Friday, January 25, 2013

Kisah manusia mulia di sisi Allah

Satu lagi hadis yang sedih. "wajib" di baca dengan nada yang sedih. Semoga air mata anda gugur sebagaimana air mata Nabi SAW yang gugur kerana sayangnya Baginda kepada kita semua.
....................... .................. ..............

Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan...

Ketika itu Baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Di situ ada Saidina Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar dan lainnya. Lalu kemudian Baginda bertanya,
"Wahai Sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"

Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata,
"Para Malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia." Rasulullah menjawab,

"Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah
kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan."

Lalu para Sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang Sahabat kembali berkata,

"Ya Rasulullah, tentu Para Nabi, merekalah yang mulia itu."

Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata,
"Ya, Para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia. Tapi ada lagi yang lain."

Para sahabat terdiam, tertanya siapalah lagi mereka itu. Lalu salah seorang sahabat berkata,
"Apakah kami sahabatmu, Ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu?"

(*bacalah dengan sayu)
Bayangkan, Baginda memandang wajah mereka semua satu persatu,

Baginda tersenyum melihat Para Sahabat. Baginda berkata,
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin
kalian tidak mulia, Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia."

Para sahabat terdiam kesemuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Lalu bayangkan. Tiba-tiba, Baginda Nabi Muhammad SAW menundukkan wajahnya. Bayangkan tiba-tiba Baginda menangis di hadapan sahabat-
sahabat. Para sahabat tertanya,

"Mengapa Engkau menangis Ya Rasulullah?"

Lalu bayangkan, Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya. Lalu Baginda berkata,

"Wahai Sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan
lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku. Mereka tidak pernah
melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan Aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai Sahabatku
semuanya, aku pun rindu kepada kepada mereka,
mereka yang mulia itu, merekalah itulah UMATKU."

Bayangkan saat itu Nabi Muhammad menitiskan air matanya, semua Sahabat menangis.

SUBHANALLAH ...

Nota:
Layahkah kita untuk termasuk dalam orang yang di rindui Baginda itu ya. Allahuakbar.

Jom berselawat.
Satu lagi hadis yang sedih. "wajib" di baca dengan nada yang sedih. Semoga air mata anda gugur sebagaimana air mata Nabi SAW yang gugur kerana sayangnya Baginda kepada kita semua.
....................... .................. ..............

Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan...

Ketika itu Baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Di situ ada Saidina Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar dan lainnya. Lalu kemudian Baginda bertanya, "Wahai Sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"

Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata, "Para Malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia." Rasulullah menjawab,

"Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan."

Lalu para Sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang Sahabat kembali berkata,

"Ya Rasulullah, tentu Para Nabi, merekalah yang mulia itu."

Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata, "Ya, Para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia. Tapi ada lagi yang lain."

Para sahabat terdiam, tertanya siapalah lagi mereka itu. Lalu salah seorang sahabat berkata, "Apakah kami sahabatmu, Ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu?"

(*bacalah dengan sayu)
Bayangkan, Baginda memandang wajah mereka semua satu persatu,

Baginda tersenyum melihat Para Sahabat. Baginda berkata,
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia, Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia."

Para sahabat terdiam kesemuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Lalu bayangkan. Tiba-tiba, Baginda Nabi Muhammad SAW menundukkan wajahnya. Bayangkan tiba-tiba Baginda menangis di hadapan sahabat- sahabat. Para sahabat tertanya,

"Mengapa Engkau menangis Ya Rasulullah?"

Lalu bayangkan, Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya. Lalu Baginda berkata,

"Wahai Sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan
lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan Aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai Sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada kepada mereka,mereka yang mulia itu, merekalah itulah UMATKU."

Bayangkan saat itu Nabi Muhammad menitiskan air matanya, semua Sahabat menangis.

SUBHANALLAH ...
Layahkah kita untuk termasuk dalam orang yang di rindui Baginda itu ya. Allahuakbar.

Jom berselawat.

Wednesday, January 23, 2013

10 sahabat yang dijamin Syurga

Para Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga
10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga

Abu Bakar As-Siddiq
-Orang yang membenarkan perjalanan isra’ mikraj rasul S.W.A sehingga diberi gelaran as-siddiq
-Dicatat dalam suruh al-taubah,ayat ke-40
-Digelar oleh ali R.A sebagai manusia paling berani di muka bumi
-Seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.

Zubair bin Al-’Awwam
-Orang pertama yang menghunuskan pedangnya di jalan Allah
-Diseksa oleh bapa saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.
-Umar R.A menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentra amru al-As R.A menentang tentera rom.

Saad bin Waqas
-Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam
-Diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran
-Dicatat dalam suruh Luqman ayat ke-15
-Memimpin pasukan islam menentang tentera parsi ketika pemerintahan umar R.A

Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah
-Digelar Rasul S.A.W sebagai seorang kepercayaan umat ini.
-Dicatat dalam suruh al-Mujadilah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud.
-Gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasulullah S.A.W

Ali bin Abi Talib
-Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya.berjaya memecahkan benteng pertahanan khaibar,pertahanan terakhir yahudi
-Dimuliakan oleh Rasul S.A.W sebagai gerbang kota ilmu
-Terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan ilmu peperangan selain Umar R.A

Uthman bin ‘Affan
-Digelar zunnur’ain(pemilik dua cahaya)
-Disifatkan Rasul S.A.W sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya.
-Membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada lelaki yahudi untuk kegunaan umat islam yang sedang berhijrah ke madinah.
-Mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya.

Umar Al-Khattab
-Digelar oleh Rasul S.A.W sebagai al-Faruq(pemisah antara hak dan batil)
-Dikatakan bahawa islam sentiasa berada dalam kemenangan setelah keislaqman beliau.
-Para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu.
-Mengembangkan islam dari timur ke barat dalam masa yang singkat.

Abdurrahman bin ‘Auf
-Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan.
-Didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul S.A.W sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu.
-Satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam solat Rasulullah.

Talhah bin Ubaidillah
-Diseksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir.
-Diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar R.A oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar al-Qarinain(sepasang sahabat yang terikat)
-Digelar ‘Syahid yang hidup’,'Talhah yang baik’ dan Talhah yang dermawan’.
-Lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus kerana mempertahankan nabi.

Sa’id bin Zaid
-Beliau dan isterinya,fatimah binti Khattab R.A berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar R.A.
-Menyertai kebanyakan perang menentang Rom,Kisra dan juga Parsi.
-Diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah R.A.
-Doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita penfitnah dimakbulkan Allah,wanita itu menjadi buta dan mati.

hasnulhadiahmad.com

Wednesday, January 9, 2013

ASAL MANUSIA DARIPADA TANAH KEPADA TANAH AKAN DIKEMBALIKAN

Allah Yang Maha Kuasa berfirman “Maha Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu berpasangan-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan dari bumi, dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”[Yaasiin 36:36].

Nabi Muhammad (SAW) bersabda “Sesungguhnya, Allah telah menciptakan Adam dari segenggam tanah yang Allah ambil dari semua bahagian bumi; Oleh itu, anak-anak Adam datang ke bumi mengikut keseluruhan bahagian bumi tersebut , di antaranya ada yang berwarna merah, putih, hitam & lainnya di pertengahan, dan ada yang lembut, yang sedih, yang buruk dan baik “[Rujuk kitab Hadith Sahih].

Kini analisis sains yang di buat mendedahkan bahawa tubuh manusia itu terbentuk dari bahagian yang sama dari bumi seperti:-
a) air,
b) karbohidrat,
c) protein,
d) minyak,
e) vitamin,
f) hormon klorin,
g) perak,
h) fosfor,
i) kapur,
j) kalium,
k) natrium,
l) besi,
m) tembaga,
n) iodin dan mineral-mineral yang lain.

Semua mineral ini bersama membentuk pelbagai bahagian tubuh manusia. Mereka umumnya terbentuk di dalam tubuh manusia berdasarkan pembahagian yang tetap, stabil dan tepat. Hanya Allah Maha Pencipta yang mengetahui segala rahsia bagaimana mereka datang bersama-sama dan melakukan tugas seperti itu.

Ditemui bahawa jika mineral yang ada dalam pembentukan tubuh manusia dicerakinkan & dibentuk semula, ia akan memberikan kita benda-benda berikut: sekotak kapur tulis, sekotak mancis api, paku kecil, sedikit garam dan beberapa bahan lain yang tidak bernilai.

Namun, nilai kewangan bagi semua benda-benda tersebut tidak melebihi sepuluh Riyal. Bolehkah dipercayai bahawa nilai kewangan sebahagian besar tubuh manusia tidak melebihi sepuluh Riyal? Ianya juga akan bererti bahawa pakaian manusia atau jam tangannya lebih berharga daripada dirinya sendiri!! Bukankah begitu?

Oleh itu, apakah nilai sebenar seorang Manusia? Nilai universal yang banyak masuk ke dalam proses kejadian manusia tidak dapat disamakan dengan apa-apa pun; Begitujuga nilai sebenar seorang Manusia selepas proses pembentukan tubuh manusia.

Ada sebahagian masyarakat menjadikan manusia umpama sebuah mesin. Untuk menyamakan manusia dengan mesin bererti merendahkan nilai dirinya.

Sebuah benda harus dibandingkan dengan benda lain yang serupa dengannya. Jika tidak, seekor biri-biri atau unta akan lebih berharga dari manusia. Tetapi Islam memberikan status yang tinggi kepada Manusia dan mengangkatnya di atas melebehi ukuran-ukuran materialistik kita.

Buktinya terdapat dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT: “Dan sungguh telah Kami memuliakan Bani Adam, dan Kami telah menyediakan bagi mereka pengangkutan di daratan dan di lautan;dan Kami telah memberikan mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami telah mengutamakan mereka atas kebanyakan dari makhluk yang telah Kami ciptakan dengan keutamaan yang banyak.”[Al-Israa' 17-70].

Di dalam ayat lain Allah berfirman:”Dan sungguh Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat:”Sujudlah kamu kepada Adam,”, lalu mereka sujud kecuali iblis,ia (iblis) tidaklah termasuk mereka yang sujud. (Allah) berfirman:”Apakah yang menghalangmu dari bersujud ketika aku memerintahkan kepada kamu?”, Ia (iblis) berkata:”Aku lebih baik darinya(Adam), Engkau telah ciptakan aku dari api dan Engkau telah ciptakan dia (Adam) dari tanah.”[Al-A'raaf 7:11-12] .

Oleh kerana itu, kita harus menghormati manusia, kerana Allah telah menjadikan malaikat untuk sujud kepadanya. Allah telah memberi penghormatan kepada manusia, oleh karena itu kita tidak harus merendahkan/menghina manusia.

Sumber: “Tidakkah engkau melihat ke dalam dirimu sendiri?”,

oleh Anas bin Abdul Hamid Elgoze.

Dengan ehsan:science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2070

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Allah Yang Maha Kuasa berfirman “Maha Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu berpasangan
-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan dari bumi, dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”[Yaasiin 36:36].

Thursday, January 3, 2013

ORANG MUKMIN SALING MENYAYANGI LAKSANA SATU TUBUH

Dari An-Nu’man bin Basyir, dia mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Engkau lihat orang-orang mukmin dalam hal saling menyayangi, saling mencintai dan saling berbelas kasihan, adalah laksana satu tubuh, jika salah satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan merasa susah untuk tidur dan demam. (HR. Bukhari-Kitab Adab)

Fakta Ilmiah:

Penyelidekan-penyelidekan moden yang intensif dan berterusan telah mengungkap fakta yang mengkagumkan mengenai interaksi antara organ-organ tubuh manusia ketika diancam bahaya seperti kecederaan atau sakit. Kajian juga menemui strategi dan tindakbalas fungsi yang diambil oleh organ-organ diseluruh tubuh setiap kali apabila salah satu organ menderita akibat cedera atau sakit, dan tindakbalas ini berbeza-beza mengikut keadaan kecederaan.

Apabila saja jangkitan atau kecederaan berlaku, pusat deria mula menghubungi pusat-pusat kawalan dan pengawasan di hipotalamus. Panggilan ini merangsang pada kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon yang merangsang pula kepada seluruh kelenjar endokrin untuk mengeluarkan hormon mereka, yang mendesak semua organ tubuh untuk menyelamatkan organ tubuh yang terancam tersebut.

Oleh kerana itu, ia adalah suatu aduan yang nyata, dan panggilan yang benar , bukannya satu metafora. Panggilan ini bererti bahawa setiap bahagian dari tubuh menggunakan tenaga paling tinggi untuk menyelamatkan bahagian tubuh yang terancam. Jantung, contohnya, mula berdegup lebih cepat untuk membantu darah beredar dan mencapai organ yang terluka.

Pada masa yang sama, pembuluh darah di organ terluka akan menguncup, sedangkan saluran darah di bahagian tubuh yang lain mengembang untuk menghantar jumlah tenaga, oksigen, antibodi, hormon, dan asid amino yang diperlukan ke bahagian yang terluka untuk membantu melawan jangkitan atau kecederaan dan untuk menyembuhkannya dengan cepat.

Tubuh mulai menjadi lemah,akibat memecah sebahagian daripada lemak dan protein yang disimpan, bagi memberikan bantuan pada organ yang terluka. Proses ini berterusan sehingga reda proses penyelamat iaitu di saat kecederaan atau penyakit terkawal, dan tisu dan sel yang terkena jangkitan/cedera dapat disembuhkan.

Panggilan dari bahagian terluka atau dijangkiti menyerupai panggilan nyata untuk bantuan; tempat yang tercedera mengeluarkan denyutan saraf ke pusat-pusat deria dan pengawasan dari otak; Malah, beberapa zat kimia dilepaskan semasa titisan pertama tumpahan darah atau ketika suatu tisu terkoyak. Kemudian, semua organ tubuh bertindakbalas untuk memberikan bantuan untuk organ yang tercedera/dijangkiti bersesuaian dengan keadaan kecederaan atau penyakit.

Aspek Ketulinan Saintifik

Apa yang disebutkan dalam hadis di atas sebenarnya berlaku, kerana semua organ tubuh memberikan isyarat kepada satu sama lain untuk menyelamatkan organ yang dijangkiti/tercedera dan umat Muslim juga harus seperti itu: Apabila suatu daerah mengalami pencerobohan , seluruh umat perlu menghubungi satu sama lain untuk datang memberi bantuan kepadanya.

Anda tidak akan dapat menemukan perkataan yang lebih tepat dari perkataan ‘Tada’a’ untuk menggambarkan kesakitan pada suatu organ, yang didalamnya terkandung aspek linguistik, retorik, dan ketulinan pada masa yang sama.

Nabi SAW memberitahu kepada kita apa yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh manusia tanpa menggunakan sebarang perkakasan/peralatan dan menggunakan kata-kata yang fasih dan kalimat yang retorik.

Apa yang lebih mengkagumkan adalah kenyataan bahawa nama yang diberikan oleh doktor kepada sistem saraf yang berinteraksi semasa tubuh dijangkiti atau terluka adalah: saling mencintai, kasihsayang, dan belaskasihan, yang merupakan kata-kata sama yang digunakan oleh Nabi SAW di dalam hadis tersebut

Maha Besar Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar lagi unggul, dan Allah yang membantunya dengan mukjizat dan kefasihan.

Terjemahan Artikel: THE DISTRESS CALL WITHIN THE BODY
Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah

http://www.eajaz.org/

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=3057

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
ORANG MUKMIN SALING MENYAYANGI LAKSANA SATU TUBUH

Dari An-Nu’man bin Basyir, dia mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Engkau lihat orang-orang mukmin dalam h
al saling menyayangi, saling mencintai dan saling berbelas kasihan, adalah laksana satu tubuh, jika salah satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan merasa susah untuk tidur dan demam. (HR. Bukhari-Kitab Adab)