Wednesday, January 23, 2013

10 sahabat yang dijamin Syurga

Para Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga
10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga

Abu Bakar As-Siddiq
-Orang yang membenarkan perjalanan isra’ mikraj rasul S.W.A sehingga diberi gelaran as-siddiq
-Dicatat dalam suruh al-taubah,ayat ke-40
-Digelar oleh ali R.A sebagai manusia paling berani di muka bumi
-Seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.


Zubair bin Al-’Awwam
-Orang pertama yang menghunuskan pedangnya di jalan Allah
-Diseksa oleh bapa saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.
-Umar R.A menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentra amru al-As R.A menentang tentera rom.

Saad bin Waqas
-Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam
-Diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran
-Dicatat dalam suruh Luqman ayat ke-15
-Memimpin pasukan islam menentang tentera parsi ketika pemerintahan umar R.A

Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah
-Digelar Rasul S.A.W sebagai seorang kepercayaan umat ini.
-Dicatat dalam suruh al-Mujadilah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud.
-Gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasulullah S.A.W

Ali bin Abi Talib
-Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya.berjaya memecahkan benteng pertahanan khaibar,pertahanan terakhir yahudi
-Dimuliakan oleh Rasul S.A.W sebagai gerbang kota ilmu
-Terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan ilmu peperangan selain Umar R.A

Uthman bin ‘Affan
-Digelar zunnur’ain(pemilik dua cahaya)
-Disifatkan Rasul S.A.W sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya.
-Membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada lelaki yahudi untuk kegunaan umat islam yang sedang berhijrah ke madinah.
-Mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya.

Umar Al-Khattab
-Digelar oleh Rasul S.A.W sebagai al-Faruq(pemisah antara hak dan batil)
-Dikatakan bahawa islam sentiasa berada dalam kemenangan setelah keislaqman beliau.
-Para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu.
-Mengembangkan islam dari timur ke barat dalam masa yang singkat.

Abdurrahman bin ‘Auf
-Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan.
-Didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul S.A.W sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu.
-Satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam solat Rasulullah.

Talhah bin Ubaidillah
-Diseksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir.
-Diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar R.A oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar al-Qarinain(sepasang sahabat yang terikat)
-Digelar ‘Syahid yang hidup’,'Talhah yang baik’ dan Talhah yang dermawan’.
-Lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus kerana mempertahankan nabi.

Sa’id bin Zaid
-Beliau dan isterinya,fatimah binti Khattab R.A berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar R.A.
-Menyertai kebanyakan perang menentang Rom,Kisra dan juga Parsi.
-Diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah R.A.
-Doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita penfitnah dimakbulkan Allah,wanita itu menjadi buta dan mati.


hasnulhadiahmad.com

0 comments:

Post a Comment