Salam
Kawan-kawan... apa khabar? sory sebab lama sangat tak post blog ni.. dah
berhabuk, bersawang-sawang kawan-kawan sihat? tengok perut, maju tak? ha harini zul nak cerita
tentang wanita yang patut dijauhi bila ingin berkahwin... kepada yang lelaki..
jauhkan wanita-wanita in dan kepada kaum wanita pulak, jauhilah diri dari
segala sifat-sifat buruk ini
"Jangan
engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah,
dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."
- Imam
Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura
sakit.
Wanita
Mananah:
Wanita yang suka
mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti;
"Aku membuat itu keranamu"
Wanita
Hananah:
Wanita yang
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum
ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita
Hadaqah:
Wanita yang
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita
Baraqah:
1) Wanita yang
sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang
marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya
bahagianya.
Wanita
Syadaqah:
Wanita yang
banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.
0 comments:
Post a Comment