slmt tahun baru hijrah kpd sme, semoga tahun baru ini kita berhijrah dari yg buruk kepada yg lebih baik,
nabi muhammad s.a.w dulu berhijrah dari mekah ke madinah untuk menegakkn syiar islam dan mendirikan negara islam yg pertama didunia,mereka sanggup meninggalkn segala harta, keluarga, pangkat dan kekayaan untuk kejayaan islam yg kita nikmati pada hari ini
ramai org kafir yg mengatakan nabi muhammad itu pengecut kerana tidak berhijrah secara terang2an seperti yg dilakukan oleh saidina umar r.a yg pergi ke satu tempat di mekah dan mengatakan sesiapa yg ingin melihat istrinya kehilangan suami,ibunya kehilangan anaknya dan anak2nya kehilangan bapanya sila halang sy untuk berhijrah ke madinah pd tempat sekian n masa sekian
tp nabi kita berhijrah ke madinah dgn cara yg sgt2 tersusun dan teratur supaya umatnya berhijrah dengan menggunakan akal, contohnya apabila rumah nabi dikepung,nabi memerintahkan saidina ali r.a mengantikan tempat tidur baginda supaya dapat melambatkan masa untuk mengejar nabi yg dalam perjalanan ke madinah
nabi juga menyorok di gua hira' bersama2 sahabat baiknya saidina abu bakar, untuk mengelakkn ditangkap oleh org quraish, dan bekalan makanan sentiasa dihantar oleh anak saidina abu bakar
semua ini memerlukan perancangan yg teliti dan hebat memandangkan nabi itu sendiri adalah org yg dikehendaki di mekah, sesiapa yg dapat membunuh nabi, pasti akan mendapat habuan yg banyak
jd marilah kita berkorban,merancang dan berusaha bersungguh2 untuk berhijrah untuk menjd lebih baik,semoga berjaya kwn2, semoga kita sma2 berjaya berhijrah ke arah kejayaan,
amin yarabbal alamin
0 comments:
Post a Comment