Tuesday, May 18, 2010
hati...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
marilah kita sama2 bersangka baik dan memperbaiki dan mencuci hati kita supaya seperti sabda nabi kita Muhammad s.a.w didalam badan kita ada sekeping daging, baik daging itu, baiklah seseorang itu..
Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
diantara cara membersihkan hati kita ialah sentiasa bersangka baik dan sentiasa bertaqwa kepadaNYA
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. dan bila diri dikawal kemarahan pastilah senang syaitan menghasut untuk melakukan kejahatan bagi memuaskan hati yang sedang marah
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat iblis. Hasad dengkilah yg menyebabkan iblis pada suatu ketika dahulu antara hamba yang sentiasa beribadat kepada ALLAH dan mempunyai darjat yang tinggi tetapi menjadi hamba yang derhaka dan di benci kerana enggan sujud kepada nabi Adam as. dan menjadi hamba yang paling jahat disebabkan hasad dengki.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.bukan 100% hak seseorang, tetapi juga untuk diagih2kan kepada yang memerlukan
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (bersabar dalam segala2nya dan apabila kita bersabar,ketika ujianNYA insya allah kita akan diberi ganjaran yang besar ;))
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
bersederhanalah dalam semua perkara dan nabi Muhammad s.a.w sendiri amat bersederhana orangnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. selain itu kita hendaklah sentiasa berdoa kepada yang MAHA ESA,dan sentiasa bertasbih, memuji2 NYA, dan sentiasa mengingatiNYA ingat lah dunia ini tempat sementara, dan tiada yang lebih lengkap,dan lebih hebat selain dariNYA dan ingatlah jangan lah kita Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak kerana sifat2 inilah akan membawa kita ke dosa2 lain dan kita cuma hamba yang bersifat lemah.. didunia ini adalah tempat persinggahan sementara dalam mengumpul amalan,diakhirat jualah kita dikembalikan dan diberikan balasan ;)
Labels:
islam agamaku.....,
isu semasa,
renungan
10 comments:
mazmummah tu ikut ranking ke abg zec??? means lg ke bawah(nombor) lagi x bahagia???
tak ah, antara sifat2 mazmumah, yg dimksudkan ialah level sifat2 mazmumah dlm diri seseorang, cthnya makin riak, die semakin tidak akan bahagia hatinya, btul kn klo silap ;)
thanks abg zec...such a good advice and pengajaran..same2 ambil iktibar..=)
sme2 sebar2kan ilmu ini, semoga mendapat manafaat dan berkat ;)
owh...baru paham...ingat kan semua nombor dkt atas tu ikut ranking... hehehe...nice advice abg zec... kalo de lg...post kan tau.. Insya ALLAH aku akan bce...
okyh insya allah
tanx for reminder....
hua...mlsnye nak stat keje...
hmm...mls pon terdiri dar sifat mazmumah ke?
ha? nape mls? tk elok tau, 2 masa dpn awk, awk kne smangat (wt mka garang) grrr ha tktau a tak abis blajar g, tp t sy check balik sy bg tau yer? ;)
ala..br internship..bkn pe pn kan...huhu
bkn mls...tp pe ek....hmm...xsdp ht kot
hehe tul gak kn ;) nape tk sdp ati? cian awk, ala mula2 je, t dah lama2 dh ramai kwn msti ok pnye, ala kwn2 lma sblm ni sme x knl kn?t dah knl ok la, sy tau awk bole, caiyok2 ;) sy yakin ngn awk!
Post a Comment