahala 70 nabi serta seperti orang yang beribadah kepada Allah 70 tahun. Jika dia mati pada tahun itu bagaikan mati Syahid”.


“Sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis pertama   dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga”“Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasullulah SAW lalu katanya: “Angkatkan kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tidak syirik kepadaNya kecuali tukang nujum, orang yang kekal berzina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa”


“Allah tidak akan mengampun dosa 6 orang pada malam Nisfu Syaaban iaitu ;


1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya
3) Orang yang kekal berzina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan juabeli dengan sumpah dusta
6) orang yang memperlaga orang supaya berkelahi


“Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya”Dari Kitab Al-Baraqoh“Sesungguhnya jin Islam, burung, binatang buas dan ikan di laut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban” ~cima~ 

0 comments:

Post a Comment