Friday, September 23, 2011

Otak manusia dan Sujud


Adakah kita sedari bahawa otak kita seperti orang yang sedang sujud?

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin.Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz Dzariyat: 20-21)

Maha Suci Allah!
Mari kita perhatikan satu hikmah lagi, iaitu hikmah sujud yang mempunyai hubungkait dengan kejadian otak.


Prefrontal Cortex (seperti dalam gambar di atas) adalah “decision maker” bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rasional, kreativiti, merancang masa depan, berfikiran kritis dan banyak lagi sifat yang membezakan antara manusia dan haiwan.

Apabila kita sujud, yakni di dalam solat, jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini. Ini akan menyebabkan keseluruhan bahagian prefrontal cortex ini akan diperbaiki dan menjadi lebih baik. Hasilnya, mukmin boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Terbuktilah ayat al Quran yang menerangkan bahawa solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut: 45).
Kenapa solat dan sujud dapat menenangkan hati ketika sedang stress?

Ketika stress, hormon adrenalin akan dirembeskan. Maka kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan kerana apabila berada dalam keadaan sebegini, dari segi fisiologinya, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir (flight or fight).

Jadi, bagi merawat stress ini, kita mestilah selalu sujud kepada Allah. Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal area ini.


“…dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” (al Alaq: 19)
“Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.” (Al Qur’an, 96:15-16)

Ungkapan “ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka” dalam ayat di atas sungguh menarik. Penelitian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para ilmuwan hanya mampu menemui fungsi bahagian ini setelah kurun 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur’an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu.

Jika kita lihat bahagian dalam tulang tengkorak, di bahagian hadapan kepala terdapat kawasan frontal cerebrum (otak besar). Buku berjudul Essentials of Anatomy and Physiology, yang menyatakan penemuan-penemuan terakhir hasil penelitian tentang fungsi bahagian ini, menyatakan:

Dorongan dan hasrat untuk merencanakan dan memulai gerakan terjadi di bahagian depan lobi frontal, dan bahagian prefrontal. Ini adalah kawasan korteks asosiasi…


(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , s. 410-411) 
Buku tersebut juga mengatakan:
Berkaitan dengan keterlibatannya dalam membangkitkan dorongan, kawasan prefrontal juga diyakini sebagai pusat fungsi bagi perilaku menyerang…
(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211)
Jadi, kawasan cerebrum ini juga bertugas merencana, memberi dorongan, dan memulai perilaku baik dan buruk, dan bertanggungjawab atas perkataan benar dan dusta.
Jelas bahawa ungkapan “ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka” benar-benar merujuk pada penjelasan di atas. Fakta yang hanya dapat diketahui para ilmuwan selama 60 tahun terakhir ini, telah dinyatakan Allah dalam Al Qur’an sejak dahulu.

Rujukan :
http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2010/10/otak-seperti-orang-yang-sedang-sujud.html

0 comments:

Post a Comment