Thursday, June 30, 2011

kisah semasa israk mikraj


Hari ini 29 Jun 2011bersamaan 27 Rejab 1432umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa besar iaitu ISRAK MIKRAJ. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup signifikan dalam diari dan sejarah umat Islam. Dan kerana itu juga kita mempunyai kepentingan untuk membebaskan BaitulMaqdis (Masjid Al Aqsa) Palestin iaitu tempat berlakunya peristiwa ini dari cengkaman Israel. Bersama-samalah kita menghayati kebesaran Allah S.W.T walaupun ada di antara kita sudah hafal dan arif tentang kronologi peristiwa ini.
Pendahuluan
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacitakerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa israk mikraj ini telah dihuraikan dalam al-Quran dengan mafhum firman Allah S.W.T.
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagiNabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem/ Baitul Maqdis di Israel/ Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi solat berjemaah dengan makmumnyaialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Sebelum Israk dan Mikraj
Illustrasi buraq
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ILMUdan IMAN ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah S.A.W dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk”itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
  • Negeri Thaibah
    (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  • Bukit Tursina
    iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
  • Baitul-Laham
    (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguanjin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka –apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum – Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka – Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain – Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka – Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/ suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu – Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain – Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali – Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka – Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia(mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu – Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya – Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya – Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu – Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibraildua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  • Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.Seterusnya dengan Nabi Musa A.SRasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar diBaitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Kota Mekah yang menerangi seluruh alam.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda,“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pulasungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus danHadhrat Rabbul-Arbab lalu dapa tmenyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Dailog Rasulullah S.A.W  bersama Allah S.W.T
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmupanji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawahpanji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W.turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wednesday, June 29, 2011

me in practical period

Assalamualaikum my friends, i hope, everything happy as usual, today i will write about my practical period, actually, i got practical place in tourism Malaysia, but since the general manager of Lub Dagangan Sdn Bhd is my fathers friends, he offer me a place for doing my practical, and my father ask me to go there.
Everyday in my practial period i wake up early in morning and i drive my car to the Lub Dagangan Office, everyday i need to face the bad trafic jam in KL, as u see in above picture, at lebuhraya Timur Barat connecting to lebuhraya Persekutuan, there stuck at traffic jam, one day, i stuck there about 2 and the half hours, can u imagine? i go to muar only about 1+ hour.can u imagine?
After that i parking at another place in the PJ because the parking fee is too expensive,about rm 300 per month, but later on i got 6 summons from MBPJ :'( the Lub Dagangan place is at pusat dagangan philio damansara seksyen 16 PJ, that place is for high end people and business so many bentley, ferrrari, mercedes, Bmw and porche is ordinary in there.
This is my table and do so many work here, i help Kak Tini as a workshop development executive. And my job is calling customer, persuade them to join the incentive program and follow up with them, i also need to manage the data, help to balance kak tini excell data and so on, here i meet many staff and friends and my closes friends is Azam and Amir. We always lunch and talk together since they still young and boy like me. there i given one assignment, study and present it to the staff and the general manager
The man in black shirt is abang min, he a good person and have a deep knowledge about marketing and the white shirt is lub dagangan general manager, En Zainal Abidin bin Muslan
my presentation is about study on how petronas lubricant can become market leader in 2015. huhu the presentation is not going well like i want because what i present is argued by them, because they have deep knowledge compare to me.
huhuhu i go back to home at 6 o clock, but with the bad traffic jam i never manage to arrive before 730, usually i arrive at the night, see picture above, ;) right now i still go to interview and find the right job suitable for me, for my friends, pray for me, Tq ;)



Monday, June 20, 2011

the chicken says Allah, subhanallah!!!

Sunday, June 19, 2011

Biodata Musuh Kita


Salam kawan-kawan, harini zul nk cerita tentang iblis laknatullah, zul rasa semua dah tau cerita tentang iblis yang berjaya menghasut moyang kita dari terkeluar dari syurga, untuk melawan musuh, kita mestilah tahu tentang musuh kita dengan lebih baik supaya kita dapat menangkis dan menjauhi musuh kita dari menghancurkan kita,sudah kita ketahui siapa itu iblis, dan disini kami akan expandkan tentang data diri iblis secara ringkas. Diharapkan keterangan ini dapat menjadikan diri-diri kita semakin waspada atas tipu daya iblis dan jangan termasuk dari rakan,pembantu,sahabat dan sebagainya.

Nama : Iblis
Kedudukan : Pemimpin tertinggi syaitan jin dan syaitan manusia.
Nama Gelaran : Laknatullah
Lahir :Sebelum Dicipta Nabi Adam AS
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud” (lihat QS.Al-A’raf:11)
Tempat tinggal :Tempat-tempat yang kotor, tandas, dan rumah-rumah manusia yang terdapat gambar & patung, serta rumah yang tidak disebutkan Nama Allah ketika orang memasukinya.
“Apabila salah satu di antara kamu bangun dari tidur hendaknya berwudhu dan mengeluarkan air hidung tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidungnya.” (HR. Muslim 1/146).
“Sesungguh syaitan itu berjalan di dlm diri anak Adam melalui aliran darah.”
Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah hampir tenggelamnya matahari, maka boleh kamu lepaskan anak-anakmu dan tutuplah pintu rumah dan bacalah bismalah, kerana syaitan tidak boleh membuka rumah yang tertutup.” (HR. Bukhari 7/145)
Dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda : (Sesungguhnya kami para) Malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar” (HR Bukhari & Muslim, dengan lafaz Muslim). Dalam riwayat Ibnu Umar “(Sesungguhnya kami para) Malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar.”.
Dari Zaid bin Khalid dari Abi Talhah secara marfu’: “Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan patung (gambar).” (HR Muslim).
Kemampuan : Tidak dapat mengetahui yang ghaib, namun dia dapat berubah bentuk menyerupai wujud manusia, hantu, anjing hitam, ular atau wujud lainnya.
“Katakanlah: ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (Lihat QS.An-Naml: 65)
“Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.” (lihat QS.Saba:14)
Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian melihat sebagian mereka –dalam wujud ular– berilah peringatan tiga hari. Dan apabila masih terlihat olehmu setelah itu, bunuhlah ia, kerana sebenarnya dia adalah syaitan.” (HR. Muslim no. 2236 dan 139 dari Abu Sa`ib, maula Hisyam bin Zuhrah) [3]
Agama :Kafir
Bentuk rupa : Ghaib, ia dan keturunannya tidak mudah dilihat.
“Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Lihat QS.Al-A’raf: 27)
Sifat :Sombong.
“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?’ Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah’ (Lihat QS.Al-A’raf: 12)
Bahasa: Dapat mengetahui semua bahasa manusia, punya kemampuan membaca, memahami, berbicara dan berkomunikasi.
Jurucakap: Paranormal, Dukun, Bomoh dan penyebar ideologi-ideologi sesat.
…kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita)yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang (QS.Al Hijr:18)
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al-Jin: 6) (Lihat Qa’idah ‘Azhimah, hal. 152)
“Syaitan memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitan angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka”. (QS.An-Nisaa’:120)
Pembantu :Kaum wanita yang menampakkan aurat
Rasulullah SAW bersabda : “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghias-hiaskannya (membuat indah dalam pandangan laki-laki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, disahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan (generasi) di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” (Shahih, HR. Muslim)
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)
Masa Bekerja: Sampai hari kiamat.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan” (Lihatlah QS.Shaad:79)
Kaki Tangan : Orang kafir, Fasik, Murtad, dan Munafik.
“Orang-orang membazir adalah saudara-saudara syaitan” (Lihat QS.Al-Isra:27).
Kekasih di Dunia: Para penjudi, peminum arak, penzina dan mereka-mereka yang membuat maksiat kepada Allah Ta’ala.
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dan berjudi itu dan menghalangi kamu untuk untuk mengingat dan solat”. (QS.Al-Maa’idah:91)
Musuh utama: Para Nabi dan Ulama yang memikul tugas kenabian.
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)”. (Lihat QS.Fathir:6)
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh yaitu syaitan-syaitan manusia dan jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yg lain perkataan-perkataan yg indah-indah utk menipu” (Lihat QS.Al-An’am:112).
Musuh Ketat: Setiap orang mukmin.
“Maka kami berkata: “Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka”. (Lihat QS.Thaha:117)
Hobi : Berbuat jahat, merosak dan menjerumuskan manusia dan Jin ke dalam kekufuran dan menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, Maka Sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar” (Lihat QS.An-Nur: 21)
Cita-Cita: Menjadikan seluruh manusia dan jin menjadi sesat dan kafir dan menjadi pengikutnya.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (lihat QS.Al-Hijr:39)
Selepas melihat data Iblis di atas, mari kita muhasabah diri kita janganlah termasuk dalam senarai.

Thursday, June 16, 2011

TAHUKAH ANDA ? - hubung kait angka 23 dan 114 di dalam al quran dan juga kromosom manusia???


  
The Number 23 adalah 1 film yg di arahkan oleh Joel Schumacher.
Schumacher dilahirkan di New York City,dan ibunya bernama Marian dan bapanya bernama Francis Schumacher.Ibunya adalah seorang Swedish Jew, dan bapanya ialah seorang Baptist. Film ini memaparkan dunia akan kiamat di angka 23 dan angka ini sering disalah burukkan. Tetapi di dalam kajian Al-quran, angka 23 amatlah menarik. Any conspiracy?
Kenapa angka 23 amat menarik?? Ikuti pendedahan numeric theory of chromosom n AL-QURAN.


"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya" (Surah Yasin 36:36)
MANUSIA adalah makhluk yang mempunyai 23 PASANG KROMOSOM. Ianya terdiri drpdkromosam X dan juga Y.
Betulkah?? sila semak dlm buku biology kalau saya salah..



Dan tahukah anda ALQURAN AL KARIM juga diturunkan berperingkat selama 23 tahun??
KEBETULAN??? :)
Apa yang nk di perlihatkan di sini ialah keindahan AL QURAN itu sendiri di mana tiap2 angka numeric yang timbul di dalam AL QURAN kesemuanya adalah cukup unik dan cantik seperti nombor ygberulang-ulang dan nombor yang sama walaupun dimutasikan.




Di sini adalah 1 contoh pkiraan yang mudah untuk di fahami (baca dan cuba fahami). Ianya bermain dengan angka 23 sahaja.
GEN manusia mempunyai "rahsia" yang SERUPA dengan ANGKA 23 yang bukan saja menjadi "trademark" kepada 23 PASANGAN KROMOSOM makhluk yang bernama manusia(makhluk lain punyai jumlah kromosom blainan), malah 23 TAHUN yang menjadi "trademark" kepada tempoh Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur.







info : Walter Sutton dan Theodor Boveri adalah dua individu yang secara bersendirian telah membangunkan Teori Kromosom Genetik pada tahun 1902, iaitu kira-kira 1,270 TAHUN setelahAl-Qur'an diturunkan. Berikut ialan jadual yang dkaji oleh mereka :

  
  
DIGITAL 23 GEN
A        B(jumlah gen)          C(diceraikan)      JUMLAH
1              4220                                4+2+2+0                    8
2              1491                                1+4+9+1                  15
3              1550                                1+5+5+0                  11
4                446                                     4+4+6                 14
5                609                                     6+0+9                 15
6              2281                                 2+2+8+1                13
7              2135                                 2+1+3+5                11
8              1106                                 1+1+0+6                  8
9              1920                                 1+9+2+0                12
10            1793                                 1+7+9+3                20
11              379                                     3+7+9                 19
12            1430                                 1+4+3+0                  8
13              924                                     9+2+4                 15
14            1347                                 1+3+4+7                15
15              921                                      9+2+1                12
16              909                                      9+0+9                18
17            1672                                 1+6+7+2                16
18              519                                      5+1+9                15
19            1555                                 1+5+5+5                16
20            1008                                 1+0+0+8                  9
21              578                                      5+7+8                20
22            1092                                 1+0+9+2                12
                                                                                    = 302
X            1846                                1+8+4+6               19
Y              454                                4+5+4                     13
                                                                                      = 32

 notes : hanya manusia mempunyai gen ke23(X dan Y)..list gen 1-22 adalah gen yg tdiri dr bukan manusia : haiwan tumbuhan dll..
  
Sekarang sila perhatikan
JADUAL di atas. Terdapat 23 PASANG KROMOSOM. Sila campurkan (LAJUR B)  bagi GEN manusia iaitu X dan Y (1846+454) Jumlahnya ialah TEPAT 2300 iaitu CERMIN kepada 0023.




Kalau kita jumlahkan, 0023 + 2300 = BERULANG 2323. Kalau kita bezakan, 2300 - 0023 = BERULANG 2277.
Cantik, bukan? Yang saya mahu anda fokus ialah wujudnya ANGKA 23 di situ.
Sekarang campurkan 22 GEN (LAJUR JUMLAH). Perhatikan Jawapannya (8+15+11+14……+12). Ianya berjumlah 302. Sekarang campurkan pula GEN MANUSIA X dan Y(19+13). Jumlahnya 32. Apa yang anda nampak?
Ianya tetap bermain dgn angka 2 dan 3 kan?

  

Kita dapat perhatikan bahawa masing-masingnya membawa ANGKA
23 dalam bentuk PERMUTASI, betul atau tidak?



Allah SWT, iaitu Tuhan sekalian alam telah menurunkan Al-Qur'an dalam masa 23 tahun secara berperingkat peringkat.Apakah perkaitan di antara angka 23 ini?

Jika di lihat pada SIKUEN 23 itu sendiri dalam bentuk *DIGITAL (sila lihat gambar jadual di bawah utk contoh pengiraan) akan berjumlah 114 iaitu SERUPA dengan Jumlah Surah yang terdapat di dalam Al-Qur'an!





Dan, 2323 adalah "trademark" Nilai Mufrad(akan diterangkan nnti nilai mufrad, insyallah) Surah Al-Fatihah, yang merupakan IBU AL-QURAN! Subhanallah..(nilai mufrad surah ALFATIHAH adalah 2323).

Adakah para orientalis menganggap bahawa 114 SURAH adalah ssuatu yang dbuat-buat oleh Saidina Uthman dan Zaid bin Tsabit serta para sahabat ketika mengumpul wahyu-wahyu? TIDAK JUMPA sebarang catatan (para Sahabat) yg menyatakan bahawa Saidina Uthman RA dan Zaid bin Tsabit sengaja menjadikan Surah Al-Qur'an berjumlah 114 kerana secara DIGITAL, 23 (tahun) akan BERJUMLAH TEPAT 114!.



 
 note :

Al-Qur'an diturunkan dalam tempoh 23 tahun, Rasulullah SAW diutus jadi Rasul selama 23 tahunPaksi bumi condong 23 darjah. Kromosom manusia ialah pasangan 23:23. Malah Yahudi Barat telahpun menghasilkan filem The Number 23 lantas memberikan tafsiran buruk atau jahat kepada Angka 23! Sebabnya? ( believed the world will end in the year 2012, 20+1+2=23 ) Anda boleh sambung dengan ayat anda sendiri.

the number 23 : lakonan jim carrey
*JADUAL DIGITAL
Jadual digital adalah jadual hubung kait di antara bilangan kromosam dan dibariskan dalam bentuk nombor.
jadual jumlah digital
-baris atas adalah mewakili bilangan nombor
-baris bawah pula adalah mewakili 23 bilangan kromosom punyai (contoh bilangan kromosom 10 diceraikan menjadi 1 dan 0, kromosom 12 menjadi 1 dan 2 dan seterusnya...)
-macamana bilangan kromosom ini menjadi 114?-di sini ditunjukkan 1 contoh pengiraan :
(baris bawah)
1+2+3+4+5+6+7+8+9+1+0+1+1+1+2+1+3+..............2+3 = 114 (anda boleh cuba mengiranya sendiri utk kepastian)
Dan terbukti penjumlahan numeric kromosom adalah juga sama dgn angka 114 iaitu jumlah surah di dalam AL-QURAN..ALLAHUAKHBAR...