Wednesday, August 10, 2011

Tips- tips Berpuasa yang diajar Rasullulah




Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu. 



Rasulullah s.a.w Bersahur

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: 

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur 
(HR: Muslim)

Rasulullah Menyegerakan Berbuka 

Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. 

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: 

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: 

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata: 

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.

http://www.dennysantoso.com/wp-content/uploads/2010/08/Kurma.jpg
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma 

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Tidur Qailulah

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.

http://kamalmustafa.com/wp-content/gallery/tahukah-anda-bahawa/tab-lidah.jpg
Menjaga Lidah

Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani: 

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcdqVkdUvVSz0-eTzxSVTFVRRroBY1ilp5HAWYy87ah6WwBtxZ8hGfyKiiGtpEe3SSollAa9nD4Wyrm_diAUbwl2E0zn04b4gYYXRTAJQvXKIg-UOQWwbGWFt2gMYMk_rgoIJFDjuYSKU-/s320/gambar-sedekah1.jpg
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.

Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

1.    Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
2.    Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).

Doa Ketika Berbuka Puasa

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.

Saturday, August 6, 2011

Kurma, makanan pilihan Al Quran



Salam kawan2, harini, zul nk cerita tentang Kurma, masa bulan puasa je kan kita layan kurma ni, sebenarnya banyak sangat2 hikmah dan kebaikan kurma, Nabi Muhammad juga mengamalkan kurma dalam kehidupan beliau. Kita semua tahu dalam sunnah ada hikmah, kebaikan, pahala jika mengamalkanya dan sebagai orang islam kita dituntut mengikut al Quran dan Sunnah, berikut adalah kebaikan yang ada dalam Kurma

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim:no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien Kurma
Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma
Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit
Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik
Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin
Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan
Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ‘al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan
Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir
Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah).

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran.




Thursday, August 4, 2011

Adab minum Rasulullah


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabi (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut “Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
minum susu Adab Minum Rasulullah
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Tuesday, August 2, 2011

Ceramah Nabi Muhammad SAW tentang bulan Ramadhan


 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Assalamu'alaikum,




               Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat dinanti-nantikan kehadirannya oleh umat Islam, kerana dalam bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik bagi meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah (bulan yang penuh keberkatan), bulan maghfirah (bulan keampunan), sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya pelbagai ibadah dapat dilakukan, iaitu ibadah puasa, solat , zakat, bersedekah, bertadarrus al-Quran, berzikir dan lain2 dan pahalanya pula dilipatgandakan.


Menjelang kedatangan ramadhan Rasulullah saw. berkhutbah kepada para sahabat dan umat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan bersungguh2 serta berharap dengan sungguh2 kepada Allah swt akan keberkatan Ramadhan.


Berikut adalah sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan.




               Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah.




            Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Dalam bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.




         Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan pada hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin.



              Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu daripada apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu daripada apa yang tidak halal kamu mendengarnya.




              Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah akan dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih.




                Dia menjawab kepada hambaNya ketika mereka menyeruNya, Dia menyambut hambaNya, ketika mereka memanggilNya, dan Dia mengabulkan permintaan hambaNya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!




          Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu iaitu memperbanyakkan solat sunat (antaranya ialah solat Tarawih).




               Ketahuilah! Allah swt bersumpah dengan segala kebesaranNya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin (pada hari kiamat nanti).



Wahai manusia!


               Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa pada bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan dia diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah saw menjawab, : "Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air".



Wahai manusia!


                Barangsiapa yang mempercantikkan akhlaknya pada bulan ini dia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari itu, banyak kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan ke atasnya pada hari Kiamat.




                 Barangsiapa menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa denganNya.




                Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silatuarahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari dia berjumpa denganNya. 


                 Barangsiapa melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan daripada api neraka.




                Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu daripada ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.




Wahai manusia!


              Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar syaitan tidak akan lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib ra berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama pada bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri daripada apa yang diharamkan Allah."



Inilah sebahagian daripada khutbah Rasulullah saw yang dibacakan menjelang bulan Ramadahan. Baginda sedar betul akan kemuliaan bulan Ramadhan ini, bulan Ramadhan bukan sahaja diwajibkan kita berpuasa tetapi bulan yang padanya diperuntukkan banyak keberkatan.




Marilah menghayati isi khutbah ini agar puasa dan akitiviti kita dalam bulan Ramadhan tahun ini bertambah baik daripada tahun2 sebelumnya, dan semoga berkekalan sehingga tahun2 berikutnya.

Sumber : SINI 


Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan!

Thursday, July 28, 2011

walaupun hangus, Alquran tetap terselamat....

Slm, apa khabar semua, Alhamdulillah, bersyukur atas rahmat, limpah kurniaNYA, zul dah berkerjaya sekarang, jd Marketing officer kat Genting View Resort, selepas berusaha pergi pelbagai interview, masa dapat pulak, dapat sekali tiga offer, and another offer comes from Management trainee UMW toyota dan Jusco. eh harini zul nak berkongsi pasal AlQuran yang masih terselamat dan utuh walaupun kereta hangus terbakar.......

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan


Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan



Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

kagum tak? ha, itulah kekuasaan Allah, Allah juga pernah berfirman, AlQuran itu kitab suci yang akan terpelihara sehingga ke hari kiamat, bukan macam kitab-kitab lain yang telah diselewengkan oleh manusia demi kepentingan sendiri dan harta, pangkat di dunia... Pada suatu masa nanti, ketika sebelum tibanya kiamat,semua hafiz akan dimatikan dan AlQuran akan di angkat ke Langit.