Saturday, April 3, 2010

Din beramboi


din masa kat konti era

alfatihah kpd arwah din beramboi
seperti mana yg kwn2 sedia maklum beliau adalah pelawak yg terkenal, beliau pandai mengubah pelbagai suara untuk menghiburkn kita, zul ingat lg kaset ujang yg din beramboi mnjd jurucakap, hehe terhibur bila mndgr celoteh beliau n begitu juga dgn beberapa kwn zul yg mndgr riuh pagi era,mereka amat merasa kehilangan beliau.

beriku petikan dari kosmo

Berita lelaki bertubuh gempal itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang diburu peminat dan media.

Awalnya, virus kencing tikus dikatakan sebagai penyebab serangan organ dalamannya tidak berfungsi termasuklah buah pinggang. Hanya lewat Selasa lalu, dia disahkan diserang denggi berdarah atau Dengue Shock Syndrome.

Pengumuman dilakukan sendiri oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd Salleh.

Insan terdekat mendampinginya sepanjang proses pendaftaran di hospital, Sharifuddin Che Man (adik iparnya), berkongsi detik terakhir Din sebelum 'ditidurkan' sementara rawatan ke atas Din dimulakan.

"Dia (Din) membuat permintaan, katanya mahu naik ambulans dari Klinik Sentosa, Rawang ke Hospital Selayang. Semasa hendak diturunkan dari ambulans pula, sempat lagi dia melawak.

"Katanya, cara pemanduan pemandu ambulans itu sudah mencapai tahap antarabangsa, tapi peralatan di dalam van itu sudah seperti keranda.

"Kami sukar untuk buat pendaftaran masuk sebab Din hanya bawa surat rujukan doktor klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut tanpa membawa dokumen diri," katanya sambil menggeleng kepala mengenangkan bicara terakhir daripada mulut Din.

Katanya, Din bukan koma sebaliknya diberikan ubat sedatif supaya badannya dapat berehat sementara rawatan diteruskan.

Sambil meluahkan rasa kesal dengan pelbagai khabar angin yang ditulis di Internet, Shariffudin menjelaskan pihak keluarga sendiri tidak dapat memastikan situasi sebenar Din sebelum keputusan rasmi dikeluarkan doktor.

Tambah Shariffudin: "Seluruh tubuhnya bengkak kebiruan semasa rawatan. Saya percaya dia dengar apa yang kami katakan kepadanya. Setiap pelawat yang datang berbicara dan memberikan kata-kata semangat buat Din."

Sejak Selasa lalu, ruang menunggu dan lobi hospital tidak henti-henti dikunjungi rakan artis serta peminat yang ingin tahu perkembangan Din.

Dalam kebimbangan dan penantian, semua tidak putus mendoakan kesejahteraan buat penghibur itu. Din Beramboi sebenarnya sangat disenangi dan disayangi oleh semua.

Sepanjang dalam ICU, Din tidak putus-putus dikunjungi kenalan, saudara jauh dan dekat bahkan ada peminat sanggup memandu dari jauh semata-mata untuk menjenguk Din.

Din meninggal dunia pukul 12.30 pagi Jumaat lalu setelah dua hari bertarung nyawa. Doa buat Din, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

zul pn tk sangka beliau akan pergi ketika populariti beliau meningkat,huhuhu benarlah kata nabi ketika ajal menjemput, hambaNYA tkkn dapat mencepatkn atau melambatkan kematian, marilah kita bersama2 bersedia untuk menghadapi kematian,setiap yang hidup pasti akan merasai kematian,tapi bagaimana untuk mengetahui bila kita akan meninggalkn dunia ini? ini adalah cara2 mngetahui saat kematian kita.renung2kan dan selamat beramal

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. WallahualamApa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

4 comments:

mE aZieRa said...
This comment has been removed by the author.
abg z said...

sme2, sabar ye wk? semoga roh nya dicucuri rahmat

Ctirah said...

nak tanda2 kematian tu leh?

abg z said...

ambik la, huhuhuhu tlg smpai2kn ilmu allah ni

Post a Comment