Tuesday, February 14, 2012

10 nasihat imam Abu Hanifah


http://upload.qwled.com/download.php?img=33
1- Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.
2-  Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
3- Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
4- Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat  berkat.
5-  Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
6-  Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
7- Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
8-  Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
9- Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
10- Jangan banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
Majalah GenQ PP 17325/06/2012. M/S : 25.
Rujukan Foto :

Wednesday, February 1, 2012

Bumi Dicipta Dengan Sempurna



Salah satu penemuan mutakhir di dunia sains yang menjadi buah bibir di kalangan ahli sains adalah apa yang disebut “prinsip anthropic”. Prinsip ini mengungkapkan bahawa setiap detail yang terdapat di alam semesta telah dirancang dengan ketepatan yang sempurna untuk memungkinkan manusia hidup.
Contoh kecil dari prinsip anthropic ini dapat kita temui pada fakta-fakta yang berkaitan dengan keadaan bumi. Dalam perkara ini, seorang astronomi Amerika Hugh Ross dalam bukunya yang berjudul The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal the Unmistakable Identitiy of the creator telah membuat penemuannya sendiri seperti berikut.
Jarak matahari ke bumi adalah 149,669,000 kilometer.Jarak ini dikenali sebagai satuan astronomi dan biasa dibulatkan (untuk memudahkan perkiraan) menjadi 148 juta km. Dibandingkan dengan bumi, diameter matahari kira-kira 112 kali ganda. Daya tarikan matahari kira-kira 30 kali ganda daya tarikan bumi. Sinar matahari menempuh masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
-Jika lebih jauh: planet bumi akan terlalu sejuk bagi kitaran air yang stabil
-Jika lebih dekat: planet bumi akan terlalu panas bagi kitaran air yang stabil
2. Graviti di permukaan bumi
Graviti permukaan dari sebuah objek astronomi (planet, bintang, dll) adalah kecepatan graviti yang berlaku pada permukaan objek tersebut. Graviti permukaan bergantung pada massa dan radius objek tersebut. Seringkali graviti permukaan dinyatakan sebagai ratio dengan nilai yang berlaku di Bumi.
-Jika lebih kuat: atmosfera bumi akan menahan terlalu banyak gas beracun (amonia dan methana)
-Jika lebih lemah: atmosfera bumi akan terlalu tipis kerana banyak kehilangan udara
3. Period pusingan bumi
Pusingan Bumi merujuk pada gerakan berputar planet Bumi pada sumbunya dan gerakan di orbitnya mengelilingi matahari. Masa pusingan Bumi pada sumbunya dalam hubungannya dengan bintang ialah 23 jam, 56 minit dan 4.091 saat. Masa pusingan dalam kaitannya dengan matahari ialah 24 jam.
-Jika lebih lama: perbezaan suhu pada siang dan malam hari terlalu besar
-Jika lebih cepat: kecepatan angin pada atmosfera terlalu tinggi
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, Surah Yassin:38)
4. Albedo
Albedo merupakan sebuah besaran yang menggambarkan perbandingan antara sinar matahari yang tiba di permukaan bumi dan yang dipantulkan kembali ke angkasa dengan terjadi perubahan panjang gelombang (outgoing longwave radiation). Perbezaan panjang gelombang antara yang datang dan yang dipantulkan dapat dikaitkan dengan seberapa besar tenaga matahari yang diserap oleh permukaan bumi.
-Jika lebih besar: zaman ais tak terkawal akan terjadi
-Jika lebih kecil: Kesan rumah kaca tak terkawal akan terjadi
5. Aktiviti gempa
Gempa bumi adalah getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan kerak bumi (lempeng bumi). Kata gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan asal terjadinya kejadian gempa bumi tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi apabila tekanan yang terjadi kerana pergerakan itu sudah terlalu besar untuk dapat ditahan.
-Jika lebih besar: terlalu banyak makhluk hidup binasa
-Jika lebih kecil: bahan makanan dasar laut tidak akan di ulang ke daratan melalui pengangkatan tektonik
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
6. Ketebalan kerak bumi
Kerak bumi adalah lapisan terluar Bumi yang terbagi menjadi 2 kategori, iaitu kerak samudera dan kerak benua. Kerak samudera mempunyai ketebalan lebih kurang 5-10 km, sedangkan kerak benua mempunyai ketebalan lebih kurang 20-70 km. Penyusun kerak samudera yang utama adalah batu basalt, sedangkan batu penyusun kerak benua yang utama adalah granit, yang tidak sepadat batuan basalt. Kerak bumi dan sebagian mantel bumi membentuk lapisan litosfer dengan ketebalan total kurang lebih 80 km.
-Jika lebih tebal: terlalu banyak oksigen berpindah dari atmosfera ke kerak bumi
-Jika lebih tipis: aktiviti tektonik dan vulkanik akan terlalu besar
7. Medan magnet bumi
Magnetosfera Bumi adalah suatu kawasan di angkasa yang bentuknya ditentukan oleh luasnya medan magnet dalaman Bumi, plasma angin matahari, dan medan magnet antara planet. Di magnetosfer, campuran ion-ion dan elektron-elektron bebas samada dari angin matahari atau pun ionosfir bumi dibataskan oleh gaya magnet dan elektrik yang lebih kuat daripada graviti dan perlanggaran.
-Jika lebih kuat: badai elektromagnetik akan terlalu merosakkan
-Jika lebih lemah: kurangnya perlindungan dari radiasi berbahaya yang berasal dari luar angkasa
8. Hubungan graviti dengan bulan
Bulan yang ditarikan oleh daya graviti Bumi tidak jatuh ke Bumi disebabkan oleh daya sentrifugal yang timbul dari orbit Bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal Bulan adalah sedikit lebih besar dari daya tarikan menarik antara graviti Bumi dan Bulan. Hal ini menyebabkan Bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3.8cm/tahun.
-Jika lebih besar: kesan pasang surut pada laut, atmosfera dan period pusingan semakin merosak
-Jika lebih kecil: perubahan tidak langsung pada orbit menyebabkan ketidakstabilan iklim
9. Kadar karbondioksida dan wap air dalam atmosfera
Atmosfera Bumi terdiri atas nitrogen (78.17%) dan oksigen (20.97%), dengan sedikit argon (0.9%), karbondioksida (variabel, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraviolet dari matahari dan mengurangi suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75% dari atmosfera ada dalam 11 km dari permukaan planet. Atmosfera tidak mempunyai batas, tetapi agak menipis lambat laun dengan menambah ketinggian, tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa luar.
-Jika lebih besar: kesan rumah kaca tak terkawal akan terjadi
-Jika lebih kecil: kesan rumah kaca tidak memadai
10. Kadar ozon dalam atmosfera
Ozon terdiri dari 3 molekul oksigen dan amat berbahaya pada kesihatan manusia. Secara alamiah, ozon dihasilkan melalui percampuran cahaya ultraviolet dengan atmosfera bumi dan membentuk suatu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer. Ozon tertumpu di bawah stratosfer di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon dihasilkan dengan pelbagai persenyawaan kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinar ultraviolet (UV) dari matahari.
-Jika lebih besar: suhu permukaan bumi terlalu rendah
-Jika lebih kecil: suhu permukaan bumi terlalu tinggi, terlalu banyak radiasi ultraviolet
Penemuan di atas hanyalah sedikit contoh dari sekian banyaknya data yang melimpah tentang adanya prinsip Antrophic. Namun, yang sedikit inipun cukup untuk menghancurkan mitos yang dipercayai oleh para cendekiawan keduniaan dan para pengganut atheis, iaitu bahawa keadaan bumi beserta kehidupan yang terdapat padanya terjadi secara kebetulan melalui serangkaian peristiwa tanpa perangan.
Siapapun yang mempelajari data-data ini tidak akan gagal untuk sampai pada kesimpulan bahawa bumi ini merupakan tempat yang telah dirancang dengan tingkat kerumitan yang tidak terbayang dan dengan kesesuaian yang sempurna demi kehidupan di dalamnya.
Ini membuktikan bahawa bumi, langit dan seisinya tidak tercipta secara kebetulan. Tuhan itu ada. Allahu Akbar.

“Dialah pencipta langit dan bumi.”
(AlQuran; Surah Al-An’aam Ayat 101)
Posted @ www.isuhangat.net.

Saturday, January 21, 2012

Rasullullah menangis kerana wanita


Ali Bin Abi Thalib : Saya dan fatimah bersama-sama berkunjung menemui Rasulullah dan kami dapati beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”


Rasulullah SAW menjawab “Pada malam aku di isra’kan ke atas langit, saya melihat orang-orang diseksa dengan begitu teruk. Maka ketika aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”
Ali Bin Abi Thalib : “Wahai Rasulullah, Apakah yang engkau lihat itu?”
Rasulullah SAW Menjawab : “Aku melihat!:”

1. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

3. Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

4. Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

5. Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

7. Perempuan yang berwajah hitam dan memakan ususnya sendiri

8. Perempuan yang pekak, buta dan muncul dari dalam neraka, sedangkan darahnya mengalir dari lubang di bahagian badannya (hidung, mulut, dan telinga) sementara badannya busuk disebabkan oleh penyakit kusta.

9. Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

10. Perempuan yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Ingatlah segala peristiwa yang disampaikan oleh Rasullullah terhadap Fatimah adalah merupakan suatu kelemahan bagi lelaki-lelaki yang tidak mampu mengendalikan isterinya serta anak-anak perempuannya sendiri, Sedangkan yang paling bertanggungjawab adalah lelaki itu sendiri.

Tuesday, January 17, 2012

Kisah benar :sedar setelah koma kerana hasil doa 50 orang ikhlas.



Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati… Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.
Cerita Ketika Beliau Koma. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar daripada koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu Beliau Koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walaubagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang.

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya”

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjayamen dapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Pengakuan dan pengajaran :
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.
Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
Tulisan asal oleh
Azahari Bin Mohd
Engineering (Piping)

Thursday, January 12, 2012

Manfaat Solat Dari Sudut Kesihatan



Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.
Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Jika anda tidak lupa dengan artikel Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat (baca di sini).Berikut adalah penjelasannya
TAKBIRATUL IHRAM
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.
Manfaat:
Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.

RUKUK
Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.
IKTIDAL
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD
Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.
Manfaat:
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
DUDUK
 
Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.
Manfaat:
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM
Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Manfaat:
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.
Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat,Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan
Semoga Bermanfaat.
Posted @ www.isuhangat.net.