Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus
dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke
Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab
dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai
juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk
di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan
Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu
didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?,
kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan
dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk
cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar
sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu
juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta
cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai
anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti
kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada
Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka
menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.",
tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di
Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu
Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga
berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya
yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan
kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga
kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka
lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada
Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat
tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di
alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui
hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi
Allah...
-f.e-
0 comments:
Post a Comment