Tuesday, November 30, 2010

HARI PERTAMA SY BERPRAKTIKAL




Huhu lama tk muncul dalam blog sy nih cm org2 lain kan??

Ha arini nk wt comeback ngn menceritakan pengalaman sy berpraktikal di LUB dagangan. Sebenarnya penulis ada apply tourism Malaysia, kwn penulis yang sama2 dapat sana cakap dapat pergi ke kemboja sambil cuti2 malaysia, arghhhhh tensenya, jeles sgt2 tgok die, pg LUB ni pon sbb dgr cakap ayah, tp takpa lah mungkin ada hikmahnya disebalik semua ini L

Ni pulak muka bangon pg2 tengah bersemangatttt nk memulakan praktikal. Perhatikan juga jerawat yg besar di hidung

Oleh kerana penulis merupakan anak kepada kawan  GM, penulis pergi kerja bersama-sama GM
Oh ya penulis berpraktikal di philo damansara, so sesiapa yg berdekatan kontek2 la, leh g mkan sme2
Ni masa mula-mula masuk jumpa la nih


Antara produk lub dagangan

Lg produk-produk lub dagangan

Setelah itu sy di beri tempat duduk bekas manager yg kosong, besar tpt nih, rasa mcm dah jd manager lak ;)


Pas tu sy telah diberi penerangan ringkas tentang produk2 yg ada kt lub nih, chart, pekerja2, gm, ceo, bla2, bla
dapat brosure produk2, exac note book and belah kanan skali buku info tentang produk2 yg dijual

Pas 2 lg sy diberi taklimat oleh org yg incharge sy iaitu kak tini, sy bertanggungjwb menganalisis bengkel2 performance kerana bengkel2 di Malaysia nih boleh mintak petronas sponser equipment, tapi kne ada quota sales yg mencukupi utk memenuhi syarat2 sponsor.



Ini lah meja sy, pas 2 apa lg….. on9 sampai lebam la, sebab marketing manager tak sampai lg, so tkde keje, kwn2 yg buat praktikal,gud luck utk praktikal anda, buat yg terbaek!!! Semoga kita sma2 berjaya ;) 
eh lg satu, kwn2 yg tak pandai pakai microsoft excell sila la blajar dari awl, sbb kt sini sme pakai excell, sesiapa yg tau?? 

Saturday, November 27, 2010

lukisan2 terkenal dunia


Lukisan terkenal sepanjang zaman

10. From the Lake oleh Georgia O’Keeffe
top painting
Georgia O’Keefe memerlukan beberapa hari do Lake George, New York pada awal 1900, gambar seperti menunjukkan gelombang lembut di Lake George.

9. The Persistence of Memory oleh Salvador Dali
top painting
Oleh pelukis Salvador Dali, The Persistence of Memory telah dibuat pada 1931 dan sekarang dipamerkan di Museum of Modern Art in New York City.
8. The Dream oleh Pablo Picasso
top painting
Modern Art oleh Pablo Picasso yang digelar Cubism dan mempengaruhi ramai pelukis pada abad ke 20.
7. Corner of the Garden at Montgeron oleh Claude Monet
Photobucket
Lukisan terkenal hasil karya seni Monet dihasilkan pada 1877.
6. Café Terrace at Night by Vincent Van Gogh
top painting
Dalam lukisan Van Gogh ini dibuat di cafe di Arles, kemudian dipanggil Cafe Terrace dan hari ini dipanggil Cafe van Gogh.
5. Girl with a Pearl Earring oleh Jan Vermeer
top painting
Lukisan potret seorang wanita sebelum dia berkahwin. Kelihatan seperti air mata pada anting-anting yang dipakai.
4. Luncheon of the Boating Party oleh Pierre Auguste Renoir
top painting
Lukisan menggambarkan rakan-rakan Renoir sedang berehat di sebuah balkoni di Seine River. Di dalam lukisan ini Renoir membayangkan kehidupan masyarakat kelas sederhana di akhir abad ke 1.
3. The Kiss oleh Gustav Klimt
top painting
Gustav Klimt, melukis the Kiss painting pada tahun 1907.
2. Starry Night oleh Vincent Van Gogh
top painting
Sentuhan seni Van Gogh.
1. Mona Lisa oleh Leonardo Da Vinci
top painting
Karya Leonardo Da Vinci, Mona Lisa, adalah lukisan paling terkenal di dunia yang kini menjadi kepunyaan kerajaan Peranchis dan kini digantung di Louvre ,Paris. Paling mahal pada lukisan ini sudah tentu senyumannya yang digelar “enigmatic smile”.
:
hoho ni semua gambar2 lukisan2 yg terkenal dunia, harga dia mestila berjuta-juta ringgit. kita mampu melihat je kn? haha doakn sy menghadapi alam praktikal, cuak pulak rasa doakn sy berjaya ;)

Sunday, November 21, 2010

kekuasaan tuhan semasa hari raya korban

how many of us recite takbir and always remember allah in the life, me too not always remember HIM, always doing the wrong things and always doinnn sin even allah always gives us so many and abundant of rezeki, and who recite takbir in eid adha?? i thing only a few of my friends recite takbir, i envy to this cow, because able to recite takbir before his die, he already in syurga, but, how about us??? i envy to this cow and wish can die as a syuhada and the last word i want to say is ALLAH like this cow.... subhanallah!!

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya haji ;)


Things to do on Eid and its sunat ;)
-Do not eat anyting before sacrifice.
-To recite Takbiraat on the way to on from the masjid. takbir after the solah for 3 days in hari2 tashriq
-The whole family including woman and children should go for Eid Prayer.
-help people and get involved in qurban
-Hear ceramah in masjid or surau and teaching from it
-learn about what prophet ibrahim and what sacrifice he do and apply it in our life

selamat hari raya qurban, selamat berkorban apa sahaja demi menuju keredhaanNYA 

Friday, November 12, 2010

kisah ahli syurga



Rasulullah saw menatap satu persatu para sahabat yang sedang berkumpul dalam satu majlis, hening dan tawadhu.  Tiba-tiba terdengar satu suara memecah keheningan,  “Ya Rasulullah”.  Semua hadirin memberikan perhatian.


“Sekiranya pertanyaanku ini tidak menimbulkan kemurkaan Allah, sudilah engkau menjawabnya”.

 “Apa yang hendak engkau tanyakan itu”, Rasulullah saw bertanya kembali dengan nada suara yang begitu lembut. 

Dengan sikap yang agak tegang sahabat itupun langsung bertanya: “Siapakah diantara kami yang akan menjadi ahli syurga?” 

Secara tiba-tiba, bagai petir menyambar, jiwa-jiwa yang tadinya tawadhu, menyentap ketenangan, terhiris luka karena murka terhadap pertanyaan yang keterlaluan itu. Pertanyaan tadi sesungguhnya luar biasa dan dianggap tidak wajar.  Sungguh keterlaluan, setengah sahabat menilainya mengandung ujub (bangga atas diri sendiri) atau riya’. Seperti biasa dengan sikapnya, Umar Ibn Khattab ra yang terlebih dahulu bertindak, bangkit untuk mengherdik sahabat yang bertanya. Rasulullah saw menoleh ke arahnya sambil memberi isyarat supaya  menahan diri.

Rasulullah saw menatap ramah, beliau dengan tenangnya menjawab:
“Engkau lihatlah ke pintu, sebentar lagi orangnya akan muncul”


Setiap pasang mata menoleh ke ambang pintu dengan penuh debaran, dan setiap hati bertanya-tanya, siapakah gerangan "orang hebat" yang di sebut oleh Rasulullah saw sebagai AHLI SYURGA itu. 

Seketika masa berlalu akhirnya orang yang mereka tunggu itu pun muncul. Setiap wajah kehairanan. Terpegun dan hampir tidak percaya. Setelah orang itu mengucapkan salam kemudian menggabungkan diri ke dalam majlis, kehairanan mereka semakin bertambah.  Sesungguhnya mereka ragu dengan apa yang telah mereka saksikan.

Terdapat kebingungan dan keliru, masakan kata-kata baginda itu suatu yang tidak benar, tetapi jawapan yang diberi oleh Rasulullah saw itu kelihatan amat tidak sesuai dengan apa yang mereka sangkakan. 


Manusia yang masuk sebentar tadi itu tidak lebih dari seorang pemuda serba sederhana yang tidak pernah muncul di permukaan. Dalam istilah kemelayuan ia amat sesuai dengan ungkapan  "umpama melukut di tepi gantang".

Ia adalah satu wajah yang tidak pernah mengangkat kepala bila tidak ditanya dan tidak pernah bersuara bila tidak diminta. Ia bukan pula termasuk dalam senarai  sahabat terdekat Rasulullah saw. 

Sungguh membingungkan hadirin.  Apa kehebatan pemuda ini? 

Setiap hati menunggu penjelasan dari baginda Rasulullah saw. 

Rasulullah saw bersabda:

“Setiap gerak-geri dan langkah perbuatannya hanya ia ikhlaskan semata-mata mengharapkan redha Allah. Itulah yang membuat Allah menyukainya”.

Betapa tinggi nilai ikhlas dalam amal perbuatan seseorang, sehingga Rasulullah saw menyebutkannya sebagai salah satu syarat untuk menjadiahli syurga. Kedudukan ikhlas di dalam Islam sememangnya sangat diutamakan, hanya ikhlas dianggap sebagai ukuran amal seseorang kepada Allah SWT .


Allah berfirman:

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan (ikhlas) kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan meunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus". (maksud Al Bayyinah: 5)

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan ?" (An-Nisa’: 125)



Perosak Ikhlas:
Riya’, yang berarti memperlihatkan perbuatan amalan apa sahaja terutamanya ibadah kepada Allah dengan tujuan dilihat oleh manusia, supaya memujinya. Lebih buruk sekiranya mengharap penghargaan dari makhluk dan menjadikan "lakonan" itu sebagai alat untuk mendapat kelebihan di dunia.  Menjual agama dengan harga yang murah.


Sam’ah, menceritakan kebaikan diri dan segala amalan ibadah yang dilakukan, termasuk juga suka memuji diri sendiri. Merasa bangga serta suka menghebahkan segala perbuatan yang dilakukan, yang berarti beramal dengan tujuan untuk didengar dan disanjung oleh orang lain (mencari populariti). Harap pujian dari makhluk.


'Ujub, merasa hairan dan takjub di dalam hati terhadap amal.dan kehebatan diri, walaupun sentiasa menyembunyikan amalannya dari orang ramai. Kategori riya’ yang halus. Masih menyekutukan Allah dengan diri sendiri.
Dalam pengajian TASAUF perbuatan ini dianggap sebagai "syirik", amalan mereka tidak diterima oleh Allah.

wallahu a'lam