Hadith 1. (Golongan 999)
Sebuah Hadith Qudsi yang lain (Shahih Muslim) menyebutkan bahwa Nabi Adam AS kelak akan diperintahkan Allah SWT untuk memisahkan anak-anak keturunannya yang akan dimasukkan ke neraka dan ke surga, dengan perbandingan 999 ke neraka dan 1 ke syurga. Nabi SAW bersabda (dalam Hadith ini) bahawa 999 dari tiap 1000 itu adalah dari (mereka yang berafiliasi, menjadi segolongan) dengan kaum Ya’juj dan Ma’juj, sedangkan yang 1 dari tiap 1000 itu adalah orang-orang yang (benar-benar) Muslim.
Maksudnya sebahagian besar manusia akan diseret dan terseret masuk ke dalam golongan Ya’juj & Ma’juj sehingga jumlah orang yang benar-benar beriman hanya tinggal 1 dari tiap 1000 orang. (iaitu Mukmin Ghuraba)
Hadith 2. (Golongan 72)
Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda:
“Orang-orang Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan terpecah kedalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, iaitu (Ahli Sunnah) Al-Jamaa’ah.”
HR. Sunan Ibnu Majah.
Siapakah Golongan 999?
Mereka ialah pengikut/pengamal/penerima/pemakai/pengguna sistem & tatacara kehidupan dalam Tamadun Yakjuj & Makjuj & bakal Maharaja Israel, Dajjal al-Masih.
Apakah itu Tamadun Yakjuj & Makjuj?
Tamadun yang dimajukan oleh Gabungan Britain, America & Israel (Britannica> Americana>Judaica) dalam masa/tempoh yang berlainan dan dalam tempat dan lokasi yang berlainan tetapi dilaksana oleh mereka yang sama yang digelar golongan Yakjuj & Makjuj (muncul selepas Tembok Besi Dzulkarnain runtuh) dan di kawal-selia oleh seseorang yang masih berada diluar dimensi masa manusia, dialah Maharaja Israel, Dajjal al-Masih. (sistem ini lahir dalam beberapa fungsi iaitu ekonomi, politik, sosial, hiburan dan wanita yang wujud di akhir zaman! zaman itu adalah zaman kita hidup dan huni sekarang ini!)
1)EKONOMI RIBA
( Siapakah yang mengaut kekayaan dunia hasil dari pengunaan wang kertas yang PALSU & HARAM untuk membeli hasil maksum seperti minyak dan galian mineral lain) rujuk Ashkenazi Jews: Rothschild Family & Rockefeller.
(rujuk Dinar & Dirham dihapuskan dan digantikan kepada WANG KERTAS pada hari ini yang ternyata PALSU & HARAM dan tidak lagi bersandarkan kepada molekul & nilai emas lagi. Rujuk artikel lepas apa itu PERJANJIAN BRETTON WOODS dan apa yang President Amerika, Richard Nixon buat pada 1971)
(Fasaad ekonomi & perdagangan, sistem ekonomi & kewangan ribawi, sistem monetary yang tidak memiliki nilai intrinsik (rujuk: Al-A’raf 85))
RIBA!
“Tidak boleh ada dua akad dalam satu akad jual beli. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat pemakan riba, yang memberi makan orang lain dengan riba, dua saksinya, dan pencatatnya.” (HR. Ibnu Hibban no. 1053, Al-Bazzar dalam Musnad-nya no. 2016 dan Al-Marwazi dalam As-Sunnah (159-161) dengan sanad hasan)
4 GOLONGAN RIBA. (rujuk Hadith: Masuk NERAKA secara PERCUMA!)
a) Pemakan Riba
(cth: Standard Chartered, RHB Bank, CIMB Bank, Maybank, Public Bank >front door RIBA)
(cth: Maybank Islamic, RHB Islamic, CIMB Islamic i.e. undercover Islamic Banking >back door RIBA )
sistem yang diaplikasi adalah masih sama dengan fundamental kewangan konvensional.
b) Memberi makan orang lain dengan riba
(Saya, Kita, Anda dan Mereka: rujuk PTPTN, PINJAMAN BANK UNTUK BELI RUMAH & KENDERAAN atas nama INTEREST/’FLOWER’!)
c) dua saksinya .
(pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank)
d) pencatatnya.
(pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank)
Definisi paling ringkas dan bagus adalah yang diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullahu dalam Syarah Bulughul Maram:
Bahawa makna riba adalah: “Penambahan pada dua perkara yang diharamkan dalam syariat, adanya tafadhul (penambahan) antara keduanya dengan ganti (bayaran), dan adanya ta`khir (tempoh) dalam menerima sesuatu yang disyaratkan qabdh (serah terima di tempat).” (Syarhul Buyu’, hal. 124)
2) POLITIK SEKULAR
(Menolak Negara Khalifah Islam, Menerima Konsep Negara Bangsa Barat: rujuk: Young Turks, Mustafa Kemal Ataturk , Konsep Negara Bangsa yang memisahkan sebuah kerajaan Khalifah Islam kepada negara bangsa yang kita lihat pada hari ini mempunyai sempadan dan warna bendera yang berlainan. Rujuk: Sejarah negara bangsa Saudi sebuah negara monarki wahabi>sekutu Amerika)
3) SISTEM SOSIAL
(Blue Jeans Jamaah, Dan perempuan-perempuan yang berpakaian seperti telanjang, yang bercampur-gaul antara lelaki & perempuan di khalayak seperti KELDAI. Rujuk Mid Valley, KLCC dll)
(Kepada yang ingin mempertahankan BLUE JEANS JEMAAH, Tidak perlu!. Rujuk Tamadun Yakjuj Makjuj. Bukan soal aurat jika seluarnya longgar, ia soal pembudayaan yang di muntahkan Yakjuj Makjuj atas nama Barat yang anda jilat dan pertahankannya malah anda berbangga memakainya. Cth: Study pasal seluar Levi’s, nama salah satu suku bangsa YAHUDI > Bangsa Yakjuj Makjuj) dan dll.
4) HIBURAN & MAKANAN.
Segala macam makanan segera yang akan melembabkan otak anda. Otak tidak mampu berfungsi secara Islamik, sebab itu anda ‘just like cattle’ kerana tidak mampu menggunakan mata telinga dan hati untuk benar-benar melihat, mendengar dan memahami. (rujuk: Surah Al-A'raaf 7:179)
5) WANITA (REVOLUSI FEMINIS).
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."
Ia merujuk kepada revolusi feminis moden yang berjuang atas nama kebebasan wanita. Apabila kita melihat revolusi feminis di tempat kerja, intipati utamanya revolusi feminis adalah pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita untuk mengambil alih tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan utama mereka.
Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan 'tidak' kepada semua ini. Mereka mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. rujuklah al-Quran.
Allah berfirman maksudnya: "Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), Demi siang apabila terang benderang, Demi penciptaan laki-laki dan perempuan, Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam".
Surah al-Lail (92:1-4)
Penciptaan malam dan siang sama seperti Allah menciptakan laki-laki dan perempuan. Allah SWT mahu siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal sebagai malam. Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza. Jika dilihat kepada revolusi feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya. Itulah hakikat masa kini. fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya.
Siapakah Golongan 72?
Merekalah pengikut, pengamal, penganut Wahabi, Syiah dll. (73-72 = 1 = Ahli Sunnah wal-Jamaah!)
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya selagi kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah RasulNya (yakni, al-Hadith atau as-Sunnah)]”
[Hadith riyawat Imam Malik. al-Hakim dan Ibnu Abdil Barri]
0 comments:
Post a Comment