Hari ini saya ingin membincangkan mengenai perkara pertama yang dihitung oleh Allah SWT terhadap semua perlakuan yang dituntut oleh Allah SWT diakhirat nanti.Sebelum segala sesuatu kebaikan atau kejahatan diperlihatkan kepada diri kita, maka soal solat adalah perkara pertama yang akan ditanyakan. Persoalan pokok adakah wuduk kita sempurna?
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapu lah sebahagian kepala serta basuhlah kedua-dua belah kami kamu meliputi buku lali" (surah Al-Maa'idah :6)
Berhubung dengan Firman diatas, Allah SWT menghendaki kita melakukan seperti apa yang diperintahkan. :-
i. Basuhlah muka kamu
ii. Cucilah kedua belah tangan kamu
iii. Sapulah sebahagian kepala kamu
iv. Besuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Apakah alasannya??
Lazimnya yang kita praktikkan, kita akan mencuci dahulu anggota yang kita rasa patut dibersihkan seperti berkumur, memasukan air kehidung, membersihkan kedua-dua telinga dan terakhir kita akan memcuci kedua belah kaki. Ketika ini juga kita sudah boleh memohon agar mulut kita dibersihkan dari mengungkapkan perkara-perkara yang tidak elok serta pendengaran telinga kita dibersihkan dengan mendendar perkara-perkara yang baik.
Semestinya semasa melakukan perkara-perkara mengambil wuduk, perbuatan ini akan disertakan dengan niat. Itu adalah perkara asas yang kita belajar dari azali. Selepas kita melafaskan niat lalu kita melakukan seperti yang dinyatakan. Dengan melakukan demikian maka diri kita sudah pun berwuduk dengan sempurna.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin
itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua
dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang
terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang
tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air
terakhir. Manakala ketika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa
yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang
terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.”
(Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).Hanya tiga bahagian anggota sahaja yang
diterangkan, untuk bahagian ,menyapu sebahagian kepala dibawah ini
penjelasannya:-
نَاصِيَةٍ
كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (Al-’Alaq 96:16)
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16) Diubun-ubun terletaknya permulaan kejahatan dan pembohongan seseorang manusia , ini disahkah secara saintifik oleh pakar.

Untuk kesimpulan bagi keempat-empat arahan tersebut mengikut
Islam adalah :-
i. Mencuci muka.
Membersihkan cerminan muka kita dari segala kekototran yang didatangkan oleh iblis dan syaitan tanpa kita sedari sebelum kita menghadapkan muka kita kepada Yang Maha Esa.
ii. Mencuci kedua belah tangan.
Memcuci segala kotoran yang terdapat diseluruh bahagian yang disebutkan kerana iblis dan syaitan memerangkap kekotoran itu untuk manusia sentuh.
iii. Menyapu sebahagian dari kepala
Untuk membersihkan kekotoran atau palitan hembusan kejahatan yang disuruh oleh iblis dan syaitan agar manusia lalai dari suruhan tuhan serta menyuruh dan mendesak manusia agar melakukan perkara yang dilarang.
iv. Membersihkan kedua belah kaki.
Membersihkan perjalanan yang kita lalui untuk menuju Allah SWT dan membuang segala kekototan yang dipalit oleh iblis dan syaitan agar manusia menyimpang dari jalan Allah SWT.
Untuk membersihkan setiap anggota bahagian yang diperintahkan, semestinya, perbuatan ini diiringkan dengan niat :-
i. Ya Allah aku bermohon dari Mu, bersihkanlah kelalaian muka aku dari melihat Cahaya Mu.
ii. Ya Allah aku bermohon dari Mu, bersihkan kekotoran yang didatangkan oleh iblis dan syaitan terhadap kedua belah tangan aku.
iii. Ya Allah aku bermohon dari Mu, peliharalah ubun-ubun aku dari hembusan iblis dan syaitan yang direjam agar aku dapat merendah diri serta sujud dihadapan Mu.
iv. Ya Allah aku bermohon dari Mu, peliharalah perjalanan aku dan jauhkan sisa-sisa iblis dan syaitan dari mengikat kedua kaki ku.
Dengan kesempurnaan wuduk, yang disertakan dengan niat, diterjemahkan dengan perbuatan serta diiringi dengan ungkapan untuk setiap anggota, inshaallah, solat yang akan didirikan akan mencapai kemuncak kesempurnaan bersolat yang diserta dengan adab dan tertib.

0 comments:
Post a Comment