Monday, December 31, 2012

KEGEMUKAN MENGUNDANG KESAKITAN

KEGEMUKAN MENGUNDANG KESAKITAN

Hadith berkaitan kurangkan makan

Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.” [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i].

Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”.

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud)[1]

Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut." (Shahih Bukhari)

KEGEMUKAN

Kini kajian sains mendapati bahawa dari sudut kesihatan, kegemukan menunjukkan adanya kecacatan dalam asimilasi makanan kerana lemak yang berlebihan atau tidak berfungsinya kelenjar endokrin. Walau bagaimanapun, faktor keturunan tidak menjadi penyebab kepada kegemukan seperti tanggapan sesetengah orang.

Penyelidekan mengesahkan bahawa kegemukan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh manusia. Sebuah syarikat Insurans Amerika telah menerbitkan statistik yang menunjukkan bahawa semakin meningkat ukuran lilitan pinggang, semakin meningkat penurunan usia manusia.

Mereka yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang melebehi ukuran lilitan dadanya mempunyai kadar kematian lebih tinggi. Kajian juga mengesahkan bahawa penyakit kencing manis lebih dihidapi oleh orang gemuk daripada orang biasa. Kegemukan mempunyai kesan negatif pada organ tubuh, khususnya jantung. lemak yang menggantikan beberapa sel otot-otot jantung dan meneyebabkan ianya tidak dapat berfungsi dengan betul.

Nabi Muhammad (SAW) telah memberi amaran terhadap kesan kegemukan apabila beliau SAW mengatakan “Perut adalah rumah segala penyakit”. Kajian tersebut di atas juga memberi amaran agar tidak menggunakan ubat-ubatan untuk mengurangkan berat.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan menjaga tubuh badan dan sentiasa sihat adalah dengan mengikut arahan dan bimbingan dari Allah yang memerintahkan kita untuk tidak makan berlebihan. Allah SWT berfirman, “Wahai anak-anak Adam! Ambillah perhiasan kamu pada setiapkali ke mesjid, dan makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan “[Al-'Araf 7:31].

Oleh itu, empat belas abad yang lalu Islam menjelaskan pentingnya mengamalkan sistem pemakanan sederhana dan normal yang membawa kepada berat tubuh badan yang sederhana dan seimbang.

Islam mendahului kajian perubatan moden dalam mengingatkan manusia terhadap pengambilan makanan yang berlebihan dan kesan negatif kegemukan. Untuk melindungi sistem pencernaan,

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Punca setiap penyakit adalah makan berlebihan ” [Rujuk Eljamie Elsageer]. Hadith Nabi SAW ini menunjukkan pentingnya melindungi sistem pencernaan yang akan mencegah seluruh tubuh daripada keracunan akibat dari makan berlebihan.

Makan berlebihan dan makan sebelum pencernaan sempurna makanan sebelumnya membebani sistem pencernaan, menyebabkan radang pada sistem pencernaan serta melipatgandakan bakteria berbahaya di dalam perut. Kesannya bakteria ini melepaskan racunnya ke dalam darah, sistem pernafasan, sistem kencing dan buah pinggang dan menjangkitinya.

Oleh itu, di sini kita mendapati keajaiban yang jelas apabila Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW yang bertujuan untuk melindungi manusia yang sihat dengan menasihatinya supaya jangan makan berlebihan dan jangan menjadi gemuk, akhir-akhir ini perubatan moden mengakui fakta Islam ini.

Sumber: “Keajaiban Saintifik dalam Islam & Sunnah Nabawi” Oleh: Mohammed Abdel Kamil Sammad

Dengan ehsan Science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=1702

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Thursday, December 20, 2012

TULANG SULBI ( COCCYX )

TULANG SULBI ( COCCYX )

Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu ?

Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)

Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

KEJADIAN MANUSIA DARI TULANG SULBI

Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2 sel dan setiap sel masing2 membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor. Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).

Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).

TULANG SULBI TIDAK AKAN HANCUR

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti biasa.

Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya.

Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27).

Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.

Begitulah serba sedikit info berkaitan tulng sulbi yang dapat saya kongsikan bersumberkan rencana dari ruangan Fizikr dari Dr. Farhan Hadi Mohd Taib Majalah SOLUSI isu 19.

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://wansyu.blogspot.com/2010/06/rahsia-keajaiban-tulang-sulbi.html

Lain - lain artikel mengenai Fakta Tulang Sulbi : http://assabiel.com/?p=2525

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Monday, December 17, 2012

Kisah sebelum Perang Uhud

ISLAM tidak akan dapat tegak, kecuali dengan perjuangan para penganutnya. Islam tidak akan tertegak dengan elok, kecuali dengan hasil pengorbanan Syuhada yang terdahulu. Oleh kerana itu, Nabi kita, Nabi Muhammad Shallahu alaihi wa salam,seorang yabg sangat gagah berani. Para sahabat beliau juga orang-orang yang pemberani. Abu Bakar seorang siddiq, Umar syahid, Utman juga syahid, Ali syahid.lebih kurang Lapan puluh persen sahabat beliau syahid.

Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam bersabda diatas mimbar :

“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh didunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kesturi”.

Dalam hadis lainnya Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah berfirman kepada para syuhada pada hari Kiamat. Siapa yang membunuh kalian?” Mereka menjawab, “Musuh-musuh-Mu”. Dia berfirman lagi, “Mengapa kalian dibunuh?” Mereka menjawab,”Kami terbunuh karena perjuangan di jalan-Mu. ‘Dia berfirman, “Aku telah mengampuni kalian”.

Kita perlu melihat perang Uhud agar kita boleh mengetahui, bagaimana para leluhur kita dahulu, bagaimana keadaan kita sekarang, dan apa yang kita berikan kepada Islam?

Mana para syuhada hari ini?

Mana para pahlawan Islam hari ini?

Mana peranan kita dalam menyebarkan Islam hari ini?

Mana darah? Mana harta? Mana waktu? Mana pengorbanan?

Semuanya kosong.

Sehari sebelum terjadinya perang Uhud, Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam bermusyawarah dengan para sahabat. Beliau mengumumkan hendak memerangi Abu Sufyan dan kaum musyrikin. Beliau bertanya kepada para sahabat, “Bagaimana pendapat kalian?Apakah kita memerangi mereka di lorong-lorong kota atau kita berperang dengan mereka di gunung Uhud”.

Orang-orang tua menjawab, “Wahai Rasulullah, lebih baik kita tetap di Mdinah, bertahan di lorong-lorong dan rumah-rumah kita. Kalau mereka masuk kota,klta perangi mereka”. Beliau pun setuju. Tetapi, baru selesai ucapan itu, para sahabat yang berusia muda, yang berjumlah lapan puluh orang, keluar, lalu menghunus pedang dan memasang besi pelindung di kepala. Kemudian mereka melantunkan nasyid di luar masjjid dengan suara lantang.”Kami adalah orang-orang yang membaiat Muhammad untuk berjihad selama kami hidup”, 

Kemudian, seorang pemuda yang berusia sekitar dua puluh tahun berkata nyaring,”Wahai Rasulullah, pimpinlah kami ke Uhud. Jangan halangi kami masuk surga! Demi Allah, saya pasti masuk surga”. Mendengar gelora penuh semangat itu, Rasulullah bangkit. Setiap bulu di tubuh beliau berdiri. Setiap tetes darah beilaiu bergejolak. Beliau lalu berdiri. Beliau mengumumkan bahwa pintu-pintu surga telah dibuka dan Allah telah menempatkan diri kepada hamba-hamba-Nya . “Dengan apa kamu masuk surga?”, tanya beliau kepada para pemuda itu?

Para pemuda itu menjawab, “Dengan dua hal. Pertama, saya mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan saya tidak lari dari medan pertempuran”. Kemudian air mata Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam mengalir. Dengan mengangkat kedua tangan beliau bersabda, “Kalau kamu jujur kepada Allah, Dia pasti akan membalas kejujuranmu”.

Allah berfirman :

“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”. (QS : al-Ankanbut : 69)

Rasulullah Shallahu alaihi wa salam, tak lama, berangkat menuju medan perang. Beberapa saat sebelum perang bermula, beliau mencabut pedangnya dan bertanya, “Siapa yang mahu memegang pedang ini?”. “Kami semua ingin memegangnya”, jawab para sahabat. Abu Dujanah bertanya, “Apa hak pedang ini, wahai Rasulullah?”, tanyanya. “Haknya adalah menebaskannya kepada kaum kafir hingga ia bengkok”, tegas Rasulullah.

Pernah anda mendengar ada pedang yang bengkok, karena digunakan membunuh musuh? Ya, ada .. dengan telapak tangan sahabat-sahabat Muhammad Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam. Kemudian Abu Dujanah mengambil pedang itu, sambi bersyair.

“Akulah yuang berjanlji kepada kekasihku,

Tatkala kami berada di gunung diantara rumpun kurma ..

Untuk selamanya tidak berdiri di barisan belakang

Aku membunuh dengan pedang Allah dan Rasul ..”

Kemudian Abu Dujanah menggunakan pedang untuk berperang dan membunuh orang-orang kafir, hingga pedang itu bengkok. Lalu, dia mengembalikan pedang bengkok kepada Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam. Pintu-pintu surga dibuka. Para malaikat ikut meramaikan pertempuran. Pintu-pintu langit dibuka, menurunkan tentara yang dikomandani Jibril as. Dan turun diatas gunung Uhud.

Agama ini lenyap dari muka bumi atau kebenaran ini yang menang.

Tentu, kemenangan islam yang akan datang. Tak akan berhasil mereka yang menodai dan menggunakan agama hanya untuk mendapatkan kenikmatan sesaat dengan melakukan kerjasama dengan musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya. Wallahu’alam.

http://islampos.com/2012/jadilah-pemburu-surga/

Monday, December 10, 2012

Aura manusia yang beriman

AURA MANUSIA

Tubuh badan manusia dibina dari lebih dari 53 trillion sel-sel yang hidup dan sentiasa bergetar. Hasil daripada getaran itulah yang mengeluarkan haba dan memanaskan tubuh badan manusia. Sel-sel tubuh manusia memerlukan zat makanan untuk hidup dan melakukan fungsinya.
 
Kajian terkini menggunakan “ nano teknologi  ” telah mendapati bahawa dalam setiap sel itu pula mengandungi 10,000 sel hidup yang memiliki kebijaksanaan (intelligence) dan melaksanakan fungsi seperti mana yang telah diprogramkan. Program-program ini dikawal oleh otak melalui talian maklumat yang disampaikan menerusi sistem saraf (meredian lines). Talian saraf ini seumpama talian telefon yang memerlukan tenaga eletrik bagi membawa denyutan (pulse) maklumat daripada otak ke anggota tubuh menerusi saraf sebagai “arahan” dan sebaliknya maklumat daripada anggota tubuh dihantar sebagai “  laporan  ” kepada otak supaya otak dapat memproses maklumat itu dan mengenalpasti keadaan anggota berkenaan.

Sekiranya anggota itu sakit, maka otak akan mencari penyelesaiannya seperti mengeluarkan enzim-enzim atau kimia tertentu bagi memulihkan anggota berkenaan. Kesemua proses biologi ini tersusun dalam satu rangkaian proses yang berhubung kait antara satu sama lain.

Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.

Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.

Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.

Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.

Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.

Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.

Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya. Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang. 

Amat benarlah hadis yg diriwayatkan Bukhari dan Muslim yg mafhumnya :

 " Sesungguhnya umatku akan dipanggil kelak dgn muka2 dan tangan2 yg bercahaya dari bekas wuduk,maka barangsiapa dari kamu dapat memperpanjangkan cahaya mukanya maka hendaklah dia melaksanakannya "

Sementara hadis riwayat ibnu Asaakir dan Dailammi pula berbunyi : 

 " Istighfar itu papan catatan amal, kemilau cahayanya "

Pernah juga kita terdengar Nur yg terpancar dari wajah org2 soleh dan Nur dari wajah RAsulullah SAW. 

Dr. William Eidson dan Karen Gestla dari Universiti Drexel, Dr Hiroshi Motoyama dari Jepun, Dr Zheng Rongliang dari Universiti Lanzhou juga membuat kajian lanjut berkenaan medan tenaga ini. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Bioinformation Institute of A.S Popow mengumumkan penemuan kukuh bahawa organisma hidup mengeluarkan getaran tenaga berfrekuensi antara 300 hingga 2000 nanometers. Mereka memanggilnya sebagai ‘Medan Tenaga Bio” atau “Bioplasma”.

Penemuan ini disahkan oleh Akademi Perubatan Moscow dan disokong oleh penyelidikan di Great Britain, Netherlands, Germany, Amerika dan Poland.

Sel-sel tubuh memerlukan air sebagai sumber makanan utama dengan membentuk 70% daripada tubuh adalah air. Berlandaskan fakta ini dapatlah kita simpulkan bahawa makanan dan minuman yang baik akan membentuk sel-sel yang baik. Sel-sel yang baik ini pula akan bergetar mengeluarkan tenaga. Perubahan kekuatan bioplasma dan sinar cahaya oleh tenaga itu pula telah dibuktikan secara saintifik berkait rapat dengan kadar kesihatan, fizikal, emosi, malah psikologi dan kerohanian seseorang. Maka kini terbongkarlah secara saintifik rahsia rawatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu yang digelar sebagai sains kuno.

Dapatlah kita fahami kini bagaimana logik dan relevennya amalan masyarakat kita yang diwarisi dari petua dan kaedah ulama silam seperti amalan mingguan membaca Surah Yasin yang biasanya diisi sebagai program amal pada malam Jumaat dan ada antara kita yang mengambil kesempatan menadah air sempena keberkatan daripada bacaan Surah Yasin tersebut. 

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : 
http://amirmistik.webs.com/apps/forums/topics/show/3112427-kebenaran-al-quran-dibuktikan-secara-saintifik?page=last

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
AURA MANUSIA

Tubuh badan manusia dibina dari lebih dari 53 trillion sel-sel yang hidup dan sentiasa bergetar. Hasil daripada getaran itulah yang mengeluarkan
haba dan memanaskan tubuh badan manusia. Sel-sel tubuh manusia memerlukan zat makanan untuk hidup dan melakukan fungsinya.

Monday, December 3, 2012

Sifat- sifat pejuang kerohanian

Perjuangan Kerohanian- hendaklah ada 10 sifat bagi orang2 yang berada dalam perjuangn kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yg berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu. Apabila telah di izinkan Allah, mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi...
 
sifat PERTAMA
sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dgn nama Allah, samada dalam perkara yang benar atau pun salah, dengan sengaja atau tersilap. apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dgn nama Allah dgn sengaja atau tersilap. maka Allah akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan menghormatinya dan barangsiapa yg melihatnya akan gentar memandangnya.... 

sifat KEDUA
si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka sahaja. apabila ia telah dapat membuang perbuatan yg tidak di ingini itu dan telah menjadi sebati dgn dirinya maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga beliau seolah-olah tidak tahu bohong dan apabila di dengarnya org lain berbohong, maka ia merasa benci dan malu dalam hatinya. jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan memperkenankannya... 

sifat KETIGA
si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji atau jangan berjanji langsung. dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu, dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yang seimbang untuk di ikut.. kerana mungkir janji adalah termasuk dalam golongan berbohong. jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan di beri kepadanya. orang-orang yang benar akan cinta kepadanya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan.... 

Sifat KEEMPAT 
si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti mereka, walaupun sedikit. kerana sifat keempat ini adalah di antara sifat2 yang baik dan kebajikan. ini adalah satu sifat yang benar. jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakn baginya pangkat kerohanian yang tinggi dan dia akan di pelihara daripada kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran denganNya.. 

sifat KELIMA
YANG KELIMA ialah si hamba itu jangan mendoakan supaya orang lain dapat bahaya walaupun ia di layan dgn cara yg tidak baik. janganlah membalas sama ada dengan lidah atau dengan perbuatan. bersabarlah dan serahkan kepada Allah. janganlah menuntut bela sama ada dengan perbuatan ataupun dgn lisan. orang yang melakukan ini akan di berikan pangkat yg tinggi di sisi Allah. orang yang terlatih dgn cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan di akhirat kelak, dan akan di cintai oleh orang2 yg benar, yang dekat dan yang jauh. permohonannya akan di terima dan dia akan mendapat kemuliaan di hati orang2 yang beriman... 

sifat KEENAM
YANG KEENAM ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorg (yang menurut kiblat yang sama, iaitu berugama Islam) itu musyrik, munafik, atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorg, maka itu menunjukkan kamu mengikut sunnah Nabi Besar Muhammad SAW dan menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah saja mengetahui, dan menjauhkan dari seksaanNya. dan menghampirkan kamu kepada rahmat dan redha Nya.. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju ALLAH SWT yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai ganjaran kerana kasih sayangnya kepada semua orang.. 

sifat KETUJUH 
yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa, zahir dan batin dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa. Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti. kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata... 

sifat KELAPAN 
yang kelapan ialah si hamba itu jangan membebani seseorang samada berat atau ringan. sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang di tanggung oleh seseorang itu sama ada ia meminta atau tidak. sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang di beri Allah kepada si hambaNya dan ini juga memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati orang2 lain supaya membuat yang baik dan melarang membuat yang jahat. ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba Allah.. pada peringkat ini, seluruh makhluk ini di pandang sama sahaja. Dalam peringkat ini, si hamba itu akan di jadikan Allah hatinya tidak memerlukan apa2 dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja,. Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisiNya jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata.. pada pandangan orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama.. inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orang2 yang salih dan inilah pintu yang sgt hampir kepada ikhlas... 

sifat KESEMBILAN
sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap2 kepada manusia dan tidak juga terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka. Oleh itu, ini adalah sifat yang mulia, ia tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat kepada Allah.. Inilah satu pintu daripada pintu2 tawakal kepada Allah, yang membolehkan seseorang itu takut kepadaNya dan ini menunjukkan kesempurnaan amalan ugamanya,, dan ini juga tanda perdampingan yang terus langsung dengan Allah swt.. 

sifat KESEPULUH
sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga dan tidak membesarkan diri. dengan sifat ini, makam atau peringkat seseorang hamba itu akan dipertingkatkan dan dipermuliakan Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah dan pandangan manusia juga. Dia diberi kuasa mendapatkan kehendaknya dalam hal urusan dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar dan ranting, bagi pokok kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong menaikkan si hamba itu ke peringkat makam(stesen) orang-orang yg salih yg redha dgn Allah dalam kesusahan dan kesenangan dan inilah kesempurnaan warak.

dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan orang lain dan dia berkata:
"barangkali orang itu lebih baik daripada aku pada pandangan Allah dan lebih tinggi kedudukannya." 
jika orang itu kecil, si hamba Allah berkata ;
"orang ini tidak bersalah kepada Allah,tetapi aku bersalah aku bersalah. oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik daripada aku."
jika orang itu besar,dia berkata:
"orang ini telah menghambakan dirinya kepada Allah sebelum aku berbuat demikian.'
jika si hamba itu melihat seorang yg alim,ia berkata:
"orang ini telah diberi apa yg tidak sampai kepadaku dan ia telah mendapat apa yang tidak aku dapat, dan ia tahu apa yg tidaka ku tahu, dan dia bertindak menurut pengetahuan."
jika orang itu orang yg jahil,maka si hamba Allah itu akan berkata :
"orang ini ingkar kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar padahal aku berilmu, aku tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia."
jika dilihatnya orang yg kafir, maka dia berkata:
"aku tidak tahu,mungkin dia menjadi seorang muslim dan akhir hayatnya dalam kebaikan; tetapi mungkin aku menjadi kafir dan berakhir dalam kejahatan."

inilah pintu kasih sayang dan takut (kepada Allah) dan inilah yang perlu dan inilah yang perlu kekal pada hamba-hamba Allah. oleh yang demikian, apabila si hamba Allah itu telah menjadi seperti yang tersebut di atas itu (10 sifat ;Pn.), Allah akan memeliharanya dari mara bahaya dan akan di naikkan tarafnya sebagai orang yang berdampingan dengan Allah S.W.T dan menjadi orang pilihanNya.. Dia menjadi rakan Allah dan musuh iblis (Maha Jauh Allah dari segala sifat makhluk).. Di sinilah pintu rahmat. disini kebanggaan dan kesombongan diri hancur serana. Rasa ketinggian diri dalam hal ugama, keduniaan dan kerohanian hilang musnah. Inilah pati kehambaan dan penyembahan kpd Allah. tidak ada yang lebih baik drpd ini. Dengan tercapainya peringkat ini, lidahnya akan berhenti dari memperkatakan hal-hal ahli dunia dan apa yang sia-sia. Tidak ada kerjanya yang sempurna tanpa tangga ini. Sombong, dengki dan melampaui batas akan hilang dari hatinya dalam semua keadaan. cakapnya serupa dengan apa yang dalam hatinya dan tujuannya serupa dengan apa yang ada dalam hatinya. pendeknya zahir dan batinnya serupa juga. manusia ini sama sahaja dalam pandangannya berkenaan hal nasihat-menasihati. Dalam nasihatnya itu,ia tidak membuat misalan dari kejahatan seseorang atau dari tindakan baik dirinya,atau memperkatakan kejahatan orang lain dan ia tidak suka mendengar kejahatan seseorang itu di buat misalan, kerana ia adalah membahayakan hamba2 Allah dan menyusahkan mereka dan membawa kerosakan pada sifat zuhudnya, kecuali mereka yang di tolong Allah dengan rahmatnya untuk memelihara lidah dan hatinya supaya selamat...

BY: SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI