Tuesday, May 4, 2010

cinta hakiki


aku mencintai mu,minta maaf ya allah kerana menjadi hamba yg teruk, selalu terlupa,selalu berbuat dosa padaMU,

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,
cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila
Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta
kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas
di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai
Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.
Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan
cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang
kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah?
Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar
mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta
abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita
bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk
membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang
dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.

Cintai lah DIA cinta yang utama,cinta kepada ALLAH adalah cinta yang hakiki, ya ALLAH , berilah petunjuk kepada hamba mu yg hina ini,kuatkan lah aku, jauhi lah aku dari perasaan sedih, berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi ujian MU, berilah petunjuk dan dan hidayah MU, jadikan lah aku orang yg dicintai MU sebagai mana kau mencintai sahabat2,wali2,syuhada,org2 soleh dan tempatkan aku dikalangan mereka.....amin ya rabbal alamin

7 comments:

Anonymous said...

post yg sgt menarik...cinta yg abadi and hakiki ialah cinta kpada Allah s.w.t...same2 lah mengingati diantara 1 same yg lain...=)

abg z said...

insya allah,manusia sering lalai dan leka, sy rasa sedih sgt2. dgn sgala yg dipinjamkn kpd kita, kita tetap melakukan maksiat dan melupaknya :'(

Anonymous said...

Allah menciptakan manusia sempurna sifatnya...tp manusia itu sendiri yg mencacatkan dirinya...pintu taubat sentiasa terbuka..Allah tu maha pengasih lagi maha penyanyang...tugas kite sebagai khalifah di bumi ni untuk sentiasa ingat mengingati antara 1 same lain...=)

abg z said...

yup, DIA maha pengasih dan maha penyayang, kita manusia penuh kekurangan,btul, kita msti saling nasihat menasihati supaya lengkap, dn segala kesalahan boleh diperbetulkan ;)

Anonymous said...

betul tu abg zec...so, kalo saye ade salah dan silap..jgnlah segan untuk perbetulkan...=) saye terima dgn hati yg terbuka...

abg z said...

hu sama lah, sila lah tegur salah silap sy, sy cuma insan biasa ;)

Anonymous said...

insya Allah...=)

Post a Comment