Thursday, July 26, 2012

wasiat Baginda Rasulullah SAW tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan



Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan;


“Wahai manusia!
Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!
Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.


Wahai manusia!



Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. 




Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.” [HR Ibnu Khuzaimah]

kredit kepada http://kebunketereh.com/

Tuesday, July 24, 2012

72 Golongan yang memasuki neraka


Hadith 1. (Golongan 999)

Sebuah Hadith Qudsi yang lain (Shahih Muslim) menyebutkan bahwa Nabi Adam AS kelak akan diperintahkan Allah SWT untuk memisahkan anak-anak keturunannya yang akan dimasukkan ke neraka dan ke surga, dengan perbandingan 999 ke neraka dan 1 ke syurga. Nabi SAW bersabda (dalam Hadith ini) bahawa 999 dari tiap 1000 itu adalah dari (mereka yang berafiliasi, menjadi segolongan) dengan kaum Ya’juj dan Ma’juj, sedangkan yang 1 dari tiap 1000 itu adalah orang-orang yang (benar-benar) Muslim.

Maksudnya sebahagian besar manusia akan diseret dan terseret masuk ke dalam golongan Ya’juj & Ma’juj sehingga jumlah orang yang benar-benar beriman hanya tinggal 1 dari tiap 1000 orang. (iaitu Mukmin Ghuraba)

Hadith 2. (Golongan 72)

Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda:

 “Orang-orang Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan terpecah kedalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, iaitu (Ahli Sunnah) Al-Jamaa’ah.” 

HR. Sunan Ibnu Majah.


Siapakah Golongan 999?

Mereka ialah pengikut/pengamal/penerima/pemakai/pengguna sistem & tatacara kehidupan dalam Tamadun Yakjuj & Makjuj & bakal Maharaja Israel, Dajjal al-Masih.

Apakah itu Tamadun Yakjuj & Makjuj?

Tamadun yang dimajukan oleh Gabungan Britain, America & Israel  (Britannica> Americana>Judaica) dalam masa/tempoh yang berlainan dan dalam tempat dan lokasi yang berlainan tetapi dilaksana oleh mereka yang sama yang digelar golongan Yakjuj & Makjuj (muncul selepas Tembok Besi Dzulkarnain runtuh) dan di kawal-selia oleh seseorang yang masih berada diluar dimensi masa manusia, dialah Maharaja Israel, Dajjal al-Masih. (sistem ini lahir dalam beberapa fungsi iaitu ekonomi, politik, sosial, hiburan dan wanita yang wujud di akhir zaman! zaman itu adalah zaman kita hidup dan huni sekarang ini!)

1)EKONOMI RIBA

( Siapakah yang mengaut kekayaan dunia hasil dari pengunaan wang kertas yang PALSU & HARAM untuk membeli hasil maksum seperti minyak dan galian mineral lain) rujuk Ashkenazi Jews: Rothschild Family & Rockefeller.

(rujuk Dinar & Dirham dihapuskan dan digantikan kepada WANG KERTAS pada hari ini yang ternyata PALSU & HARAM dan tidak lagi bersandarkan kepada molekul & nilai emas lagi. Rujuk artikel lepas apa itu PERJANJIAN BRETTON WOODS dan apa yang President Amerika, Richard Nixon buat pada 1971)

(Fasaad ekonomi & perdagangan, sistem ekonomi & kewangan ribawi, sistem monetary yang tidak memiliki nilai intrinsik (rujuk: Al-A’raf 85))
RIBA! 

“Tidak boleh ada dua akad dalam satu akad jual beli. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat pemakan riba, yang memberi makan orang lain dengan riba, dua saksinya, dan pencatatnya.” (HR. Ibnu Hibban no. 1053, Al-Bazzar dalam Musnad-nya no. 2016 dan Al-Marwazi dalam As-Sunnah (159-161) dengan sanad hasan)


4 GOLONGAN RIBA. (rujuk Hadith: Masuk NERAKA secara PERCUMA!)

a) Pemakan Riba
(cth: Standard Chartered, RHB Bank, CIMB Bank, Maybank, Public Bank >front door RIBA)
(cth: Maybank Islamic, RHB Islamic, CIMB Islamic i.e. undercover Islamic Banking >back door RIBA )
sistem yang diaplikasi adalah masih sama dengan fundamental kewangan konvensional.

b) Memberi makan orang lain dengan riba
(Saya, Kita, Anda dan Mereka: rujuk PTPTN, PINJAMAN BANK UNTUK BELI RUMAH & KENDERAAN atas nama INTEREST/’FLOWER’!)


c) dua saksinya .
(pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank)

d) pencatatnya.
(pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank)


Definisi paling ringkas dan bagus adalah yang diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullahu dalam Syarah Bulughul Maram:

Bahawa makna riba adalah: “Penambahan pada dua perkara yang diharamkan dalam syariat, adanya tafadhul (penambahan) antara keduanya dengan ganti (bayaran), dan adanya ta`khir (tempoh) dalam menerima sesuatu yang disyaratkan qabdh (serah terima di tempat).” (Syarhul Buyu’, hal. 124)


2) POLITIK SEKULAR

(Menolak Negara Khalifah Islam, Menerima Konsep Negara Bangsa Barat: rujuk: Young Turks, Mustafa Kemal Ataturk , Konsep Negara Bangsa yang memisahkan sebuah kerajaan Khalifah Islam  kepada negara bangsa yang kita lihat pada hari ini mempunyai sempadan dan warna bendera yang berlainan. Rujuk: Sejarah negara bangsa Saudi sebuah negara monarki wahabi>sekutu Amerika)

3) SISTEM SOSIAL

(Blue Jeans Jamaah, Dan perempuan-perempuan yang berpakaian seperti telanjang, yang bercampur-gaul antara lelaki & perempuan di khalayak seperti KELDAI. Rujuk Mid Valley, KLCC dll)

(Kepada yang ingin mempertahankan BLUE JEANS JEMAAH, Tidak perlu!. Rujuk Tamadun Yakjuj Makjuj. Bukan soal aurat jika seluarnya longgar, ia soal pembudayaan yang di muntahkan Yakjuj Makjuj atas nama Barat yang anda jilat dan pertahankannya malah anda berbangga memakainya. Cth: Study pasal seluar Levi’s, nama salah satu suku bangsa YAHUDI > Bangsa Yakjuj Makjuj) dan dll.

4) HIBURAN & MAKANAN.

Segala macam makanan segera yang akan melembabkan otak anda. Otak tidak mampu berfungsi secara Islamik, sebab itu anda ‘just like cattle’ kerana tidak mampu menggunakan mata telinga dan hati untuk benar-benar melihat, mendengar dan memahami. (rujuk: Surah Al-A'raaf  7:179)

5) WANITA (REVOLUSI FEMINIS).

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."

Ia merujuk kepada revolusi feminis moden yang berjuang atas nama kebebasan wanita. Apabila kita melihat revolusi feminis di tempat kerja, intipati utamanya revolusi feminis adalah pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita untuk mengambil alih tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan utama mereka.

Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan 'tidak' kepada semua ini. Mereka mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. rujuklah al-Quran.

Allah berfirman maksudnya: "Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), Demi siang apabila terang benderang, Demi penciptaan laki-laki dan perempuan, Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam".
Surah al-Lail (92:1-4)

 Penciptaan malam dan siang sama seperti Allah menciptakan laki-laki dan perempuan. Allah SWT mahu siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal sebagai malam. Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza. Jika dilihat kepada revolusi feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya. Itulah hakikat masa kini. fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya.   


Siapakah Golongan 72?

Merekalah pengikut, pengamal, penganut Wahabi, Syiah dll. (73-72 = 1 = Ahli Sunnah wal-Jamaah!)


Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya selagi kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah RasulNya (yakni, al-Hadith atau as-Sunnah)]”

[Hadith riyawat Imam Malik. al-Hakim dan Ibnu Abdil Barri]

Thursday, July 19, 2012

ya ALLAH!! Kami Merindui Syahidmu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..

Terlebih dahulu marilah sama2 kita menadah rasa kesyukuran diatas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita.. Ingat segala nikmat yang dikurniakan bukan untuk dipersia. Maka gunakanlah ia dengan sebaiknya untuk menambah amal kita pada Allah SWT sebagai bekalan sebelum menuju ke Kampung Akhirat yang kekal abadi.... Moga kita sentiasa diberi perlindungan oleh Allah..

سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ اْلمَسْجِدِ الْحَرَامِ إلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَاالَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ 2
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Semasa membuka email yang pernah ana hantar kepada sahabat2, ana terbaca sebuah kisah yang menceritakan tentang pengalaman para mujahidin Palestin dan karamah yang berlaku semasa mereka mempertahankan tanah air dari serangan tentera Yahudi LAKNATULLAH yang menggila.. Berkat kesabaran dan semangat juang yang tinggi pelbagai bantuan telah Allah turunkan kepada para Muhajiddin. Dibawah merupakan kisah yang diceritakan oleh Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal.

hamas 20 by chd26.

Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamasberkenaan perang di Gaza. Bukanlah secara kebetulan bahawa peperangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dengan penuh keteguhan dan kesabaran disebut dengan perang “Al-Furqan” atau perang pembeza. 

Penamaan ini sudah menjadi takdir Allah swt. Ia adalah sambungan dari perang Badar yang dinamakan oleh Allah yang Maha Kuasa pada Hari Al-Furqan di mana bertemunya dua kelompok. Dalam peperangan Badar, tanda2 Allah sangat jelas terlihat dengan pertolongan-Nya kepada orang yang beriman dimana mempunyai jumlah yang sedikit. Bahkan Allah jualah yang mentadbir dan mengatur peperangan itu dengan mengerahkan para malaikat untuk berperang bersama orang-orang yang beriman. 



Allah swt mewahyukan kepada para malaikatnya dengan firmanNya :


“أني معكم فثبتوا الذين آمنوا سألقي في قلوب الذين كفروا الرعب” 

Bahwa Aku bersama kamu, maka kukuhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Akan kami berikan ketakutan dalam hati orang-orang kafir,” (QS : Al-Anfal 12)

Begitu juga para malaikat ikut memerangi orang-orang musyrik;

“فاضربوا فوق الأعناق واضربوا منهم كل بنان” 

Maka pukullah atas leher-leher mereka dan pukullah ujung jari-jari mereka

Serta lemparan Rasulullah saw yang mengena kepada sasaran;

“فلم تقتلوهم ولكن الله قتلهم وما رميت إذ رميت ولكن الله رمي“ 


Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka (orang kafir) tapi Allah yang membunuh mereka, dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar namun Allah yang melempar
(QS : Al-Anfal 17)

Allah SWT memperlihatkan jumlah orang-orang musyrik di mata Rasulullah SAW dalam mimpinya dengan jumlah yang sedikit dan Allah memperlihatkan di mata orang-orang mukmin jumlah orang-orang kafir yang sedikit. Ketika dua kelompok ini bertemu, maka orang-orang kafir melihat jumlah orang mukmin dua kali ganda.Allah menolong siapa saja yang dikehendaki-Nya.

Semua itu adalah karamah dalam pertempuran Al-Furqan. Dalam pertempuran Al-Furqan di Gaza sebulan yang lalu, dokongan dan pertolongan Allah kepada para mujahidin bahkan kepada manusia secara umum dapat kita lihat. Allah swt mengurniakan sejumlah karamah kepada mujahidin untuk memberikan keteguhan di hati mereka. Itu tidak pelik dan aneh. Para ulama menegaskan dengan dalil yang kuat bahwa para malaikat yang turun di perang Badar untuk berperang bersama orang-orang mukmin itu tidak khusus untuk ahli Badar namun umum untuk semua golongan orang-orang yang beriman; jika mereka ikhlas dan benar dalam jihadnya untuk meninggikan kalimat Allah dan menegakkan syariat-Nya.

Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.

Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta-kereta kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah SWT dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor-faktor pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.

Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri sebuah rumah yang dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihatseorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: “Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu” di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah SWT menolong dan mengabulkan doa mereka.

Masih pada pertempuran di Mighraqah, di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat bergerak.Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumiMaka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisannamun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. "Sebahagian dari kami merasa takut. Namun, tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta-kerata kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada".

Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman dan Allah memiliki tentera-tentera di langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahawa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup. 

Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ia bersendirian ketika memasang bom di tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal Israel itu. Subhanallah

Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.

Penulis sendiri mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernamaAbdullah As-Shanik padahal ia sudah 20 hari terbungkus. Bau wangian yang sama juga penulis cium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi. Bukan hanya penulis yang menciumnya namun orang lain juga begitu. Ini sungguh meyakinkan penulis akan kebenaran jalan dan langkah Rasulullah SAW meski orang-orang kafir dan munafik membencinya.

Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar-askar Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahawa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka. 

Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih. Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak membawa senjata. 

Wahai warga Gaza, para mujahidin yang sabar dan teguh, Allah bersama kamu. Kamu telah mendapat kemuliaan di perang Gaza dan kamu tulis sejarah di lembaran yang bersinar, Kamu kalahkan lagenda tentera Israel yang kononnya sukar dikalahkan. Kamu tanamkan ruh jihad di dalam hati umat ini meskipun dengan pengorbanan dan kehancuran rumah-rumah kamu, meskipun dengan mengorbankan para syuhada. Kamu jual jiwa-jiwa kamu dan harta kamu dengan syurga dan Allah membelinya, maka bergembiralah dengan perniagaan kamu dan itulah kemenangan yang besar. 

Bagi-Mu ya Allah segala pujian dan bagi-Mu segala syukur, semua urusan dikembalikan kepada-Nya, yang terang dan rahsia, segala puji dengan Islam, Iman, Al-Quran, dengan jihad sehingga Engkau mudahkan urusan kami dalam mengalahkan musuh kami, dan Engkau bantulah mujahidin kami. Segala puji bagi-Mu sesuai dengan wajah-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu. 

Bersama-sama ini juga dikepilkan beberapa gambar para syuhada’ di Gaza yang kesemuanya dalam keadaan senyum, MasyaAllah.

senyum3senyum5senyum1

Monday, July 9, 2012

kisah berwudu'



Hari ini saya ingin membincangkan mengenai perkara pertama yang dihitung oleh Allah SWT terhadap semua perlakuan yang dituntut oleh Allah SWT diakhirat nanti.Sebelum segala sesuatu kebaikan atau kejahatan diperlihatkan kepada diri kita, maka soal solat adalah perkara pertama yang akan ditanyakan. Persoalan pokok adakah wuduk kita sempurna?


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapu lah sebahagian kepala serta basuhlah kedua-dua belah kami kamu meliputi buku lali" (surah Al-Maa'idah :6)


Berhubung dengan Firman diatas, Allah SWT menghendaki kita melakukan seperti apa yang diperintahkan. :-
i. Basuhlah muka kamu
ii. Cucilah kedua belah tangan kamu
iii. Sapulah sebahagian kepala kamu
iv. Besuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Apakah alasannya??


Lazimnya yang kita praktikkan, kita akan mencuci dahulu anggota yang kita rasa patut dibersihkan seperti berkumur, memasukan air kehidung, membersihkan kedua-dua telinga dan terakhir kita akan memcuci kedua belah kaki. Ketika ini juga kita sudah boleh memohon agar mulut kita dibersihkan dari mengungkapkan perkara-perkara yang tidak elok serta pendengaran telinga kita dibersihkan dengan mendendar perkara-perkara yang baik.


Semestinya semasa melakukan perkara-perkara mengambil wuduk, perbuatan ini akan disertakan dengan niat. Itu adalah perkara asas yang kita belajar dari azali. Selepas kita melafaskan niat lalu kita melakukan seperti yang dinyatakan. Dengan melakukan demikian maka diri kita sudah pun berwuduk dengan sempurna.


Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri mahu pun kepada mereka yang arif berhubung perintah ini? Jawapannya adalah, ini perintah Allah SWT, berwuduk dan membersihkan anggota yang diperintahkan sebelum menghadap Allah SWT. Tetapi kenapa empat bahagian dan apa sebabnya?. Namun sebagai insan yang taat kepada Allah SWT, semestinya kita tidak akan mempertikaikannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ketika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).Hanya tiga bahagian anggota sahaja yang diterangkan, untuk bahagian ,menyapu sebahagian kepala dibawah ini penjelasannya:-

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (Al-’Alaq 96:16)
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16) Diubun-ubun terletaknya permulaan kejahatan dan pembohongan seseorang manusia , ini disahkah secara saintifik oleh pakar.

Untuk kesimpulan bagi keempat-empat arahan tersebut mengikut Islam adalah :-


i. Mencuci muka.
Membersihkan cerminan muka kita dari segala kekototran yang didatangkan oleh iblis dan syaitan tanpa kita sedari sebelum kita menghadapkan muka kita kepada Yang Maha Esa.


ii. Mencuci kedua belah tangan.
Memcuci segala kotoran yang terdapat diseluruh bahagian yang disebutkan kerana iblis dan syaitan memerangkap kekotoran itu untuk manusia sentuh.


iii. Menyapu sebahagian dari kepala
Untuk membersihkan kekotoran atau palitan hembusan kejahatan yang disuruh oleh iblis dan syaitan agar manusia lalai dari suruhan tuhan serta menyuruh dan mendesak manusia agar melakukan perkara yang dilarang.

iv. Membersihkan kedua belah kaki.
Membersihkan perjalanan yang kita lalui untuk menuju Allah SWT dan membuang segala kekototan yang dipalit oleh iblis dan syaitan agar manusia menyimpang dari jalan Allah SWT.
Untuk membersihkan setiap anggota bahagian yang diperintahkan, semestinya, perbuatan ini diiringkan dengan niat :-


i. Ya Allah aku bermohon dari Mu, bersihkanlah kelalaian muka aku dari melihat Cahaya Mu.
ii. Ya Allah aku bermohon dari Mu, bersihkan kekotoran yang didatangkan oleh iblis dan syaitan terhadap kedua belah tangan aku.
iii. Ya Allah aku bermohon dari Mu, peliharalah ubun-ubun aku dari hembusan iblis dan syaitan yang direjam agar aku dapat merendah diri serta sujud dihadapan Mu.
iv. Ya Allah aku bermohon dari Mu, peliharalah perjalanan aku dan jauhkan sisa-sisa iblis dan syaitan dari mengikat kedua kaki ku.


Dengan kesempurnaan wuduk, yang disertakan dengan niat, diterjemahkan dengan perbuatan serta diiringi dengan ungkapan untuk setiap anggota, inshaallah, solat yang akan didirikan akan mencapai kemuncak kesempurnaan bersolat yang diserta dengan adab dan tertib.