Thursday, May 5, 2011

kisah pertemuan tamim ad-dari dengan dajal


 Salam... apa khabar kawan2, semoga baik-baik selalu, harini zul nk cita pasal dajal.. n post2 berikutnya juga zul nk cerita pasal dajal laknatullah nih... sebab apa.. cuba kwn2 tgok dunia skang yg dah huru hara.. xtau yg mana yg betul, yg salah.. ugama mcm dah tkda dalam jiwa kitaorg lebih pentingkan keduniaan.. kalau kita tgok kt dunia sekarang.. umat islam disembelih..diainiaya, dirogol, dibunuh, fitnah berleluasa..org mempermainkan, memperkotak katikkan hukum ALLAH. USA dan israel semakin menjadi-jadi. tahukah anda semua disebalik semua ni, Dajal dan Iblis laknatullah bersama yahudi dan pencacai-pencacai yang menjual segala-galanya demi dunia, termasuklah agama, bangsa, negara, maruah, orang cakap, untuk berjaya dalam perang menentang mereka, kita mesti mengenali mereka terlebih dahulu.. ingatlah.. sebesar-besar fitnah di dunia ini adalah fitnah dajal.....


 Hadis Sahih Muslim @ Hadis Tamim ad-Dari. (Manifestasi kemunculan al-Massih ad-Dajjal)



  Hadith Sahih ini diriwayatkan oleh Amir  Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais  dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW.  Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini  dalam bentuk cerita.



 Pada suatu hari, selepas menunai  solat fardhu, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada  semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. "Aku akan  memberitahu kalian tentang apa yang pernah aku katakan dahulu, telah  diberi kepastian oleh seorang pemuda". Baginda SAW menceritakan tentang  pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang  baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan  oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh  Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.



 Pada  suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan  Juzdam mengharungi lautan (Sheikh Imran memberi pendapat bahawa laut itu  adalah Laut Mediterranean berdasarkan tempoh yang panjang untuk  menjumpai daratan) dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung  badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau  misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau  itu dengan menaiki perahu kecil. (Sheikh Imran berpendapat bahawa Pulau  itu adalah Britain)



Setibanya mereka sampai di pulau  tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang  yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana  satu bahagian belakang dan depan binatang itu.

 “Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.

“Akulah  pengintip rahsia (iaitu Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu.  (Jassasah ialah apa yang kita anggap selama ini sebagai Bigfoot)

“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.

“Tak  usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang  berada di dalam biara (monastri) kerana ia sangat merindukan berita dari  kamu”, jawab binatang itu lagi.

Mereka pun pergilah ke  biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai  sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya  dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku  lalinya.

“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.

“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.

“Kami  adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami  dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu  ini”, jawab mereka.

Setelah mendengar penjelasan mereka,  makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma  di Baisan. Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.

“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.

“Sesungguhnya  hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah  (Sea of Galilee)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.

“Airnya masih banyak.” jawab mereka.

Lalu  dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”. Kemudian dia  bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zughar? Apakah masih ada  airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air  itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.

“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.

“Bagaimanakah  dengan nabi orang-orang ummiyin (yakni Nabi Muhammad SAW)? Apakah yang  dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”

“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.

“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.

“Dia  telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir  semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka  menjawab.

“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.

“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.





Lalu makhluk itu berkata:

“Kalau  mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku  ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal.  Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti  aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah  kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali  Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku  dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal  kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang  menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.

 Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Tahiyibah!!  Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah  sampaikan berita ini kepada kamu semua?”

“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.


0 comments:

Post a Comment