al-Massih ad-Dajjal (The Anti-Christ & The False Messiah) .
Dajjal adalah makhluk 'wujud' dan diciptakan oleh Allah SWT dengan kebijaksaan-Nya dan Allah SWT telah mengurniakan Dajjal kuasa yang menakjubkan. Dajjal telah dicipta semenjak penciptaan Adam a.s. dan Dajjal akan dilepaskan semasa akhir zaman (telah dilepaskan di zaman kehidupan Rasulullah SAW). Dajjal mempunyai dua misi utama iaitu misi umum dan misi spesifik. Misi umum ialah untuk menguji semua manusia iaitu menguji tahap keimanan umat Islam. Mereka yang gagal dalam ujian Dajjal akan menuju ke dalam api neraka. Ujian Dajjal merupakan satu ujian yang sangat susah dan ia diberi perkhabaran oleh setiap Nabi dan Rasul sejak dari penciptaan Adam a.s lagi. Fitnah Dajjal merupakan fitnah yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia sejak dari zaman umat Nabi Adam a.s hingga zaman umat Nabi Muhammad SAW. Misi spesifik Dajjal pula ialah untuk menyamar sebagai al-Massih (The Messiah) dalam usahanya untuk menyakin Bani Israel bahawa dialah al-Massih (The Messiah)
Untuk memahami Dajjal dan kapasitinya sebagai al-Massihu Dajjal, kita hendaklah memahami terlebih dahulu siapakah itu sebenar al-Massih. Selepas Bani Israel telah tinggal dan menghuni di Tanah Suci dan selepas Nabi Daud a.s menubuhkan Negara Israel (Nabi Daud merupakan seorang muslim dan negara Israel ini adalah Islamik) juga selepas Nabi Sulaiman a.s mengangkat Negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang terunggul yang pernah disaksikan dalam sejarah dan juga selepas Bani Israel melalui Zaman Kegemilangan-nya, mereka kemudiannya telah melakukan kemungkaran iaitu melanggar perintah Allah SWT dengan melakukan banyak dosa terhadap-Nya. Lantas, Allah SWT menghalau mereka keluar dari Tanah Suci. Surah ke-17 dalam al-Quran menceritakan tentang ini:
"Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu, kamu pasti berbuat fasad (kerosakan) di muka bumi ini DUA KALI.." (al-Quran, 17:4)
Jelas bahawa DUA KALI Bani Israel akan berbuat kerosakan. Mereka telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan di Tanah Suci. Justeru Allah telah menghantar tentera Babylon untuk memusnahkan Negara Israel dan membawa Bani Israel kepada perhambaan di Babylon (kini Iraq). Jadi, Zaman Kegemilangan (I) telah berakhir dan Bani Israel telah meratapi kesedihan di Sungai Babylon. Allah SWT telah mengutuskan para Nabi dan Rasul dan di kalangan para Nabi itu bernama Nabi Daniel yang merupakan tokoh yang amat penting. Apabila Nabi Daniel diutuskan kepada Bani Israel di Babylon, nabi ini telah menyampaikan janji daripada Allah kepada Bani Israel bahawa Allah akan mengutuskan seorang Nabi yang istimewa untuk mereka kerana Nabi ini akan mengembalikan semula Zaman Kegemilangan (II) (Zaman Kegemilangan I sebelum ini adalah semasa Pemerintahan Nabi Sulaiman a.s yang pernah memerintah Dunia). Dan apabila Nabi ini diutuskan, Fungsi Nabi ini adalah untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan dan seterusnya memerintah Dunia dari Jerusalem. Nabi yang istimewa ini yang akan diutuskan untuk Bani Israel ialah al-Massih. Di dalam usaha untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan (II) Bani Israel, terdapat 4 implikasi untuk membolehkan janji itu tercapai ialah:
1) Beliau hendaklah memerdekakan Tanah Suci daripada pemerintahan bukan Yahudi kepada pemerintahan Yahudi.
2) Beliau haruslah membawa Bani Israel kembali ke Tanah Suci.
3) Beliau hendaklah membangunkan kembali Negara Israel.
4) Negara Israel itu mestilah berkembang menjadi kuasa pemerintahan dunia supaya al-Massih boleh memerintah dunia dari Jerusalem.
Hanya dengan itu sajalah Zaman Kegemilangan (II) seperti era Nabi Sulaiman a.s akan berulang. Allah SWT telah menunaikan janjiNya dengan menghantar al-Massih iaitu Isa a.s sebagai utusan-Nya, akan tetapi, Bani Israel telah menolaknya. Terdapat sesetengah Yahudi yang menerimanya dan ada juga yang menentangnya. Punca penolakan Isa a.s sebagai al-Massih adalah kerana Bani Israel menganggap bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah (wa'iyazubillah) kerana kononnya ibu Nabi Isa a.s, Maryam melahirkannya tanpa suami. Bani Israel telah menolaknya kerana mendakwa bahawa kononnya anak luar nikah tidak boleh menjadi al-Massih. Dan apabila mereka melihat kononnya Isa a.s mati disalib, segala-galanya telah pasti bahawa walaupun beliau sendiri mendakwa diri beliau sebagai al-Massih tetapi Rabbi Yahudi telah menolaknya, Bani Israel percaya bahawa beliau (Isa a.s) bukanlah al-Massih kerana, Pertama, pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Tanah Suci belum dimerdekakan lagi di bawah pemerintahan empayar Rom. Kedua, pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Negara Israel belum dibangunkan semula. Ketiga, pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Negara Israel masih belum menjadi kuasa pemerintahan dunia dari Jerusalem.
Jadi, oleh sebab itulah mereka menanti-nantikan kedatangan al-Massih yang sebenar sedangkan apa yang diketahui umum bahawa Nabi Isa a.s adalah al-Massih yang sebenar. Nabi Isa a.s sebenar tidak disalib seperti apa yang mereka dakwa kerana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran (4:157) bahawa Allah memperlihatkan kepada mereka yang beliau telah disalib dan Allah SWT mengangkat Nabi Isa a.s kepada-Nya membuktikan bahawa Nabi Isa a.s masih hidup dan belum mati seperti yang didakwa Bani Israel. Buktinya, Nabi Isa a.s akan kembali ke dunia suatu hari nanti untuk merasai al-Maut yang tidak pernah dirasainya. Memandangkan mereka masih menanti-nanti kedatangan al-Masih, Nabi Muhammad SAW telah memaklumkan kepada kita bahawa Allah SWT akan menghantar suatu makhluk (manusia luar biasa) pada akhir zaman nanti yang akan menyamar sebagai al-Massih dan menyakinkan kepada kaum Yahudi bahawa dia akan mengembalikan Zaman Kegemilangan (II) kepada Bani Israel. Walaubagaimanapun, mereka (Bani Israel) telah ditipu oleh makhluk tersebut kerana dia bukan al-Massih yang sebenar. Makhluk itu sebenarnya adalah Dajjal.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Dari Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang 'buta' matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga (sungai) dan Neraka (api). Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Setiap rasul utusan Allah telah memberi amaran kepada kaumnya tentang Dajjal. Tapi tiada seorang Rasul yang pernah berbicara tentang Dajjal secara fizikal. Ia 'disimpan' sehinggalah kepada Rasul yang terakhir untuk memberitahu rupa dan fizikal Dajjal. Dajjal seorang lelaki yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan tegap, agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun. Mata kanannya 'buta' kelihatan seperti anggur yang terbonjol keluar. Apakah kepentingan tentang lelaki bermata satu ini? Lelaki bermata satu boleh melakukan perkara yang luar biasa. Dajjal mempunyai perkataan kafir ditulis diantara matanya dan dahinya. Setiap mukmin akan mampu membacanya samada mereka boleh membaca dan menulis atau mereka tidak boleh membaca dan menulis, mereka pasti dapat membacanya. Sekarang sudah jelas, mereka bukannya membaca dengan mata fizikal kita. Adakah kita mempunyai mata lain selain mata fizikal dikepala..? Apabila kalian mampu menjawab soalan ini maka kalian akan mampu memahami asas strategi Dajjal. Dajjal melihat dengan satu mata, menandakan bahawa Dajjal hanya mempunyai penglihatan luaran. Oleh itu, apa yang kita tahu hanya datang dari apa yang kita lihat. Dajjal buta mata kanannya sebenarnya menandakan bahawa Dajjal 'buta hati'.
al-Quran pernah menyatakan bahawa:
"apabila hati seseorang yang beriman dan Allah akan menitipkan cahaya kepadanya, hati itu mampu melihat dan mendengar"
Apabila Dajjal melaksana misinya (4 Peringkat yang saya nyatakan tadi), tugasnya ialah membawa manusia kepada penyakit buta hati. Mereka hanya melihat dengan penglihatan luaran. Dajjal datang dengan sungai dan api, tetapi sungainya adalah apinya dan apinya adalah 'air sungai yang sejuk'. Barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam sungainya, akan bertambah dosanya dan barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam apinya, akan dilepaskan dari beban dosa. Dengan kata lain, zaman Dajjal zaman di mana penampilan dan realiti adalah berlainan sama sekali antara satu sama lain. Sekiranya penilaian dibuat berdasarkan kepada pemerhatian luaran, tetapi realiti dalamannya adalah sesuatu yang berlainan. Jadinya penilaian yang dibuat itu boleh jadi salah. Berdasarkan apa yang kalian lihat melalui penampilannya, pada zaman Dajjal, kalian akan tersilap dan tertipu kerana realiti adalah bertentangan dengan penampilan. Tetapi pada akhir zaman ini lah, golongan yang mampu 'menembusi' penampilan luaran sesuatu perkara, untuk mengenalpasti realiti sebenarnya dan dengan itu mereka tidak akan tertipu adalah mereka yang hatinya berada dalam keadaan itu. Perumpamaannya, samada berjanggut, berserban, mungkin berada di masjid 5 kali sehari, tetapi mereka juga mungkin tidak mempunyai apa-apa langsung di dalam hatinya, jadinya dia juga tidak mampu melihat. Tetapi apabila hati kembali kepada Allah, apabila hati berserah kepada Allah dan apabila hati berkata 'Aku hidup kerana-Mu! Aku mati kerana-Mu. (al-Quran, 6:162)' ... maka Allah SWT akan menitipkan Nur kedalam hati itu. Dan apabila orang itu melihat dengan Nur.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Bertaqwalah mengikut firasat mukmin yang sejati kerana apabila dia melihat, dia melihat dengan Nur Allah"
(Sunnah ar-Tirmidzi)
Jadinya, ini adalah strategi Dajjal untuk membawa manusia kepada penyakit buta hati. Jadinya, mereka akan tertipu dan penilaian yang mereka buat juga salah. Mereka diuji dan mereka gagal dalam ujian Dajjal.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."
Pada pendapat Sheikh Imran Hosein, ia merujuk kepada revolusi feminis moden yang berjuang atas nama kebebasan wanita. Apabila kita melihat revolusi feminis di tempat kerja, intipati utamanya revolusi feminis adalah pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita untuk mengambil alih tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan utama mereka. Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan 'tidak' kepada semua ini. Mereka mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. rujuklah al-Quran.
Allah berfirman maksudnya: "Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), Demi siang apabila terang benderang, Demi penciptaan laki-laki dan perempuan, Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam".
Surah al-Lail (92:1-4)
Penciptaan malam dan siang sama seperti Allah menciptakan laki-laki dan perempuan. Allah SWT mahu siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal sebagai malam. Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza. Jika dilihat kepada revolusi feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya.
Itulah hakikat masa kini. fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya.
*Sheikh Imran Hosein mengingatkan kita semua untuk serius dan tidak mengambil mudah akan bahaya fitnah ini.
0 comments:
Post a Comment