KEMUNCULAN DAJJAL
 
 Pertama : Dajjal sudah wujud semenjak zaman Baginda SAW
 
 عَنْ عَمْرَانَ بْنِ حَصِيْنٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا؛ قَالَ: قَالَ 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ أَكَلَ الطَّعَامَ
 وَمَشَى فِي الأَسْوَاقِ (يَعْنِي: الدَّجَّالُ )
 
 Daripada Amran bin Hasin, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda : 
Sesungguhnya ia sedang menikmati makanan dan berada di pasar-pasar 
(iaitu Dajjal) (Musnah Imam Ahmad : 19142)
 
 Selain itu, seorang 
hamba Allah yang bernama Tamim ad Dariy pernah menemui Dajjal ketika 
beliau berlayar di tengah lautan, dan terdampar di sebuah pulau. Kisah 
ini akan diceritakan di dalam bab akan datang, yang menceritakan tentang
 pertemuan tersebut, insya Allah.
 
 Kedua : Dajjal mula muncul ketika manusia melupai tentang kisah kemunculannya
 
 عَنْ الصَعْبِ بْنِ جَثَّامَةٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، سَمِعْتُ رَسُولَ 
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ 
حَتَّى يُذْهِلُ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ، وَحَتَّى تَتْرُكِ الأَئِمَّةُ 
ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
 
 Daripada Sa’bi bin Jassamah RA, aku
 mendengar Rasulullah SAW bersabda : Dajjal tidak akan muncul 
sehinggalah manusia terlupa tentang kemunculannya, dan para khatib 
terlupa menyebutnya di dalam khutbah (Kanzul Ummal : 38817)
 
 Ketiga : Dajjal muncul ketika manusia jauh daripada Islam
 
 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أَنَّهُ قَالَ فِي 
الدَّجَّالِ : تَكُونُ آيَةُ خُرُوجِهِ تَرَكَهُمْ الأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ
 وَالنَّهْيَ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَتَهَاوَنَ بِالدِّمَاءِ، وَضَيَّعُوا 
الْحُكْمَ، وَأَكَلُوا الرِّبَا، وَشَيَّدُوا البِنَاءَ، وَشَرَبُوا 
الْخُمُورَ، وَاتَّخَذُوا القَيَانَ، وَلَبِسُوا الْحَرِيْرَ، وَأَظْهَرُوا
 بَزَّةَ آلِ فِرْعَونَ، وَنَقَضُوا العَهْدَ، وَتَفَقَّهُوا لِغَيْرِ 
الدِّيْنَ، وَزَيِّنُوا الْمَسَاجِدَ، وَخَرَبُوا القُلُوبَ، وَقَطَعُوا 
الأَرْحَامَ، وَكَثُرَتْ القُرَّاءُ، وَقَلَّتْ الفُقَهَاءُ، وَعَطَلَتْ 
الْحُدُودُ، وَتَشَبَّهَ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ وَالنِّسَاءُ 
بِالرِّجَالِ، وَتَكَافَأَتْ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ، وَالنِّسَاءُ 
بِالنِّسَاءِ، بَعَثَ اللهُ عَلَيْهِمُ الدَّجَّالَ، ...
 
 Ibnu 
Abbas RA berkata tentang Dajjal : Akan terjadi tanda-tanda 
kemunculannya, iaitu manusia tidak lagi menyuruh kepada kebaikan dan 
mencegah kemungkaran, berlakunya pembunuhan, manusia tidak lagi 
menghormati undang-undang, mereka memakan harta riba, berlumba-lumba 
membuat binaan, mereka meminum arak, mereka leka berhibur dengan 
muzik-muzik, orang-orang lelaki memakai sutera, mereka memperagakan 
penampilan firaun, manusia semakin suka melanggar perjanjian, mereka 
mendalami sesuatu ilmu bukan untuk agama, mereka menghiasi masjid 
(masjid tidak berfungsi), mereka merosakkan hati-hati, memutuskan 
hubungan kekeluargaan, bertambahnya orang yang hanya membaca 
semata-mata, berkurangnya orang-orang yang faqih, terabainya hukum 
hudud, terdapat penyerupaan di antara lelaki dan perempuan, berlakunya 
hubungan sejenis,... ketika inilah munculnya Dajjal
 
 Keempat : Dajjal muncul ketika berlakunya kebuluran
 
 عَنْ أَبِي أُمَامَةَ البَاهِلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ؛ قَالَ: خَطَبْنَا 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ أَكْثَرُ 
خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثْنَاهُ عَنْ الدَّجَّالِ وَحَذَّرْنَاهُ.... 
فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ بِطَوْلِهِ، وَفِي آخِرِهِ : وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ 
الدَّجَّالِ ثَلاَثُ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ، يُصِيْبُ النَّاسَ فِيْهَا جَوْعٌ 
شَدِيْدٌ، يَأْمُرُ اللهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُوْلَى أَنْ 
تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ 
نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ 
فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ 
نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ 
فَتَحْبِسَ مَطْرِهَا كُلَّهُ ، فَلاَ تُقْطَرُ قَطْرَةً، وَيَأْمُرُ 
الأَرْضَ فَتَحْبِسَ نَبَاتِهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءً، فَلاَ 
تَبْقَى ذَاتَ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ، إِلاَّ مَا شَاءَ اللهُ
 
 
Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata :Rasulullah SAW berucap
 di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan 
meminta kami berjaga-jaga... Lalu Baginda SAW menyebut dengan panjang 
lebar.. di akhir ucapannya : Sesungguhnya sebelum kemunculan Dajjal, 
berlakunya keperitan selama 3 tahun. Manusia mengalami krisis kebuluran 
yang teruk. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama, supaya
 mengurangkan kadar hujan sebanyak satu pertiga, dan menyuruh bumi 
supaya mengurangkan hasilnya sebanyak satu pertiga. Kemudian, Allah 
memerintahkan langit pada tahun kedua pula untuk mengurangkan kadar 
hujan sebanyak dua pertiga pula, dan bumi diperintahkan supaya 
mengurangkan hasilnya sebanyak dua pertiga. Kemudian, Allah 
memerintahkan langit pada tahun ketiga supaya tidak menurunkan hujan 
langsung, maka tiadalah hujan walaupun setitik, dan bumi diperintahkan 
supaya tidak mengeluarkan hasilnya langsung, maka tidak tumbuhlah 
sebarang tumbuhan. Setelah itu, tiada lagi haiwan yang hidup, melainkan 
beberapa ekor yang dikehendakiNya (an Nihayah Kathir : 1/44)
 
 Kelima : Dajjal muncul apabila umat Islam saling mengkafirkan umat Islam yang lain
 
 عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ؛ قَالَ: « كُنَّا 
قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَذَكَرَ
 الفِتَنَ، ... وَفِيْهِ .. ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ ، لاَ تَدَعَ 
أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ ؛ إِلاَّ لَطَمَتْهُ لُطْمَةً، فَإِذَا 
قِيْلَ : انْقَضَّتْ ؛ تَمَادَتْ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيْهَا مُؤْمِنًا 
وَيُمْسِي كَافِرًا، حَتَّى يُصِيْرُ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطِيْنَ : 
فُسْطَاطٌ إِيْمَانٌ لاَ نِفَاقَ فِيْهِ ، وَفُسْطَاطٌ نِفَاقٌ لاَ 
إِيْمَانَ فِيْهِ ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكُمْ ؛ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ 
مِنْ يَوْمِهِ أَوْ غَدِهِ
 
 Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau
 berkata : Satu hari, kami duduk bersama-sama Rasulullah SAW, lalu 
Baginda SAW menceritakan tentang fitnah akhir zaman ... antara yang 
disebutkan ialah.. Kemudian akan terjadinya fitnah bawah tanah yang 
tidak melepaskan seorang pun, melainkan mereka yang bernasib baik. 
Apabila fitnah tersebut cuba disekat, ia tetap berterusan, sehingga 
seorang yang beriman pada waktu pagi hari, menjadi kafir pada waktu 
petangnya. Ia berlanjutan sehinggalah manusia bertemu dengan dua 
golongan, lalu menghukum bahawa golongan ini semuanya beriman, dan 
golongan satu lagi dihukumkan dengan kafir kesemuanya. Maka, apabila 
berlaku peristiwa seperti ini, tunggulah ketibaan Dajjal, samada pada 
hari tersebut, atau pada keesokannya. (Sunan Abi Daud : 3704)
 
 Keenam : Kemunculannya Selepas Pembebasan Istanbul
 
 قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمَلْحَمَةُ 
الكُبْرَى، وَفَتْحُ القَسْطَنْطِينِيَّةِ، وَخُرُوجُ الدَّجَّالِ فِي 
سَبْعَةِ أَشْهُرٍ
 
 Nabi SAW bersabda : Berlakunya peperangan 
yang besar, pembebasan Istanbul dan kemunculan Dajjal, kesemuanya 
berlaku dalam tempoh 7 bulan berturut-turut (Musnad Imam Ahmad : 21304)
 
 Di dalam Hadis yang lain, mengatakan bahawa perbezaan di antara 
Peperangan Besar dan Pembebasan Istanbul selama 6 tahun, dan kemunculan 
Dajjal pada tahun ke 7 (Kanzul Ummal, nombor 38754, Hadis Riwayat Abu 
Umamah al Bahili ). Tetapi di dalam hadis ini menyebut “bulan”, bukannya
 tahun.
 
 Semoga boleh difikir2 kan.
 
 
 Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.










0 comments:
Post a Comment