Friday, June 10, 2011

jack sparrow orang melayu???


Senjata silam Melayu dipanggil "Terakol" menjadi popular setelah dipakai oleh Captain Jack Sparrow dalam filem "Pirates of Carribean"


Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silam Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh dunia barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.


Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah Melayu. Lagenda lanun melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy"

Ada dekat 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini di dalam simpanan kerajaan penjajah British

~ Captain John Davie (Captain of the Curse Regiment) = Captain Davvy Jones
~ 19th Regiments mutinied against British = Seacrew of Black Pearl mutinied
~ 3 Malay Pirates Hang in Queen Dock London = 3 Pirate hang on Pirate of Carrebean I
~ Curse Regiments merampas kapal Royal Navy = Jack Sparrow merampas kapal Royal Navy

19th Malay Regiments of British Royal Navy yang dianggotai olah 340 orang angkatan bersenjata (340 brothers in armed) pada kurun ke 19 (sometime in 1800) iaitu lama sebelum Francis Light dan Stamford Raffles jejak kaki ke Tanah Melayu lagi.


19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum ini. Atas sebab keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yg mereka miliki (ilmu kebal,ilmu batin, boleh hilang2. Boleh menyelam 4 hingga 5 jam dan dengan segala macam ilmu² yang pelik. Mereka diberi ampun daripada dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat salleh bernama Captain John Davie (Davvy Jones???)..


Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (term bg "pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India, mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa di kalangan British yang ramai.


Mereka telah merampas 12 kapal laut Royal Navy dan belayar, mereka berpecah ke Britain, laut arab dan Amerika

Selepas itu dari tahun 1813 sehingga tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain sehinggakan terdapat beberape kes amukan lanun melayu di Queen Dock London.


Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga diambil oleh Napolean Bonaparte berperang melawan British.


Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" bourne to sails at sea in eternity.

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan tapi pilihan.

These Cursed Regiments selepas mutinied against British India mereka tidak boleh balik kampung halaman disebabkan oleh orang kampung, pembesar dan sultan akan bunuh atau hukum mereka atas sebab 'berkerja' dengan penjajah = dalam erti kate lain orang kampung² akan memandang mereka sebagai Pembelot Negara.

huhu sebenarnya melayu ni hebat pada masa dulu.. tetapi sejarah melayu yg hebat- hebat ni telah di gelapkan oleh penjajah untuk menghilangkan perasaan kehebatan pada melayu, untuk mengelakkan bangsa ini dari bangkit menjadi bangsa yang hebat seperti masa silamnya 

2 comments:

shamsadis said...

sumber dari forum.cari.com dipos oleh unekspekted.

abg z said...

huhu btol2

Post a Comment