Imam Syafie merupakan
seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin. Beliat
telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara kelebihan beliau
beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak.  Beliau
telah mula mengajar dan memberi fatwa ketika berumur 15 tahun...Hebatnya zaman
remaja beliau berbanding zaman remaja masa kini...
Marilah kita bersama renungkan nasihat
beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. InsyaAllah :
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia
     dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
 - Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut
     makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
 - Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin
     kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
 - Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar
     erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan
     musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,
     bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi
     syukur.
 - Apabila salah seorang daripada kaum kerabat
     ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah
     menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
 - Marah adalah salah satu antara antara
     panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya
     kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
 - Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga
     tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang
     menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
 - Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada
     ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu
     sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki
     dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
 - Banyakkan amal soleh kerana ia adalah
     pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.
 - Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan
     akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,
     ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
 - Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang
     segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman,
     keimanan perlu dibajai dengan  lima perkara yakni  yakin,
     ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam
     mengerjakan ibadah.
 - Ingat dan zikir kepada Allah
     sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia
     mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
 - Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang
     awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
 - Kubur adalah perhentian sementara bagi
     membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh
     itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan
     taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.
 - Kite perlu sentiasa memohon perlindungan
     daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita
     perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan
     hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak
     melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih
     hebat daripada perang sabil.
 - Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira
     keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu
     sendiri.
 - Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus
     dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang
     tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.
 - Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan
     betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis
     di istananya.
 - Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia
     dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus
     kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
 - Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri
     atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina
     Umat menghisab dirinya pada setiap hari.
 - Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia
     dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga
     amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.
 - Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan
     selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur,
     mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki
     yang ada.
 - Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada
     tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
 - Sesiapa yang menjalin ukhwah dan
     menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
 - Allah menjanjikan kepada orang yang beriman,
     mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka
     menunaikan perintah Allah.  ~G
 










0 comments:
Post a Comment