Assalamualaikum,
slm, huhuhu zul ambik kos bisnes sbb tgok rmi yg berjaya dari bisnes,n zul teringin dan ingin memiliki bisnes satu hari nanti,tetapi bagai mana untuk mem punyai sebuah bisnes yg berjaya dan diredhai?Hari ini sedikit perkongsian saya tentang strategi dan kebijakan Abdul Rahman Bin Auf dalam perniagaan , seorang sahabat nabi yg amat berjaya dalam perniagaan dan salah seorang yg dijanjikan syurga, semoga kita berjaya seperti beliau insyaallah
Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…
Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.
Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…
Apa yang dimaksudkan
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. Cash transaction only
Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf r.a. memanggil Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka. Mereka sembahyang hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, baca Quran, selawat dan lain-lain demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Tuhan atau cara berniaga yang disuruh Tuhan. Iaitu dengan menawan hati orang. Para penyokong dari alam ghaib berdatangan selepas mendapat 'call' dari orang lahir. Hati penduduk Madinah ditawan. Datang ke Pasar Ansar orang dapat Tuhan, dapat pemimpin, dapat ibu ayah, dapat kasih sayang, dapat kebahagiaan. Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Mahal pun tak apa demi cinta. Lalu sunyilah gelanggang perniagaan kapitalis bukan Islam hingga membawa mereka gulung tilam bantal meninggalkan Madinah.
Hebat!
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab “aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yg sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”..
Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:
"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".
(Riwayat Ahmad)
0 comments:
Post a Comment