JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya Isnin lalu dengan melemaskan anaknya dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat, bagi melindungi hubungannya bersama dua lelaki daripada terbongkar.
Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan pecah.
Namun, rahsianya tidak bertahan lama apabila orang ramai yang merungut bau busuk dari tandas berkenaan membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput.
Sumber polis semalam berkata, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat disumbat dengan kuat ke dalam tangki pam.
Beliau berkata, lima hari lalu, dia dikatakan ke sekolah memandu berkenaan bagi menduduki ujian memandu, tetapi tergesa-gesa keluar dari kenderaan dengan alasan untuk ke tandas kerana sakit perut.
Difahamkan, ketika kejadian, dia berada hampir dua jam dalam tandas kononnya kerana membuang air besar dan orang ramai tidak mengesyaki sebarang perkara pelik.
Bagaimanapun, dia sebenarnya melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki berkenaan.
"Selepas hampir dua jam dalam tandas, dia keluar dari tandas dan meminta bantuan seorang pekerja sekolah memandu itu untuk mendapatkan beg plastik sebelum kembali semula dalam tandas dengan alasan perutnya kembali memulas.
"Dipercayai dia menggunakan beg plastik berkenaan untuk membungkus bayi baru dilahirkan itu sebelum dimasukkan dalam tangki pam berkenaan dan terus beredar," katanya.
Difahamkan, dia sudah ditahan polis untuk membantu siasatan, manakala polis sedang menjejaki dua lelaki yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sulit dengannya.
sebelum ni kita dikejutkan dengan berita pembunuhan anak luar nikah, tetapi semakin hari kita mndengar berita yg semakin menyedihkan, org2 semakin kejam dan tidak berhati perut ape pndapat pembaca bila mengetahui berita ini? anak yg dikandung selama 9bln selepas die hidup, dilemas kan didalam tandas di tekan2 hingga badannya remuk dan pecah, apa salah bayi itu hingga diperlakukan sedemikian rupa? bayangkan bayi yg comel tampa ada dosa di lemaskan, ditekan2 smp remuk dan pecah,terlalu sedih zul bila membayangkan betapa mereka sggp berbuat demikian,org lain ada yg terlalu lalu susah mendapatkan anak, beri lah kpd yg memerlukanya, ya allah~ kau berilah pembalasan yg setimpal kpada pembunuh bayi ini dan dimasukan ke neraka jahannam
3 comments:
aduiii...sedey nye !! x ade hati perut....~~~
manusia nie mmg mcm tu....dah r wat dosa ngn maksiat....dah tu, p tambah dosa lg dgn bunuh anak lak...klu ya pon xnk jaga, blah kat org len ke, anta umah ank yatim ke...nie x...p bunu plak..dh tu, dlm lubg najis lak...masyaAllah...berani sunguh mereka nie...klu mreka nie dr islam, lagilah den sodeh....hurmmmm...sgt2 xptt....
tu ah kita dh akhir zaman
Post a Comment