Thursday, January 3, 2013

ORANG MUKMIN SALING MENYAYANGI LAKSANA SATU TUBUH

Dari An-Nu’man bin Basyir, dia mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Engkau lihat orang-orang mukmin dalam hal saling menyayangi, saling mencintai dan saling berbelas kasihan, adalah laksana satu tubuh, jika salah satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan merasa susah untuk tidur dan demam. (HR. Bukhari-Kitab Adab)

Fakta Ilmiah:

Penyelidekan-penyelidekan moden yang intensif dan berterusan telah mengungkap fakta yang mengkagumkan mengenai interaksi antara organ-organ tubuh manusia ketika diancam bahaya seperti kecederaan atau sakit. Kajian juga menemui strategi dan tindakbalas fungsi yang diambil oleh organ-organ diseluruh tubuh setiap kali apabila salah satu organ menderita akibat cedera atau sakit, dan tindakbalas ini berbeza-beza mengikut keadaan kecederaan.

Apabila saja jangkitan atau kecederaan berlaku, pusat deria mula menghubungi pusat-pusat kawalan dan pengawasan di hipotalamus. Panggilan ini merangsang pada kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon yang merangsang pula kepada seluruh kelenjar endokrin untuk mengeluarkan hormon mereka, yang mendesak semua organ tubuh untuk menyelamatkan organ tubuh yang terancam tersebut.

Oleh kerana itu, ia adalah suatu aduan yang nyata, dan panggilan yang benar , bukannya satu metafora. Panggilan ini bererti bahawa setiap bahagian dari tubuh menggunakan tenaga paling tinggi untuk menyelamatkan bahagian tubuh yang terancam. Jantung, contohnya, mula berdegup lebih cepat untuk membantu darah beredar dan mencapai organ yang terluka.

Pada masa yang sama, pembuluh darah di organ terluka akan menguncup, sedangkan saluran darah di bahagian tubuh yang lain mengembang untuk menghantar jumlah tenaga, oksigen, antibodi, hormon, dan asid amino yang diperlukan ke bahagian yang terluka untuk membantu melawan jangkitan atau kecederaan dan untuk menyembuhkannya dengan cepat.

Tubuh mulai menjadi lemah,akibat memecah sebahagian daripada lemak dan protein yang disimpan, bagi memberikan bantuan pada organ yang terluka. Proses ini berterusan sehingga reda proses penyelamat iaitu di saat kecederaan atau penyakit terkawal, dan tisu dan sel yang terkena jangkitan/cedera dapat disembuhkan.

Panggilan dari bahagian terluka atau dijangkiti menyerupai panggilan nyata untuk bantuan; tempat yang tercedera mengeluarkan denyutan saraf ke pusat-pusat deria dan pengawasan dari otak; Malah, beberapa zat kimia dilepaskan semasa titisan pertama tumpahan darah atau ketika suatu tisu terkoyak. Kemudian, semua organ tubuh bertindakbalas untuk memberikan bantuan untuk organ yang tercedera/dijangkiti bersesuaian dengan keadaan kecederaan atau penyakit.

Aspek Ketulinan Saintifik

Apa yang disebutkan dalam hadis di atas sebenarnya berlaku, kerana semua organ tubuh memberikan isyarat kepada satu sama lain untuk menyelamatkan organ yang dijangkiti/tercedera dan umat Muslim juga harus seperti itu: Apabila suatu daerah mengalami pencerobohan , seluruh umat perlu menghubungi satu sama lain untuk datang memberi bantuan kepadanya.

Anda tidak akan dapat menemukan perkataan yang lebih tepat dari perkataan ‘Tada’a’ untuk menggambarkan kesakitan pada suatu organ, yang didalamnya terkandung aspek linguistik, retorik, dan ketulinan pada masa yang sama.

Nabi SAW memberitahu kepada kita apa yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh manusia tanpa menggunakan sebarang perkakasan/peralatan dan menggunakan kata-kata yang fasih dan kalimat yang retorik.

Apa yang lebih mengkagumkan adalah kenyataan bahawa nama yang diberikan oleh doktor kepada sistem saraf yang berinteraksi semasa tubuh dijangkiti atau terluka adalah: saling mencintai, kasihsayang, dan belaskasihan, yang merupakan kata-kata sama yang digunakan oleh Nabi SAW di dalam hadis tersebut

Maha Besar Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar lagi unggul, dan Allah yang membantunya dengan mukjizat dan kefasihan.

Terjemahan Artikel: THE DISTRESS CALL WITHIN THE BODY
Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah

http://www.eajaz.org/

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=3057

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
ORANG MUKMIN SALING MENYAYANGI LAKSANA SATU TUBUH

Dari An-Nu’man bin Basyir, dia mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Engkau lihat orang-orang mukmin dalam h
al saling menyayangi, saling mencintai dan saling berbelas kasihan, adalah laksana satu tubuh, jika salah satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan merasa susah untuk tidur dan demam. (HR. Bukhari-Kitab Adab)

Fakta Ilmiah:

Penyelidekan-penyelidekan moden yang intensif dan berterusan telah mengungkap fakta yang mengkagumkan mengenai interaksi antara organ-organ tubuh manusia ketika diancam bahaya seperti kecederaan atau sakit. Kajian juga menemui strategi dan tindakbalas fungsi yang diambil oleh organ-organ diseluruh tubuh setiap kali apabila salah satu organ menderita akibat cedera atau sakit, dan tindakbalas ini berbeza-beza mengikut keadaan kecederaan.

Apabila saja jangkitan atau kecederaan berlaku, pusat deria mula menghubungi pusat-pusat kawalan dan pengawasan di hipotalamus. Panggilan ini merangsang pada kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon yang merangsang pula kepada seluruh kelenjar endokrin untuk mengeluarkan hormon mereka, yang mendesak semua organ tubuh untuk menyelamatkan organ tubuh yang terancam tersebut.

Oleh kerana itu, ia adalah suatu aduan yang nyata, dan panggilan yang benar , bukannya satu metafora. Panggilan ini bererti bahawa setiap bahagian dari tubuh menggunakan tenaga paling tinggi untuk menyelamatkan bahagian tubuh yang terancam. Jantung, contohnya, mula berdegup lebih cepat untuk membantu darah beredar dan mencapai organ yang terluka.

Pada masa yang sama, pembuluh darah di organ terluka akan menguncup, sedangkan saluran darah di bahagian tubuh yang lain mengembang untuk menghantar jumlah tenaga, oksigen, antibodi, hormon, dan asid amino yang diperlukan ke bahagian yang terluka untuk membantu melawan jangkitan atau kecederaan dan untuk menyembuhkannya dengan cepat.

Tubuh mulai menjadi lemah,akibat memecah sebahagian daripada lemak dan protein yang disimpan, bagi memberikan bantuan pada organ yang terluka. Proses ini berterusan sehingga reda proses penyelamat iaitu di saat kecederaan atau penyakit terkawal, dan tisu dan sel yang terkena jangkitan/cedera dapat disembuhkan.

Panggilan dari bahagian terluka atau dijangkiti menyerupai panggilan nyata untuk bantuan; tempat yang tercedera mengeluarkan denyutan saraf ke pusat-pusat deria dan pengawasan dari otak; Malah, beberapa zat kimia dilepaskan semasa titisan pertama tumpahan darah atau ketika suatu tisu terkoyak. Kemudian, semua organ tubuh bertindakbalas untuk memberikan bantuan untuk organ yang tercedera/dijangkiti bersesuaian dengan keadaan kecederaan atau penyakit.

Aspek Ketulinan Saintifik

Apa yang disebutkan dalam hadis di atas sebenarnya berlaku, kerana semua organ tubuh memberikan isyarat kepada satu sama lain untuk menyelamatkan organ yang dijangkiti/tercedera dan umat Muslim juga harus seperti itu: Apabila suatu daerah mengalami pencerobohan , seluruh umat perlu menghubungi satu sama lain untuk datang memberi bantuan kepadanya.

Anda tidak akan dapat menemukan perkataan yang lebih tepat dari perkataan ‘Tada’a’ untuk menggambarkan kesakitan pada suatu organ, yang didalamnya terkandung aspek linguistik, retorik, dan ketulinan pada masa yang sama.

Nabi SAW memberitahu kepada kita apa yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh manusia tanpa menggunakan sebarang perkakasan/peralatan dan menggunakan kata-kata yang fasih dan kalimat yang retorik.

Apa yang lebih mengkagumkan adalah kenyataan bahawa nama yang diberikan oleh doktor kepada sistem saraf yang berinteraksi semasa tubuh dijangkiti atau terluka adalah: saling mencintai, kasihsayang, dan belaskasihan, yang merupakan kata-kata sama yang digunakan oleh Nabi SAW di dalam hadis tersebut

Maha Besar Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar lagi unggul, dan Allah yang membantunya dengan mukjizat dan kefasihan.

Terjemahan Artikel: THE DISTRESS CALL WITHIN THE BODY
Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah

http://www.eajaz.org/

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=3057

0 comments:

Post a Comment