Wednesday, August 24, 2011

Malam Lailatul Qadr


Salam kawan-kawan.... bertemu lagi kita dalam blog yang tak seberapa nih... ni pun tengah bertugas n cari masa sikit-sikit untuk nak update blog, apa macam raya? dah banyak persiapan? dah beli baju raya?

huhu dalam sibuk-sibuk kita nak menyambut hari raya nih, tahu tak kita Umat Islam, Umat nabi Muhammad dikurniakan satu malam amalnya bersamaan dengan seribu bulan?Nabi kita telah berdoa untuk umatnya kerana cemburu dengan umur umat yang lain kerana dikurniakan umur yang panjang untuk beribadat kepada Allah

Salah satu keistimewaan bulan Ramadhan adalah adanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu Lailatul Qadr. Apakah sebenarnya Lailatul Qadar ini?Bilakah datangnya? Apa tanda-tandanya? Mengapa orang mencarinya? Dan apa yang perlu dilakukan ketika kita menemuinya? 

Tulisan di bawah ini semoga boleh membantu dalam memahami lebih jauh tentang Lailatul Qadar dan bagaimana untuk menemuinya. 

Allah Ta 'ala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?
Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5) 

Allah memberitahu bahawa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh keberkatan. "Sesungguhnya Kami menurunkan (alQur'an) pada suatu malam yang diberkati." (Ad-Dukhaan: 3) Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta 'ala: "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran 'an. "(Al-Baqarah: 185). 

Ibnu Abbas-radhiallahu 'anhu-berkata: 

"Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul 'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara berangsurangsur kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun. " 

Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta 'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lain-lain selama satu tahun, sebagaimana firman Allah: "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah." (Ad-Dukhaan: 4) 

Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim: "Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?" Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya: "Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan. " 

Beribadah di malam itu dengan ketaatan, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya sama dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu lain. Seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan. 

Lalu Allah memberitahu keutamaannya yang lain, juga berkahnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam.
Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah.Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya: "Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar" (Al-Qadar: 5) 

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada kejelekan di dalamnya, hingga terbit fajar. Di malam itu, para malaikat-termasuk malaikat Jibril - mengucapkan salam kepada orang-orang yang beriman. 

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Baginda bersabda: "Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. "(Hadits Muttafaq 'Alaih) 

Adapun maksud qiyamul lail di dalamnya iaitu menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, solat tahajjud, membaca Al-Qur'anul Karim, dzikir, do'a, istighfar dan taubat kepada Allah Ta 'ala. 

Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan." (HR. Al-Bukhari, Muslim) Dan di kesempatan lain beliau bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Al -Bukhari, Muslim dan lain-lain). 

Yang dimaksudkan dengan malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan. 

Lalu pada bila tarikh pasti lailatul qadar terjadi? Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah telah menyebutkan empat puluhan pendapat ulama dalam masalah ini.Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun (Fathul Bari, 4/262-266). 
Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima, itu semua bergantung kehendak dan hikmah Allah Ta'ala. Wallahu a'lam. 

Para ulama mengatakan bahawa hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tarikh pasti terjadinya lailatul qadar adalah agar orang bersemangat untuk mencarinya. Hal ini berbeza jika lailatul qadar sudah ditentukan tarikh pastinya, justeru nanti malah orang-orang akan bermalas-malasan. 

"Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya? "Beliau menjawab," Katakanlah: 'Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anni' (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku). "(HR Tirmidzi, Ibnu Majah 

1. Udara dan angin sekitar terasa tenang. 
Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan." (HR Al Baihaqi) 

2. Malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain. 

3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat. 

4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar [yang menyilaukan]. Dari Ubay bin Ka'ab, ia berkata, "" Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah, pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang menyorot. "(HR Muslim) 

Lailatul qadar adalah malam yang penuh berkat. Barangsiapa yang terluput dari lailatul qadar, maka dia telah terluput dari seluruh kebaikan. Sungguh rugi seseorang yang luput dari malam tersebut. Seharusnya setiap muslim mencamkan baik-baik sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, 

"Di bulan Ramadhan ini terdapat lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan terlepas dari seluruh kebaikan. "(HR. Ahmad 2 / 385) 

Semoga bermanfaat.

Saturday, August 20, 2011

Kisah solat terawikh




Maksud Tarawih dari bahasa ialah berasal dari perkataan tarwihah yang bermaksud satu kali istirehat. Solat Tarawih pada istilah ialah solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan Solat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat Sunat Tarawih.

Kelebihan yang paling besar dikurniakan Allah swt kepada orang yang mengerjakan solat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sejarah Solat Tarawih ialah bermulanya di Masjid Nabawi, ketika mana malam pertama Ramadhan Nabi Muhammad saw mengerjakan Solat Tarawih dan diikuti oleh sahabatnya yang berada di masjid tersebut. Malam kedua Nabi Muhammad saw mengerjakan lagi Solat Tarawih dan diikuti lebih ramai lagi para sahabatnya. Pada malam ketiga lebih ramai lagi para sahabatnya menunggu Nabi Muhammad saw untuk mengerjakan Solat Tarawih, tetapi Nabi Muhammad saw tidak hadir pada malam tersebut. Pada keesokkan harinya, para sahabat bertanya kepada Rasulullah akan hal tersebut. Rasulullah menjawab kuatir Solat Tarawih tersebut diwajibkan. Peristiwa ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud :

"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

Rakaat Solat Tarawih

Ulamak dari empat mazhab bersepakat bahawa Solat Tarawih mempunyai 20 rakaat tidak termasuk dengan witir. Hujah ini berdasarkan kepada :
  1. Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.
  2. Hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' . Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat.( 20 rakaat Tarawih dan 3 Rakaat Witir)
Pendapat dari ulamak muktabar Tentang Rakaat solat Sunat Tarawih ialah :
  1. Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik mengatakan bahawa : "Bahawa Solat Tarawih itu 20 rakaat dilaksanakan selepas solat Isyak dan salam setiap dua rakaat selain witir.Solat Tarawih itu sunat dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jamaah yang mendirikan Solat Tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada Solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."
  2. Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa :“Solat Tarawih itu berjumlah 20 rakaat berdasarkan ijma para sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh benar adanya daripada Ubai bin Kaab bahawa beliau Solat Tarawih dengan 20 rakaat bersama umat Islam tanpa ada perselisihan pendapat daripada para sahabat."
  3. Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad memilih 20 rakaat selain witir."
  4. Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa Solat Tarawih berjumlah 20 rakaat dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima tarwihat (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat rakaat dengan terdiri dua salam."
Jelas daripada semua pendapat ulamak di atas mengatakan bahawa Solat Tarawih mengandungi 20 rakaat. Hal ini tidak menjadi masalah kalau ada orang yang tidak mampu mengerjakan 20 hanya mengerjakan 8 rakaat. Dalam hal ini juga tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu berbalah atas alasan Rasulullah tidak melaksanakan Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid. Ini semua hanya masalah furuk sahaja dan tiada dalil yang mengaharamkan atau mewajibkan perbuatan tersebut. Bergantung kepada kemampuan semua orang, jika mampu laksanakan 20 rakaat, maka lakukanlah 20 rakaat, kalau tidak mampu cukup hanya dengan 8 rakaat sahaja.

Wednesday, August 17, 2011

Incredible Fruit And Vegetable Art

Huhu in this fasting month, every food we see is mouth watering... huhuhu please be patient.. the open fasting time only a few hour to go, so i provide mouth watering picture of Fruit and vegetable art, Till then see u for the next post ;)

Saturday, August 13, 2011

Buat Hawa ku

Hawa ku------------>>>
Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan.....
Walau aku pemimpin Khalifah bagi mu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.....
Nafsu ku satu, akal ku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di
luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi,lemas dalam
lautan sendiri.......
Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya,
kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki hebat, berdiri seorang wanita hebat.......

Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri.......
Justeru,ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh.....
Ingatakan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandu mu.....ke syurga al-Jannah.......
Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup ku sentiasa aman.... Bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku...... Aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurga mu.....
Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milik mu.....

Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana......
Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak...... Aku suka jika bidadari sentiasa mengejar kebahagian ukhrawi..... Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu....
Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah......
Aku suka jika kau pandai berdikari,agar kelak kau mampu berdiri sendiri.....
Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebai-baik hiasan dunia.....
Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga diri mu tidak terlalu murah..... Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar'a fatonah.... Peliharalah agama seperti mana aurat mu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa..... Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah..... Agar kelak tidak dipandang lemah....
Mesti kau dicipta daripada rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut.... menghayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah..... Oleh itu, ingatlah aku Adam mu yang sering leka dan alpa.....
Kelak Hawa ku ini bakal menemani ku menghuni al-Firdaus.....



huhu warkah buat isteri ku... ;)